Saje-saje

Sunday, July 16, 2006

apa buat....

Khamis tu ingat nak keluar berjalan2 tapi mak kawan kakak called bagitau nak datang so oklah kita tunggu jelah kat rumah.... budak2 ingat nak ke taman bila petang tapi sebab hujan jadi mereka main di rumah sahaja.

Esoknya anak2 nak ke National Science Museum di Ueno sebab kakak nak bawa adik pergi ke tempat yg dia pergi bersama2 dgn mama dan kawan2 sekelasnya dulu.... pergilah naik densya...

Punyalah panas rupanya suhu dah mencecah 35C.... tapi sebab indoor jadi taklah teruk sangat.... mereka gembira sekali sebab macam2 yg boleh mereka saksikan dan pelbagai aktiviti boleh dicuba termasuk cara membuat mikroskop.... Berbeza dgn kunjungan ke Pusat Sains di kl dulu tapi tak taulah kot skrg dah berubah.... Disini mereka boleh menjadikan anak2 teruja dgn sains dan teknologi.... amazing....

Setelah ke tempat anak2 maka ke tempat mamalah pula sebab alang2 dah sampai sini jadi singgahlah ke "Ameyoko" a little shopping arcade yg mana lebih kurang macam petaling street kita tapi lebih selesa dan luas..... Singgah juga di Takeya discount shopping store.... wow tgh sale sampai 18hb so apalagi byk brg2 branded yg murah2 macam Sk11 yg besar pun baru 11k+yen... dan macam2 lagilah... teruja jugalah....

Sabtu sebaik sahaja papa pulang dia pasangkan basikal yg didapati percuma dari ANA's redemption point, ok jugalah ANA ni... dulu kita dapat flight tickets free now dapat bag dan basikal so petang2 kakak dgn basikal baru serta adik dgn basikal kakak yg telah di letak semula training wheelnya oleh papa.... Hmmm.... nanti mesti dia org nak berbasikal tiap2 hari....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home