Saje-saje

Thursday, March 16, 2006

Pulang...

Seorg teman baru sahaja mengunjungi blog saya dan surprised dgn apa yg saya buat. Katanya "fabulous...i didn't know the other side of u..." saya hy ketawa. Well.. byk lagi yg kamu belum kenali saya..tapi sudah terlambat kerana saya sudah mahu mengucap sayonara pada bumi nihon ini. Bila??? Dlm waktu yg terdekat... tp walau apa pun jun ini saya harus pulang sebelum bergelar pendatang asing.

Di tanya lagi "tidak menyesalkah meninggalkan nihon ini?"
"untuk apa? sedangkan kita tahu sedangkan yg hidup lg mati inikan pula yg dtg atas urusan kerja mestilah kembali apabila di suruh" Bukannya saya tidak sedar dari mula lg yg harus pulang bila sampai waktu, walaupun kalau tidak cukup setahun kalau disuruh ikut saja... tu sebab bila sampai jumpa apa berkenan ambik terus dan mana nak pergi, pergi sajalah.

Sepanjang dua tahun di sini saya tidak terkilan sebab saya telah melalui segala macam pengalaman, pengetahuan dan melakukan pelbagai perkara yg tak pernah saya fikir saya boleh melakukannya. Saya belajar masak, bahasa jepun, menghantar anak sendirian ke sekolah pada hari pertamanya kerana suami di singapura selama sebulan, mengikuti aktiviti2 di sekolah, menjelajah negara ini samada bersendirian atau bersama keluarga dan kawan2. Dan rasanya yg paling mencabar bila hanya baru dua bulan di jp ini saya sudah memandu sendiri di temani ibu dan anak2 ke tokyo sedangkan suami tiada di sini. Pergi tiada masalah tp jln pulang hy org yg biasa shj boleh melepasinya dan saya melakukannya tanpa perlu menanya orang walaupun tidak pernah berkereta ke sana sebelum itu. Sama seperti perasaan bila berjaya sampai ke kemuncak Kinabalu waktu belajar dulu.

Mungkin yg kurang sebab tak sempat daki Fuji san sampai ke puncak tp sensei kata bila dekat fuji san tak cantik tp tgk dr jauh sgt cantik. Dapat sampai 5th level cukuplah tu, tambah bkn hy sekali tp agaknya dah 4/5 kali. Berkereta dan juga dgn tour group yg return dgn shinkasen. Begitu juga Hakone dan lain2 tmpt spt disneyland, disneysea dan sea paradise hakeijima,universal studio. JugaFuji Safari di susono, okazaki nagoya, kamakura, minakami, osaka dan kyoto dan terbaru akan ke nagasaki. Dapat juga membandingkan airport narita, haneda dan kansai airport yg didirikan atas pulau buatan dan mungkin lepas ni Nagasaki airport. Better be sbb perancangan sudah di buat dua bln dulu utk melihat tulip di Huis Ten Boch.

Ya... pengalaman manis ber picnic sambil menikmati keindahan bunga2 sakura di sancho park, ueno park dan negishi shirin park. Tahun ni kena gi tmpt lain pulalah. Bunga ume di sankien garden dan tulip di yokohama park. Bermain pasir di umi no koen...Ya kalau nak di ceritakan semua tak tertulis agaknya...

Walau tak sebanyak mana saya pergi, ada yg tak sampai lg macam hokaido (tp saya memang tak minat tmpt sejuk) saya tetap menghargai setiap detik saya di sini dan penghargaan saya juga yg tak terhingga pada kawan2 yg berbudi dan membantu saya semasa di sini. Terima kasih semua...

3 Comments:

  • At 8:45 PM, Blogger lynn said…

    Jun yer kak ? sekejap je masa berlalu dah nak balik... saya pun begitu juga sampai waktu... pulanglah ke tanahair tercinta. p/s: K. Sue, sibuk2 rupanya dah nak balik... tak kisahlah dgn janji2 tu.. cuma bab bisnes online tu jer nak tanya ... saya pun bz gak.. bilalah nak ada masa ntah..

     
  • At 9:13 AM, Blogger meksu said…

    sibuk sbb nihongo yonkai isshukan tp dulu takde nihongo lg byk akak jln...dah minat berjln tu bz lebih, nak wat camne...

     
  • At 4:01 PM, Blogger Leyla Shuri said…

    Bulan june nanti, pergilah ke sankien petik buah yamamomo. Banyak juga pokok yamamomo sana.

     

Post a Comment

<< Home