Demam rindu...
Hai bilalah hubby nak balik ni... sampai badan rasa tak sedap je sbb tak lena tidur malam, selalunya ada dia dan bila tak ada terus rasa lain. Bila gini nak buat apapun tak ada mood jadi hari ni hanya pergi Yoga dan balik tidur dirumah selepas mengambil ubat. Kensel lunch, kensel nihongo. Nasib baik anak2 sehabis sekolah kerumah kawan baik mereka dan telah siap di beri makan oleh mak kawan tu hai.. tak habislah nasi lemak mama... kang mama juga kena perabis. Dahlah sbb papa takde berat badan mama dah turun sikit ni dan mama dah rasa gembira sgt tapi kalau asyik jadi tukang pelicin makanan tak dapatlah ideal weight yg diidamkan.... emm harap2lah berat terus turun jadi mesti papa tengok terkejutkan... tengok gambar yg diambil masa main volleyball tu macam dah slim dan loyda sendiri cakap mama dah kurus tapi harap2lah ia maintain sampai papa balik... cepatlah balik...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home