Saje-saje

Wednesday, December 07, 2005

Trip to JNTO

Hari ni awal2 lagi bangun bereskan keje rumah coz nak gi Tokyo. Nasib baik hubby hantarkan budak2 jd taklah kecoh sgt. Dari rumah ambik bas sampai Sakuragicho Eki, ambik Keihin Tohuku line ke Hamamatsucho coz train rapid tak stop kat Yurakucho, kena tukar Yamanote line. Keluar station ke Kotsukaikan Building dimana Japan National Tourist Organisation (JNTO) kat ting. 10. Ini dah kedua kali ke sini, dulu cari map dan info pasal Tokyo kali ni berhajat nak ke Osaka pulak. Bukan tak visit url diaorg iaitu http://www.jnto.go.jp tapi tak umph kalau tak minta sendiri advice mereka. Lagipun tak payah nak print, semuanya boleh dapat percuma. Mereka juga boleh buat accomodation booking.

Seperti biasa minta Osaka dapat Kyoto dan Nara pamplet juga. Bila ditanya nak apa lagi terus minta jelah Hiroshima, Nagasaki dan belah2 sana. Insyaallah kalau ada rezeki ke sana pulak. Mereka ni betul2 membantu kita... siap check kan harga tambang train dan flight lagi. Lepas tu bila kita citer nak drive tak tahu jalan terus dia bagi highway map pulak. Sebut je sikit terus bagi pamplet, malas dahlah buka mulut sbb dia sampai kena bagi paper bag nak isi benda2 yg dia bagi. Berat...

Diorg ni siap tolong telefonkan untuk kita bila kita nak pergi satu2 tempat yg kita tak pasti. Punyalah rajin menolongnya. Dia siap kata diaorg tu buka sepanjang masa kecuali 1hb coz building tu tutup tapi still boleh call diaorg kalau ada problem. Punyalah helpful...

Dari situ ambik Tokyo Metro Yurakucho line ke Higashi Ikebukuro untuk ke Sunshine City. Bukan nak ke aquarium atau ke tempat game tapi ke World Import Mart Building ting 6 kerana nak cari info pasal buat bisnes kat sini. Di sini pun mereka begitu membantu walaupun kita sampai masa lunch time (bukan sengaja tapi terlama kat Jnto). Siap ada bisnes advisor consultant tapi takde masa nak tunggu jumpa coz kena balik takut tak sempat ambik anak . Berjalan kaki ke Ikebukuro Eki ambik Shonan-Shinjuku line terus balik Yokohama. Cepat je dah tiba...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home