Saje-saje

Saturday, April 29, 2006

Penat... tapi fuh.. lega

Letih sungguhlah hari ni lepas ni tak nak buat apa2 lagi dan tak nak pergi mana2 pun, nak dok rumah je.... ops Monday ni dah janji ngan ida dan olan nak gi kappabashi lagi... itu memang kena pergi... lepas tu lah rehat...

Sebenarnya masa food fair ingat nak balik pukul 1 lagi tapi tgk orang tak berhenti2 kat gerai kesian lah pulak kat Lampa masak sorang2 so tolong jelah, nasib hari ni cuti... sampai Hani datang pun tak sempat nak kata apa kat dia. Anak sendiri pun nasib baik papanya balik cepat dan boleh jaga mereka dan bawa mereka balik. Jumpa sensei2 yg mengajar di kedua2 tempat belajar dan sempatlah suruh mereka beli dan memang mereka borong. Masak green curry tu lepas seperiuk seperiuk tapi tak cukup juga akhirnya memang kena kata takde sbb habis betul, segala apa yg ada habis guna termasuklah timun utk acar yg makan ngan sate tu boleh masuk dlm kari tu jadi sayur. Last2 jual nasi je sbb nasi byk org2 bagi derma. Memang seronok menjual bila dapat duit banyak kan... bayangkan satu hari jual boleh dapat lebih dari elaun kita sebulan...emm alangkah bagusnya kalau duit tu kita yg dapat... ini semua sekolah dapat selepas tolak2 kos kita. Tapi yg utama kita dapat memperkenalkan masakan kita kat orang asing. Tapi kes ni Thailand lah yg untung sbb Lampa yg buat promosi.

Kalau saya memang tak boleh buat macam Lampa buat, dahlah pagi2 dgn angkut brg byk2 tapi dia boleh cool lagi masak2, tak ada panik pun. Memang jenis org siam kot sbb kalau kat kedai tomyam kat kl pun masak panas2 hidang kat orang itulah agaknya yg menarik org datang walau dlm hujan2 lebat. Tapi betullah pulak ramalan cuaca kat jepun ni kata pukul 1 hujan, memang hujan. Nasib baiklah tak lama. Tahu2 duduk sampai bazar tutup lepas tu buat akaun kira2 dan hantar duit. Kena mengangkutlah balik barang2 tu dan Lampa lah nak kena kemas sendiri sbb org semua dah habis balik je. Nasib bukan kita yg incharge... Hish.. memang tak sanggup kita...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home