Saje-saje

Thursday, April 27, 2006

Pre food fair 3

Seperti yg dijanjikan lepas letak anak kat sekolah terus ke rumah Lampa utk masak memasak. Ramai juga yg membantunya mungkin kerana ramai Jepun2 tu yg nak belajar cara masakan Thai. Lagipun Lampa mesti ada masak makan tengahari kat rumah dia. Masakan dia memang sedap dan caranya pun memang profesional. Dia buat kerja macam masak tu cepat dan senang je... Dia memang minat masak dan baru2 ni dia buat program masak kat tv jepun channel 4 kot yg akan ditayangkan pada 5hb 5 pukul 5:30 ptg. Kena tengok ni....

Belum habis masak saya sudah cabut ke D2 dan ok supa, alasan tolong beli barang utk dia padahal memang saya dah letih. Yelah selain Asean Booth saya sebagai wakil mak kelas 2 Mc terpaksa atur jadual utk anak2 bertugas pada hari itu menjual popcorn. Penat... penat... Kalau shopping tu segar sikitlah.... Apapun esok nak sambung masak lagi...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home