Saje-saje

Friday, April 28, 2006

Final pre food fair

Pagi2 dah buat persiapan dan masak2 di rumah Lampa. Kena cepat sebab nak ambik anak keluar sekolah pukul 12 tgh. Kat rumah dia baru dia check lagi sekali bila dia keluar tv. Pembetulan sebenarnya Lampa akan ke udara pada 6hb Mei pada pukul 5.30 ptg di channel 8 tp tak taulah fuji ke nhk ke.

Ambik Qistina tengahari tapi mak kawan2 dia ajak pergi ke YCAC tapi sebab kerja tak habis lagi maka dia sorang je pergi, baguslah pulak dia nak pergi jadi mamanya boleh sambung kerja. Jumpa dia kemudian masa ambik Sabrina dan kemudian ke rumah Lampa lagi.

Eei... banyak nya kerja... renyah masak2 org kita ni baik malaysia, thailand atau indonesia sama je. Masa gi siapkan gerai tu sekolah tulis asian/malaysian tapi sebenarnya masakan thailand dan Lampa koordinatornya. Jgn pulak org fikir malaysian pulak jual ayam tak halal dan bir. Dia nak buat utk ayam halal juga tapi malaslah kang tertukar pulak nanti bila dua2 ada. Mula dulu ada juga mencadangkan pada dia ayam halal tapi dia nak yg fresh dan murah maka gitulah jadinya. Ttg bir pulak itulah saja minuman diaorg ni bila pesta2 begini tapi kita tak campurlah. Kita buat vegetable green curry, salad betik muda dan glass noodle salad serta nasi. Nak bangun pukul berapalah ni nak masak nasi... oh ya kita juga ada thai desert iaitu sagu dgn santan tu. Jenuhlah mengacau tadi...

Besok pukul 8 dah kena nak ada di sana dan mungkin kita balik dlm pukul 1 sbb rasanya masa tu hujan kot... Kalau pagi rasanya tak hujan.... Jumpa di Bazar St Maur ye.. jam 10 pagi hingga 4 ptg tapi biasanya dlm pukul 2 semua makanan dah habis. Selain makanan gerai barang2 lain pun ada juga dan jgn lupa pukul 10 pg konsert Qistina dan 10.30 pg Sabrina menjual popcorn.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home