Saje-saje

Friday, March 10, 2006

Pengalaman seorg teman...

Ada seorg teman berasal dari Brazil tp sudah menetap di Nihon ni dah 13 tahun. Sebenarnya dia half japanese kerana bapanya org Nihon jadi ingatkan sudah pasti lah nihongo sgt fasih sbb dia ada darah Nihon tp rupanya bapanya tak pernah pun mengajar dia nihongo dan mereka pun tinggal di Brazil. Dia belajar nihongo bila dia datang ke sini seorang diri untuk bekerja mencari duit buat perbelanjaan kolej.
Dia cerita suka duka dia bekerja di rantau org dan kehidupan yg dilalui. Akhirnya dia tak jadi ke kolej dan bertemu jodoh di sini. Kekadang mendengar ketabahan org membuat kita rasa ingin juga tabah sepertinya. Ini baru sedikit sudah mahu putus asa. Banyak yg direnungkan bila mendengar kisah2 nya...
Bila di tanya apa kerja yg dibuat dulu dia tanpa segan menjawab kerja kilang. Saja cakap dengan dia kalau ada kekosongan panggillah kita sekali.... hihihi...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home