Saje-saje

Monday, January 30, 2006

Salam Maal Hijrah 1427H...

Selamat tahun baru islam... semoga kita sentiasa berhijrah untuk kebaikan...

Di kl org cuti lama ngan CNY, awal muharram dan hari wilayah, seronoknya.. rindu nak balik... rasa dah lama dok kat sini....

Happy Birthday Qistina..

29th January 2006


O tanjoubi omedetou qistina chan...

Image hosting by Photobucket

Dear Qistina...

My dearest sweetheart... on your birthday kakak made u a very big birthday card n mama (apart from nasi lemak n tempura udang n special fried chicken) made u a very special birthday cake ... winnie the pooh cake, but do u know what is the most special thing is?... papa was at home at that time. We were lucky bcoz the ship was delayed n he got the chance to celebrate together with us. N for the present papa asked u to choose a teddy bear with the clothes set together with kakak's the other day. n also the ring... We had so much fun together with our hat party... cuma u didnot eat much my kimchee nabemono... maybe too much food..
Image hosting by Photobucket

Happy happy birthday Qistina...

29th january 2006

Happy 4th birthday qistina...

May all your life filled with happiness, success dan dirahmati Allah...

Love from papa, mama n kakak.
Image hosting by Photobucket

Sunday, January 29, 2006

Grandberry Mall dan Carrefour

28th January 2006

Pagi2 lagi check internet camne nak ke Grandberrymall by train. Consult hubby dia kata ok je terus bersiap. Punyalah lama tak berjalan ngan dia so semua orang suka sangat. Dari sakuragicho eki ke Nagatsuta by yokohama sen dan transfer tokyu line ke minami machida. Keluar station je terus ke mall. Macam Yokohama Bayside Marina je atau kecik sket kot dari Gotemba Premium Outlet. Jalan2 je dan singgah juga ke Carrefour, byk gak goods on sale tp takde masa nak belek lama2 cuma beli acuan winnie the pooh utk buat kek, coz nak kena balik utk bersiap nak gi rumah Iman. ingat nak buat souffle cheese cake bagi dia. Dia buat open hse utk hari raya.

Sunday, January 22, 2006

Yuki di Honmoku Yokohama..

Buat pertama kalinya setelah setahun lebih di sini, salji turun dgn lebatnya seharian pada 21 januari 2006. Sebelum ni turun pun sejam dua je tp semalam seharian. Seronok jugalah main2 yuki di sini.. gambar ni adalah pada 22 januari kerana hubby baru bawa balik digital dari hiroshima.

Image hosting by Photobucket

Wednesday, January 18, 2006

makan2 lagi

try to dwld foto dr camera tp tak leh, entah kenapa mb nak kena belek lg... 2day makan di rumah lucy, food penuh satu meja. Lucy buat udang taochew, sedia bahan urap dan Fitrah buat bumbunya. Fitrah juga masak nasi kuning ngan ayam bumbu, teri dan kacang goreng, telur ricik halus2, risol (mcm ubi rebus masak ngan daging cincang dan disalut telur n bread crumb ala2 pegedil kot) dan satu jenis lg tofu di hancur masak bersama ayam dan mixed vege dibungkus dlm mcm kulit tepung yg dibuat sendiri dan digoreng(ala2 popia kot). Ooiiishiii.... campur kuih2 yg dibawa yg lain2 serta salad salmon yg ku bawa. kenyang sampai tak dinner sbb siap bento buat anak2.

Saturday, January 14, 2006

Kelam kabut...

Sebenarnya takde plan nak buat makan2 tp bila terima emel dr olan mengajak makan di rumah luisi sempena semua dah balik cuti, masa hari raya terus rasa segan sendiri sebab asyik diaorang je yg mengajak makan.. itu yg terus call olan dan suruh dia panggil semua kiranya last minute thing... Dah lah one day notice on that day itself ada pulak coffee morning kat sekolah jadi tu lah yg panggil org pukul 11 tp kita pukul 10 baru nak balik rumah itupun sempat singgah beli buah lagi. Nasib nasi impit dah rebus awal2 lagi tapi souffle cheese cake tu buat masa diaorang dah sampai kenalah iin tolong godakkan, june tolong bubuh2 dan kak zai tukang buka pintu. Kalau nak tunggu rancang hari yg betul2, memang tak boleh sebab schedule dah penuh. Entah apa sibuk ntah....

Kita tengok dlm seminggu aturcara... Hari isnin hubby cuti jadi sibuk layan dia, petang masak then pergi rumah june makan2. Sedap dan banyak macam... Hari selasa hari raya hubby bawa balik kawan2 then pergi rumah kak misah makan2...

Hari rabu hari tu lepas anak2 ke sekolah pergi ke nihongo special class, rupanya belajar buat shodo - japanese calligraphy serta belajar kanji utk personal details. Dah memang tangan tak berseni jadi memang tak lah cantik tulisan tapi bolehlah buat kenangan2an. Sekarang nak tunggu info pasal tea ceremony pula. Itulah jumpa sensei oka san yg bagitahu nihongo klas di chiku center naka-ku on friday.

Hari khamis lepas monthly coffee morning di sekolah, makan2 ngan kawan2 ind. then hubby called kata dia dah dapat lesen memandu jepun. Ni yg jeles ni.. kita yg nak buat dia dapat dulu so dia ada m'sia dl, international dl, uk dl dan terbaru nihon dl. 4 jenis dl tu...

Hari jumaat sbb tak sempat buat kerja rumah waktu pagi balik dulu kejap lepas hantar anak2 (sekolah ngan rumah 10 min je berkereta atau 1/2 jam jalan kaki) dan kemudian dekat 9.30 pergi balik sebab nak kena tolong jaga budak2 buat medical check up sampai pukul 11.30 dan kemudian minum kopi dengan iin sampai pukul 12. Sempat solat dan jenguk dimoshi2 kejap then tried 2 call kawan2 kot2 meke nak gi klas nihongo tp no respon.. tak kisahlah coz takut kang kata tak bagitau lak.... Jadi ku pergi sendiri ke klas nihongo di belakang rumah kat library. Tapi tertinggal buku lak, cakap ngan sensei nak balik ambik buku kejap then sambung balik klas punyalah benri coz tak payah risau pasal parking dan travel time ongkosnya cuma 100 yen buat bayar utk lesson. One to one lagi.Tak tau nak kata macam mana lagi senangnya...

Itulah ceritanya... tapi minggu depan start keje gila isnin pagi klas yoke (1) tgh klas hongocho (2) rabu klas yoke (3) dan jumaat klas chiku ctr (4). selasa nak gi JAF buat translation dan khamis kak zai ajak kawan2 makan raya pula.. alamak janji ngan kawan jepun makiko san nak gi rumah dia yg baru siap tu... nak kensel yg mana ye????

Dah ikut nihongo klas sampai 4x seminggu tu lah yg kena perli ngan orang ....( panggil je sue buat ..... ) (pergi byk tu kalau tak pandai lagi tak taulah) hai... nasiblah... sekurang2nya tak buang masa sia2 walau sepatah yang dapat tetap juga ilmu kan.....

Thursday, January 12, 2006

Makan raya

Image hosted by Photobucket.com

Makan raya

Image hosted by Photobucket.com

Wednesday, January 11, 2006

Terkenang...

Masa hari raya hubby ajak kawan2 kapal dia makan kat rumah, saya terus teringat masa hubby belayar dulu dia jarang dapat balik beraya di rumah jadi saya memahami perasaan dia yg tak mahu meminggirkan orang2 yg sama macam dia dulu. Sudahlah berbulan2 berpisah dari anak dan isteri dan kemudian terpaksa beraya diperantauan dalam keadaan terasing dari orang lain di kapal, jadi kalau diundang untuk sama2 beraya dirumah mesti terubat sedikit kesedihan mereka dan oleh sebab itu saya tidak pernah membantah jika hubby mahu saya memasak untuk kawan2 kapalnya itu. Malah saya seronok mereka bersama2 kami merayakan aidil adha di sini. Walaupun saya tidak mahir memasak tetapi saya sanggup berusaha demi hubby dan setakat ini no complaint (dah 4 kali dah menjamu mereka) maksudnya oklah tu kot.... ataupun terpaksa...

Monday, January 09, 2006

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

10TH JANUARY 2006

Selamat Hari raya Haji buat semua.....

Sedih..sedih.. org kat kl ada yg korban lembu dan adalah acara2 makan2 bersama keluarga. Sememangnya setiap tahun raya haji disambut meriah oleh keluarga kami sebab tak pernah tinggal korban maklumlah oghe klate, itulah sebab walau tak korban di sini tapi raya tetap disambut. Masaklah jugak nasi impit, rendang, kuah kacang, masak lodeh dan sambal tumis serta kek. Anak2 tetap disuruh ambik cuti, biar diaorg tahu ini antara hari kebesaran islam jangan nak tahu sambut new year dengan krismas je.... tapi cuma tak gi embassy hanya papa je yg pergi coz kakak tak berapa sihat.

Pengorbanan..

Sambil2 baca berita terdengar topik era ari ni apakah pengorbanan anda??? Kalau tanya saya sekarang yg terus terlintas ialah pengorbanan datang ke sini demi suami tercinta.... apakah pula pengorbanan anda?

Sunday, January 08, 2006

Seronoknye...

Hari ni rasa sungguh gembira sbb dpt download skype jd blh call kl ngan rega murah dan dpt dgr radio era... tq hubby... sorilah asyik b'gantung kat u je coz kalu memandai2 sendiri nanti u marah i lak...

Sunday 8th Jan 2006

Pagi2 dah siap nak main badminton ngan hubby, anak2 dan yuzu sefamily. They all called last nite. Main sekejap dah semput coz lama sgt tak exercise. Tapi best coz tempat tak jauh belakang rumah je Naka-ku Community Center kat library tu dan free lak, org pun takde kat sana nanti nak ajak kawan2 main lah. Masa yg sgt berkualiti sbb everybody enjoy sampai naqiyah pun suka.
Balik ambik ayam yg order ngan june, tq ye....
Masak nasi goreng for lunch then mlm baru special sikit kot....

Saturday, January 07, 2006

What's up...

I've been reading other people's blog and so fascinated with them until i don't know what 2 write in mine. All this while i've been expressing my thoughts without thinking that people might come n view so all the things came out naturally but now... i don't know. but i guess why should i bother coz i just need a place to let everything out. If other people felt that somehow i've hurt their feelings with what i wrote then too bad i cannot do anything about it coz i'm a human n sometimes i just blurted it out but then i didn't mean anything..
Ok kita gi makan dulu...

Breakfast with pizza n maccaroni n cheese

Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, January 03, 2006

Tahun baru

Eee... tak sangka skejap pulak tahun 2005 ni. Sekarang dah 2006. Itulah masa.. ia tak menunggu kita. Kita je asyik bertangguh2. Tambah tgh demam2 ni kan lagi rasa tak nak buat apa. Sejuk2 ni kan rasa nak tidur je.. Tapi boring pulak nak tidur je nak menulis tak de idea pulak.. Emm.. apa nak buat ye????

Sunday, January 01, 2006

cube-cube

Image hosted by Photobucket.com

Hai Hai Bye Bye (2006 vs 2005)

Entahlah apa nak jadi dgn diriku ini masih ngan perangai lama - bad time management. Benda byk tergendala sbb tak ikut schedule. Jadi sempena ngan tahun baru ni aku akan lebih berdisiplin ngan time mgt. Ceh...itule azam tahun baru...

Tiap tahun pun camtu jugak tp bila ada occassion cam ni sekurang2nya refresh balik mana yg terleka sbb dlm setahun byk kali jugak blh b'azam selain dr tahun baru eg. birthday, maal hijrah dan bila rasa2 semangat dah kurang byk tu...

Anyway, tak de yg lbh bersyukur kerana dgn limpah kurnia Nya alhamdullillah kami sekeluarga masih bersama dan sihat sejahtera, dimurahkan rezeki dan semoga tuhan sentiasa terus merahmati kami semua.

Moga2 tahun baru yg mendatang akan lebih hebat dan luar biasa hebat...

SELAMAT TAHUN BARU 2006 UTK SEMUA..