Rutin kehidupan
Dari Isnin ke Jumaat payah nak dengar bunyi kehidupan di rumah ini... anak2 ke sekolah, bapa di pejabat dan ibu dgn kehidupan luar yg pulang seketika menunaikan suruhan yg wajib dan pergi lagi. Cuma lewat petang sibuklah anak dgn kerja sekolahnya dan ibu dengan kerja rumahnya sambil membantu anak apa yg patut tapi semua harus diselesaikan sebelum bapa pulang kerana jika semuanyanya belum selesai bapa dah pulang, hai bapa akan lebih rasa tertekan jadi untuk mengambil hati si bapa maka semuanya disediakan seblm dia pulang. Kesian bapa penat bekerja untuk keluarga apa salahnya menyukakan hatinya.
Sabtu hari berjalan bersama2 melepaskan ketegangan sambil menikmati keindahan tempat orang. Itu tugas si ibu menentukan kemana arah tujuan, anak dan bapa mengikut sahaja. Sebentar di celah kesibukan metropolitan, sebentar di hutan belantara, sebentar di puncak menara rumah api dan mesti tak dilupakan tempat kesukaan anak2.
Hari Ahad hari beristirehat di rumah, menonton dvd bersama, merasa masakan istimewa ibu dan juga hari si bapa bekerja di rumah sambil si anak membuat latihan extra tapi si ibu bersantai membaca buku.....

0 Comments:
Post a Comment
<< Home