Saje-saje

Wednesday, December 14, 2005

Jiranku..

Pagi ada klas komputer, hari ni aku sorang je belajar coz i think dia org pun tak kuasa nak dengar Mr Owen melayan aku sorang. Dia org maybe nak tahu using the system tapi aku on the technical side pun aku sibuk. Semua pun nak tahu... jadi belajarlah one to one.

Dekat nak habis klas Jun called. Aku tak sempat angkat coz busy coping up with Mr Owen. He's so fast. Kalau lambat2 kang kena tinggal lak. Ngango aku... anyway aku call balik on the way back. Oo.. cuma menanya khabar. Baru ku ingat,wah.. sebenarnya dah lama aku tak berinteraksi dgn jiran2ku. Ku ingatkan mahu mengadakan coffee morning sebelum most of them go back for the winter holiday but tak tahulah bila nak selit harinya... so ku inform Jun yg ku akan drop by once aku balik.

Ingat nak jalan kaki balik coz today ada klas jadi tak bawa kereta tapi bila singgah kedai Chali (kedai lama di sepanjang Honmoku Dori) beli bawang, halia, pisang & minkan (limau) murah2, so ambik bas je. Tak jadi le nak singgah Saty (supa) selalunya hari selasa ada sesetengah benda Saty murah then hari Rabu kalau gi pagi2 boleh dapat kupon untuk diskaun benda2 yg lebih hyaku en, Ladies Day katanya tapi laki2 tua pun ada juga, cam ne tu....

Tak jadi juga nak singgah rumah kak Ton, entah apa khabarnya jadi ku menelefon saja tanda ingatan. Singgah lah rumah Jun seperti yg di janjikan. Dia hidangkan nasi impit dan kuah kacang. Tak lama tiba Nurul then sampai Norlida dan akhirnya Yuzu pun datang. Wah secara kebetulan pulak semua ada kecuali Kak Zai. Tercapai le juga hajat nak jumpa semua jiran2 menanya khabar. We all ni tinggal di satu bangunan apartment jadi masing2 baik2 care for each other. yelah namanya pun merantau jadi kalau sakit pening, susah payah nak harapkan sapa lagi kalau bukan jiran2. Terima kasih Jun.....

1 Comments:

Post a Comment

<< Home