Saje-saje

Wednesday, May 17, 2006

1st time

Selasa, selepas dropped off anak2 di sekolah, ke rumah kawan yg menunjukkan cara2 nak buat balutan tea box dgn kain dan span, kemudian singgah di Saty menyambung membeli barang2 yg dikirim kak riz spt edamame dll. Beharganya makanan jepun utk yg pernah merasainya di sini ya... walau dah balik ke kl masih terindu2 kesegaran makanan di sini. Malangnya ada beberapa paste yg tak jumpa nak cari....

Hubby nak balik ke kl esoknya tapi belum packing kerana terlalu sibuk dgn kerja malah malam katanya akan pulang lewat jadi dia meminta saya menyiapkan segala utknya. Wah.. pertama kali setelah 9 thn bersama saya akan menyiapkan pakaiannya.. Ini juga pertama kali dia membiarkan saya menyiapkan kerana sebelum ini dia melakukan sendiri kerana packing n unpacking adalah istilah biasa padanya dlm 20 thn ini. Sebelum ini setiap 6 bulan tapi di sini boleh dikatakan hampir setiap minggu. Hari ni dlm sejarah.... itu yg sibuk dan kepenatan betul sampai tgh menunggu dia balik sempat terlelap2 lagi....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home