Saje-saje

Monday, April 10, 2006

Updating

Bila dah lama tak update dah rasa kekoklah pulak nak mengarang di sini. Serba salah nak tulis ikut perasaan ke atau nak jaga hati orang. Tujuan asal dulu sbb nak mencatat perjalanan hidup ini dan apa yg dirasa supaya tak simpan sorang2 tp bila dah orang mula membaca rasa takutlah pulak akan menyinggung perasaan orang. Tahulah kita perempuan bila rasa bengang dan sensitif terus2 nak keluarkan masa tu juga lepas tu menyesallah pulak sbb lepas tu dah ok. Kalau org yg membaca mesti terus membuat tanggapan yg tak baik....

Samalah dulu di awal2 permulaan jurnal diary bukanlah blogspot tapi nama lain yg saya dah tak ingat sbb rasanya dlm 4/5 tahun dulu bila tak ramai lg yg menulis tp bila saya baca cerita org yg menulis saya katakan pada diri, ini adalah org yg syok sendiri kerana menyiarkan cerita sendiri utk di baca. Walaupun begitu saya tetap juga baca catatan2 yg menarik bila berpeluang tahulah di malaysia dial up sytem lembap dan menyakitkan hati (sebelum skrg baru broadband meluas). Priority di internet mestilah utk benda2 yg ptg dulu spt emel dll.

Tapi kini... saya sendiri yg menulis. Sebenarnya bila dah duduk berjauhan dari keluarga dan teman2 yg sekepala maka kita akan rasa sepi. Payahnya nak bercerita dgn manusia yg sama memahami kita. Ya kita mungkin ada kawan2 dari pelbagai bangsa lain tp ia tak sama. Bangsa sendiri yg dah rasa lebih, lagilah laser oops... terlepas. Anyway, tambah pula di Jepun ni kemudahan teknologi semuanya tersedia utk kita gunakan sepuas2nya. Kadar yg murah serta cepat apalagi semuanya menggalakan kita menggunakan kemudahan yg ada.

Di sini kita suri rumah sepenuh masa bila anak2 ke sekolah byklah masa terluang. Jadi kalau tak keluar bersama teman2 selain menguruskan rumahtangga dan kelas bahasa jepun saya sengaja mengadap pc ni. Selain membaca saya dapat kepuasan bila menulis tp tulah kekadang bila emosi menguasai diri saya harus berhenti seketika... bukan apa bila kita tulis kita takdelah niat nak menunjuk atau berlagak cuma bercerita apa yg di minda atau apa yg dah buat tapi bila segelintir orang mengata ingat kita nak menunjuk atau lagi nak berlumba2 ngan kita sbb takut kita lebih dari mereka, padahal sikit pun tak terniat sbb saya ni very simple person tak ingin nak berlumba menunjuk kepandaian atau lebih segalanya kerana saya tahu saya ada kekurangan dan kelebihan tersendiri mungkin saya pandai berjalan2 tapi saya tak pandai jd tukang masak atau pokok2 mungkin tak hidup dgn saya... mungkin saya direct dgn org tapi saya sebolehnya menjaga hati org agar tidak bercakap sesuka hati tp bila terluka saya terkeluar juga utk mempertahankan diri. Sedihnya bila org yg kita buat baik melakukan begitu pada kita. Ada sahaja cakapnya nak sakitkan hati kita. Sekali boleh diam dan terus nak diam tapi jgn heran bila lain kali kita pun balas balik...
Kalau hubby senang je cakap " just ignore them... why u want to put yrself as low as them... i know u r better than that.." Betullah cakap dia tp saya perempuan yg sensitif, sikit pun terasa.

Tetapi perbualan saya dgn teman baik saya ini dan kata2nya memberi saya satu inspirasi baru.... kadang2 sesekali sebenarnya kita perlu meluahkan dan menerima kata2 peransang bagi mengembalikan diri yg asal. Apapun rumah sendiri ikut sukalah nak buat apa pun....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home