Saje-saje

Sunday, March 26, 2006

Boat ride from hinode pier to odaiba seaside park

Qistina nak naik bot juga bila tengok gambar mama dan sabrina naik bot kat yamashita park jadi untuk yang lebih menarik kita pergi ke hinode pier. Dari hamamatsucho eki jalan kaki dlm 10 min dah tiba ke jeti itu. Pemandangan sungguh menarik kerana berlatarkan laut dan juga rainbow bridge dan odaiba area juga sudah kelihatan dari sini termasuk bangunan fuji tv yg sungguh unik. Persekitaran sungguh bersih dan kerusi2 ala2 bersantai di beach juga diletakkan menjadikan keseluruhan pemandangan sangat cantik.

Dari sini kami ke odaiba seaside park yg mengambil masa 20min dr hinode pier melintasi bawah rainbow bridge. Teringat pula masa tengok firework dimana boat yg dinaiki juga melalui bawah jambatan yokohama baybridge. Masa tu di musim panas dan siap disediakan makan malam oleh company yg sponsor company hubby. Seronok sgt ber-hanabi.Cantik sungguh...Hanya tinggal kenangan kerana co hubby dah takde bisnes dgn co tu lagi. Takkan dia org nak jemput lagikan... Anyway beza yokohama baybridge dgn rainbow bridge rasanya rainbow bridge dua tingkat dan yokohama bridge lebih panjang kot.Dua2 sama cantik...

Semakin menghampiri semakin cantik dgn deretan shopping mall di pesisiran pantai. Setibanya di jeti odaiba seaside park, wow... tempat2 yg happenning... macam Decks, Aquacity, Fuji Tv etc full info odaiba

Budak2 puas main berlari2 di persekitaran yg besar dan luas apalagi setelah kekenyangan. Kena paksa Qistina yg tak mahu meninggalkan patung snoopy di fuji tv tu utk berjalan ke tempat lain. Dalam perjalanan ke seberang jalan yg menuju ke palette town dan megaweb serta venus fort dah kelihatan deretan sakura yg mekar. Posed le apalagi....

Tempat2 di seberang jalan tu tak begitu menggamit hati agaknya sebab kami ni taklah minat sgt dgn big boy's toys jadi kami cuma seketika dan pulang dgn rinkai line dari tokyo teleport station ke oimachi eki dan terus ke yamate eki dgn menukar ke keihin tohoku sen.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home