Saje-saje

Monday, May 15, 2006

selamat hari ibu

Anak2 mengucapkan hari ibu sambil menunjukan kad yg kononnya surprised utk mama tapi sudah mama kelihatan sebelum itu lagi sambil menikmati sarapan pasta perisa kari versi mama dan tghharinya papa belanja japanese lunch di luar. Dah lama tak keluar during week end sebab papa asyik kerja tapi akhirnya he made an exception today. Tq all my sweethearts....

Selamat hari ibu buat ibuku yg tersayang... walau tanpa ucapan pun ku tahu kau kan sentiasa memahami perasaan ku yg amat menyayangimu walau apa jua yg terjadi dan sentiasa mengagumi ketabahan mu dan kekuatan jiwamu kerana tak mungkin aku bisa menjadi seperti mu. Kerana itu kekadang aku akan menelefon mu setiap hari walau tiada apa yg mahu diceritakan kerana mendengar suara mu saja 'made my day'. Walaupun sudah bergelar ibu tapi aku masih lagi perlukan mu, wahai mama.... selamat hari ibu...

Selamat hari ibu buat satu2nya ibu saudaraku, yg berada di arab saudi semoga terus tabah di perantauan.

Selamat hari ibu buat makcik2ku (isteri kepada bapa saudaraku dan IL) , kakak2 iparku (isteri abang2ku) yg ku menumpang kasih seperti kakak2 sendiri sedari kecil kerana aku tak punya saudara perempuan lagi. My hubby's sis serta seluruh kenalanku SELAMAT HARI IBU ...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home