Saje-saje

Saturday, May 27, 2006

Sehelai kain putih...

Tgh kumpul sampah nak buang terkejut jumpa potongan rambut yg begitu byk. Rupanya banyak yg dipotongnya. Mula2 tengok dia menggunting kertas tapi bila ditanya dia kata mahu dibuat buku jadi kena biarkan sbb disekolah mereka menggunakan juga jadi utk mengelakan kecelaruan fikiran kita pesan sajalah padanya supaya berhati2. Baru masuk ke dapur sekejap si kakak sudah menjerit "mama tengok adik.." Tengok dia sudah menarik rambut dan mengguntingnya. Suruh dia berhenti dan kemas dan bagitau padanya supaya jgn potong sendiri sbb kita boleh potong di kedai jadi dia pun kemas sajalah. Bukan kita yg kemas jadi tak perasan rupanya banyak juga. Itulah Qistina si cilik berambut panjang yg baru 4 tahun usianya. Hanya kerana akhir2 ini kerap berjumpa orang2 yg menegur rambutnya panjang dan bertanya tak mahu di guntingkah jadi dia mengambil inisiatif sendiri menggunting rambutnya.

Memang kos menggunting rambut mahal di sini tapi saya mahu mengekalkan rambut panjangnya supaya dia lebih bersifat keperempuanan dan lebih bersopan santun seperti kakaknya sebab mereka ini lebih kepada aktiviti2 lasak berbanding permainan anak2 perempuan.

Dulu kakaknya yg selalu2 di tegur ttg rambut kerintingnya dan di beri cadangan utk diluruskan oleh org2 yg menegur (macam mereka tu maknya pula ya..) tapi sikakak bertanya mama dan mama menjelaskan bahawa kita harus bersyukur dgn apa yg dikurniakan oleh Allah kerana jika kita meluruskan samalah kita mengubah kejadian Allah dan ia adalah berdosa. Mana yg mampu, kita elakkan saja benda2 yg tak boleh kita buat seperti neneknya pernah bercerita mak ngah ke kursus mandi dan kapan jenazah dan diterangkan bahawa rambut tidak boleh diwarnakan serta pewarna kuku tak boleh digunakan kerana apabila mati air tak sampai jadi semuanya di cabut saja. Nasib baik kakaknya jenis yg menerima apa yg dikata dan kalau apa2 keraguan dia akan terus konsultasi mamanya.

Terkejut sungguh saya kerana tak menyangka teguran2 orang boleh menyebabkan Qistina mengambil tindakan sebegitu rupa. Kita byk tahu teori dan ternyata praktikalnya begitu sukar utk diterima. Apa yg dimasukkan di minda anak2 dan yg diajar itulah yg akan dilakukannya.Saya rasa saya sudah cuba memperbaiki diri dgn menambah ilmu keibubapaan dan mengikut ajaranNya tapi dgn serangan2 dari luar dan persekitaran org lain menyebabkan sungguh sukar mencorakkan anak2 ini tapi saya berharap dgn doa dan asas yg saya tekankan pada mereka membolehkan mereka mempunyai kekuatan diri utk menangkis pengaruh negative dan cabaran yg mendatang. dan saya juga berharap saya sebagai ibu tidak memberi contoh yg tidak baik buat anak2 org lain....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home