Saje-saje

Friday, May 12, 2006

Bz

Bila terlampau bz badan pun penat dan lesu je tapi paksa juga kuat2 sbb tak nak layan lemah2 ni... tak macholah plak... sebenarnya lemah sbb tak exercise lama, mana tak nya yoga missed, volleyball tak pergi, yg exercise video kat rumah pun dah tak terbuat tapi yg buat makan dan makan terus.

Rabu belajar kek sambil belajar juga opor ayam(gulai) dan gudeg (nangka dimasak bersama palm sugar dan santan) utk lunch. Bukan belajar ni namanya makan2. Selepas anak habis sekolah datang kawan2 mereka bermain di rumah. Jadi bila mak2 pun datang apalagi makan2 lagi. Kawan jepun ni terkejut dgn masakan kita yg macam2 katanya dia habis2 tempura, ikan bakar dan miso sup je. Biasalah org kita kalau tak banyak tak meriah. Habis mereka balik datang lagi another friend sembang2 sebenarnya ada cerita tapi malaslah nak ambik pot sbb byk benda lain lg nak buat.

Khamis coffee morning yg terakhir utk tahun persekolahan ini, makanan dari aussie dan kiwi. Tak tunggu lama cabut dgn kawan ke Chinapetes. Padahal dah berjanji dgn kawan lain nak gi main volleyball tu tp CP punya pasal tak kisah benda lain dah. CP.. CP.. keranamu rumahku menerima tetamu keranamu terlihat belang kawan. Macamlah go hyaku spt go hyaku man....

Patutnya ke Yoga tapi hari ni gi belajar gulai ayam siam, steam fish, namprik (dipping) serta rice n custard topping ( kuih talamlah) juga utk lunch di rumah Lampa lagi. Seterusnya ke Saty mencari birthday present utk kawan Qistina. Balik ingat nak ke nihongo di Chiku Ctr tp letih maka balik rehat dan bernasib baik menerima tetamu yg dekat. Sabrina ada girls scout dan lepas tu ke rumah kawan dia, jadi ambik Qistina je dan ke birthday party di Yatozaka Motomachi. Cantik, besar, byk parking space mengadap MarineTower dan Baybridge. New mom sbb nak kenal semua org jd dia jemput semua satu klas. Rupanya dia politician dari Tokyo tp sbb nak bertanding utk Yokohama jd pindah Yokohama. Interesting juga kenal dgn female politician ni even kawan2 dia dr Tokyo pun ada dan tgh sembang2 ada satu jepun ni kata laki dia kawan baik anak Mahathir dan kerja dgn jutawan Ananda Krishnan utk Japan section terangnya bila tahu kita dr Malaysia.

Balik gi ok dan picked up Sabrina dan lepas tu ambik barang order di rumah kak Zai. Dia tolong orderkan dari AGM. Biasanya sesetengah org tak telefon tp sbb agaknya dah cukup korum tapi tak kisahlah, org tanya kita order tak tanya pun tak apa sbb ada lagi kawan yg selalu order dan selalu tanya kita seperti Iman yg dari Mesir. Jadi jangan risaukan kita bila nak order atau nak buat apapun sebab kita tak kisah sikit pun bukan kah kita bz nanti bila kita tak bz baru kita cari org balik. Apapun terima kasih byk2.

2 Comments:

  • At 5:04 PM, Blogger Leyla Shuri said…

    sue, tuliskan resipi gudeng tu, bleh?
    Klela ada nangka, santan dan gula melaka...sume complete, please.

     
  • At 8:16 PM, Blogger meksu said…

    aik klela pun tau ke gudeg tu? ok.. ok nanti sue tulis

     

Post a Comment

<< Home