Saje-saje

Thursday, August 03, 2006

berita gumbira...

Semalam menerima panggilan telefon dari seorang teman, rupanya dia baru sahaja melahirkan seorg anak perempuan pada minggu lepas.... rasanya baru je bercakap dgn dia minggu lepas dan dia kata tak adalah lagi apa2 tanda nak melahirkan... alhamdullillah syukur kali ni mudah sahaja... Nama anak nya Nur Faekah Azazil.... kalau tak silaplah sbb pjg sgt... ingat nama panggilan faekah je....

Terkenang balik sewaktu dia kat sini dulu banyak memori bersamanya.... orgnya lurus dan jujur ikhlas, tak pernah nak marah bila kita belajar buat karipap pusing tak cukup sekali malah berkali2... apalah punya lembaplah aku ni last2 bila dia buat mesti dia bagi byk suruh frozen sekali dan donut dia.. fuh plg best sekali... apa buat pun mesti nak bagi sbb katanya teringat kat kita dan kita pun mesti buat apa bg dia rasa... nanti dia komenlah apa kurang... kita pun salute dia pandai masak malah walaupun anak ramai tapi cekap dan cepat menguruskan rumahtangga kalau kita mahu terlondeh kain... ingat lagi tgh tak sihat tu dia boleh lg mengacau dodol... itu belum lg masa dia yg drive gi china pete anak dok menangis nak menyusu dan bergayut2 kat dia, dia relax lagi boleh drive.... nak ambik, budak tu tak nak... menangislah sampai balik... mak2 nak bershopping punya pasal... dulu2 kemana2 rombongan cik kiah.... dan macam2lah lagi peristiwa yg tak boleh nak lupa....

Apapun hari ni hari yg tak boleh dilupakan juga... jiran saya June belanja kami makan kat Landmark Tower bersama2 dgn kak zai sekali. Duduk makan sampai tak larat nak bangun...Terima kasih banyak2 .... alhamdullilah murah rezeki..... jemputan lain pun bakal tiba juga....

Lepas tu bawalah anak2 menjelajah Mitsubishi Industrial Museum di seblh Landmark sebelum pulang.

Tgh nak tunggu solat ni baik baca2 ayat2 suci dulu....


Al-Baqarah:152

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ
Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu [98], dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (ni`mat)-Ku


Al-Baqarah:264

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالأذَى كَالَّذِي يُنفِقُ مَالَهُ رِئَاء النَّاسِ وَلاَ يُؤْمِنُ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْداً لاَّ يَقْدِرُونَ عَلَى شَيْءٍ مِّمَّا كَسَبُواْ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir

0 Comments:

Post a Comment

<< Home