Saje-saje

Wednesday, January 11, 2006

Terkenang...

Masa hari raya hubby ajak kawan2 kapal dia makan kat rumah, saya terus teringat masa hubby belayar dulu dia jarang dapat balik beraya di rumah jadi saya memahami perasaan dia yg tak mahu meminggirkan orang2 yg sama macam dia dulu. Sudahlah berbulan2 berpisah dari anak dan isteri dan kemudian terpaksa beraya diperantauan dalam keadaan terasing dari orang lain di kapal, jadi kalau diundang untuk sama2 beraya dirumah mesti terubat sedikit kesedihan mereka dan oleh sebab itu saya tidak pernah membantah jika hubby mahu saya memasak untuk kawan2 kapalnya itu. Malah saya seronok mereka bersama2 kami merayakan aidil adha di sini. Walaupun saya tidak mahir memasak tetapi saya sanggup berusaha demi hubby dan setakat ini no complaint (dah 4 kali dah menjamu mereka) maksudnya oklah tu kot.... ataupun terpaksa...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home