Saje-saje

Tuesday, December 06, 2005

Lunch date

Pagi hubby hantar we all gi sekolah, bukan anak je masuk sekolah mak pun sekolah juga. Hari ni ada klas komputer. Tulah dulu time orang bagi sekolah taknak belajar sekarang nak kena berlumba ngan anak pulak. Singgah library pinjam buku pasal Osaka dan Memoirs of a Geisha. Buku geisha ni b4 this takde masa nak baca tapi bila kat panggung kat sini siar cerita Sayuri terus hati melonjak2 nak baca. Nampaknya bila dapat buku ni kuranglah aktiviti lain ni....

Lepas klas jalan kaki turun ke Motomachi Street ikut jalan pintas, punyalah sejuk, angin kuat betul kena pulak celah lorong kat kubur ni takde orang, rasa takut juga.. Bukan takut apa, kita ni gaijin kenalak ada orang yg anti kita ke mahu kena bunuh juga kita ni. Ini gara2 si peruvian yg bunuh budak 7 tahun kat Hiroshima tu minggu lepas. Lepas je kes dia ada sorang lagi budak 7 tahun kena bunuh kat Ibaraki pref. pulak. Sini jarang kes macam ni tapi bila timbul besar2an tunjuk kat tv, mahu orang dia pandang semacam kat gaijin. Diaorg ni pun satu, terlampau percaya negara mereka selamat jadi anak gi balik sekolah sendiri je kalau aku, sori biar org kata tak independent janji anak aku selamat ngan aku. Ialah kebanyakannya housewife, nak buat apa lagi kalau tak gi antar dan ambik anak sekolah. Biarlah aku dikata sama sekolah ngan anak agar tak menyesal nanti...

Puas berjalan mencari present utk Sabrina exchange kat klas dia tapi takde yg menarik. So ambik minatomirai line ke Landmark Plaza untuk lunch date...jeng..jeng...sapa lagi kalau bukan boyfren ku.. Jumpa2 dia kata nak makan kat kedai soba. Ok jelah walaupun kena jalan jauh keluar coz soba kat kedai ni memang sedap dan semuanya termasuk soba dibuat sendiri (itulah specialty nya).

Walaupun kedai kecik diusahakan lakibini je tapi bersih, efisien dan rasa macam istimewa je layanan dia, padahal sepatah inggeris pun diaorg tak reti dan kita nihongo pun bukan tahu sangat. Bukan apa yokohama ni international sgt jadi linkungan pergaulan kebanyakannya international, sekolah pun international.(berapa byk international da..) jadi kita tak terasa terdesak utk tahu nihongo. Susah2 girls kat ofis hubby tu boleh tolong. Arigato Erika san to Hitomi san kerana selalu menolong menyenangkan kami. Termasuk arrange untuk holiday ke osaka nanti. Kenalah beli souvenir kata hubby sambil menghirup sup tenpura soba. Betul2.. sambil aku pulak meratah udang tenpura. Romantik sungguh makan berdua tanpa gangguan sikecil ni....

Lepas tu pulak berjalan berdua-duaan dalam kesejukan bulan Disember. Wah hari ni dalam sejarah juga tu...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home