Saje-saje

Tuesday, April 18, 2006

Selamat harijadi ke 10

Pagi2 Qistina menyanyi " how old r u now..." dan dia suruh jawab ten maka kita pun nyanyilah " i am ten yrs old now...." rupanya dia ingat mamanya 10 tahun.... hahaha.... wish we were that age.... tak ada risau dan apa nak semua dapat.... hy disuruh belajar je tak payah nak fikir benda lain.

Bila jadi dewasa byk kena fikir, silap langkah byk kesannya... semuanya memberi implikasi pada sekeliling. Apapun proses pembelajaran sepanjang usia jadi bila terjadi sesuatu walau hanya sekali byk yg kita belajar darinya. Semuanya mematangkan hidup kita kecuali kalau kita tak mahu belajar darinya....

Bersyukur kerana masih diperpanjangkan usia utk menikmati kurniaan Nya. Cuma berdoa segala yg baik2 utk diri, keluarga dan sekeliling...

Terima kasih pada teman2 yg memberi ucapan tahniah, tak ada yg lebih mengharukan bila diri diingati dan dihargai. Terima kasih sajalah maaf makan2 tak ada sbb tuan punya diri ni teramat sibuk sampaikan sensei hantar mesej tak pergi klas campur dia ucap tahniah sempena ulangtahun. Ok sensei raishu jelah saya pergi. Apapun mulalah syahdu cair sana sini maklum lah cepat cair cepat keras cepat sejuk cepat hangat, cepat kesian dan nak segala nak cepat.

Hari yg bermakna tak ada ertinya kalau org tersayang tak menghargai jadi terima kasih sebab belanja lunch. Romantik sungguh tambah cahaya suram2 kan..... hahaha....bila minta present jawabnya Becham dah beli dulu bagi Posh kalung yg dia nak beli tu jadi dah takdelah.... hahaha... anyway katanya " u know i'm not good with present but i'm good with money..." I know that dear and i didn't expect much coz i know you love me so much and willing to do anything for me and i really appreciate that. Saya dah cukup bersyukur kerana dia sungguh memahami dan bersabar dgn saya selama ini. Apa yg dilakukan semuanya kerana kami dan saya juga mahu melakukan yg sama utk dia.

Terima kasih Sabrina dan Qistina bg present utk mama tu.... Tak ada apa yg mama harapkan melainkan kamu menjadi anak solehah, dengar cakap dan rajin belajar....

Terima kasih semua dan maaflah bila kadang2 tanpa disedari mengecilkan hati anda semua....

Carilah seribu sahabat, kerana seribu sahaja itu belumlah banyak, jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak....

Lari dari musuh, kenapa tidak kejar musuh. lari dari kawan kenapa tidak dekati kawan. Lari dari kenyataan, kenapa tidak kejar kenyataan..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home