Saje-saje

Monday, December 05, 2005

Relaxnya hari ni....

Emm...hari ni hari paling aman buatku. Kelas nihongo di YOKE dah habis Rabu lepas, hanya ada yg di Hongocho itupun minggu depan kelas yg terakhir dan hanya dari 1.30 ke 3.00 ptg tp biasanya 2.45 aku dah keluar sbb nak ambik Qistina. Pelik pulak bila tak terkocoh2 nak kemana2. Betul ke aku ni but anyway pagi2 aku dah excited nak cari info pasal Osaka, Kyoto dan Nara. Mungkin kalau jadi akan ke sana cuti musim sejuk ni. Jadi ke hubby????

Hari ni betul2 menghabiskan masa mencari info di internet. Ilmu tak pernah habis... ada je benda baru atau sebelum ni terlepas pandang, padahal tiap2 hari pun aku mengadap pc ni jugak. Tapi aku heran sesetengah orang baru tahu sikit dah berlagak habis macam tahu semua tapi bila aku acah dgn tanya lebih lanjut, soalan lain jawapan lain. Entahlah labu....

Bercerita perangai orang ni tak pernah habis tapi yg ku pelik tak pernah kah mereka menilai diri sendiri???? Adakah kita akan tahu semua benda berbanding dgn orang lain??? Sebagai contohnya walaupun kita pandai dan memang belajar jurusan ekonomi tapi adakah kita akan mahir juga dalam bidang sains? Bidang sejarah, bahasa, it dan pelbagai lagi??? Bidang ekonomi itu juga ada pelbagai cabang, adakah kita sudah boleh berlagak dgn mengakui kita tahu semuanya??? Atau adakah kita duduk di luar negara sudah boleh mengakui kita ni lebih maju, lebih moden dan lebih tahu dari orang lain? Tak terfikirkah mungkin yg diam itu atau yg tak pernah keluar dari tanahair itu lebih mengetahui dari kita kerana kesungguhannya mencari ilmu tetapi berdiam kerana baginya diam itu lebih baik dari mengeluarkan kata2 yg tidak sepatutnya??? Ilmu Allah terlalu luas dan kuasa Nya tak tergambar oleh kita...Ya Allah.. janganlah kau jadikan aku dari orang2 yg takbur..... ini memang sebab aku relax habislah ini....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home