Saje-saje

Monday, July 31, 2006

Jalan dan makan







Jalan jgn tak jalan... kalau tak jalan rasa incomplete... papa ambik cuti 2 hari utk mengelakan rasa bersalah dia sbb tak habiskan masa bersama2 kami... jadi apalagi ke Disneyland lagi utk yg ntah ke berapa kali sbb dah tak terkira.... tapi punyalah ramai org... sapa suruh gi masa natsu yasumi... tapi puas hati sbb walau ramai tp byk tempat juga boleh cover espc 2 tmpt hit dpt gak pergi... mana lagi buzz lightyear dan honey huntlah... anak2 hepi dan mak anak2 pun teruja tu... tak sedar dah tua tapi... biasalah sapa pi situ sure kembali muda...hehehe...tgh jalan2 baru keluar buzz lightyear sekali tu tengok macam org melayu... laaa Yani n family rupanya... rasanya kalau baca kat blog dia pun ntah berapa kali ke sana juga... one will never get enough with Disneyland tapi kalau wat kat Mesia tak mampu lah nak masuk byk2 kali... sekali pun mungkinlah....

Esoknya ke mana lagi kalau bukan China pete's tapi bukan lg brg kita sbb kita dah... cukup2le tu... beli brg2 utk souvenirs lah pulak.... balik makan soba di hubby's fav soba shop. Ptg dia bawa anak2 main basikal di taman. Mamanya dok masak kat umah... alasanlah padahal senyap2 bertenet sbb kalau dia ada tak bagi dia kita dok bertenet2 ni... dok ngadap dia le jawabnye.... dia dok keje je kat umah tak pe...

Esoknye esok lagi.... lepas dia main badminton di community hall belakang umah dia kata jomlah bawa budak2 gi ikspiari... apalagi sume pun menjerit kesukaanlah.... kali ni dia kata ambik densya sbb dia nak rehat ... kesian juga kat dia penat pun tapi masih bawa kita keluar juga itu belum lagi deraan mama suruh basuh pinggan, buang sampah dan vacuum rumah... sayang papa kan....

Tak pe sunday duduk rumah mama masak special... pagi goreng basah mee suah (ala2 kantonis style) tgh hari makan laksa penang sampai ke petang dan makan malam nasi dgn ikan bakar bercicah, terung goreng bercili dan juga ikan bilis ranggup bercili api.... fuh make his day.....

Sunday, July 30, 2006

Tokyo Disneyland

 Posted by Picasa

Tuesday, July 25, 2006

farewell kakak

 

farewell di sekolah dan brownies club kakak bersama cikgu klas dan kawan2.... Posted by Picasa

Imbasan sayonara partiii...

 


sebahagian gambar teman2 baik yg mengadakan parti serta memberi hadiah2.... Posted by Picasa

Rindunya dgn aktiviti selalu....

 


Byk exercise keluar juga peluh tapi nak buat sendiri malasnya..... Posted by Picasa

Saturday, July 22, 2006

memories wit frens

  Posted by Picasa

Wednesday, July 19, 2006

Hujan

Tengok weather forecast sepanjang minggu hujan.... alahai.... terkurung je kat rumah jadi boring sungguh... sehari dua bolehlah macam2 buat kat rumah... bila dah lama2...hmmm...mulalah ada sidua beradik tu bergaduhlah...dan macam2 lagilah... dahlah sebelah barat Jepun dah banjir dan tanah runtuh sekarang kang lepas ni apa2 jadi pulak kang takutlah kita org yg tanpa papa di rumah ni... tapi malam ni dia dah balik.... tak sabar... hujan oo hujan lekas berhenti....

ps: ini dah post yg ke200... wow banyaknya tulis... cerita apa ye selama ni... merapu...hahaha...
We're All In This Together



Anak2 sekarang ni kecil2 pun dah pandai memilih sendiri... inilah pilihan mereka.... sambil duduk2 dirumah jadi exerciselah tadi....

Tuesday, July 18, 2006

Baking...


Setelah semalam pagi2 lagi mereka bermain basikal di taman dan juga kaimono shita di ok supa dan saty sampai setengah hari jadi rehatlah pulak... kebetulan hari ni hujan je so tak keluar kemana2 lagipun Iman kata nak datang apalagi sabrina dan qistina pun kata "mama kita buat keklah hari ni..." emm ok tapi tunggu lepas lunch..... adoi.... hujan2 ni asyik rasa lapar je jadi apa lagi makan la... pagi breakfast - nasi dgn sweet sour telur, lunch - mee goreng, tea - mestilah choco cake yg anak2 buat.... hmmm... malam nak makan apa pulak ye... buat jelah nasi paprik ayam kan....

Baking tadi memang dia org sendiri je yg godak semua, mama tukang tengok je.... senangkan ada anak dara....

Sunday, July 16, 2006

Hanabi di Yamashita Koen


Tanpa plan akhirnya ke Yamashita koen utk menyaksikan pertunjukan bunga api.... punyalah ramai orang.... kebanyakan anak2 gadis memakai yukata dan kelihatan sungguh ayu.... hari ni kakak dgn adik tak pakai tapi kalau ada peluang lain kali nanti mereka akan pakai yukata.... di sepanjang perjalanan orang berjualan makanan dan minuman dan semuanya dlm festive mood....

kita naik bas dan di pertengahan jalan driver buat pengumuman sesiapa yg nak berhanabi boleh teruskan dgn berjalan kaki kerana kesesakan lalulintas.... jadi semua pun turun jalan..... elok2 sampai firework pun mula.....

Lebih dari sejam jugalah kerana kita balik sbb qistina mengantuk pun firework tak habis lagi.... sugoi ne.... boleh tgk dlm fp lg fotonya.....

bersama sensei hari tu...


Bersama2 sensei yg setia melayan anak2 juga walau tgh sibuk belajar.... pelbagai barangan dibawa utk menggembirakan anak2....







Sensei berkunjung kerumah bersama2 dgn anak2 serta hadiah rantai dan loket serta frame mikimoto....

inilah gambarnya...


Inilah gambar mereka bermain basikal di taman semalam....

apa buat....

Khamis tu ingat nak keluar berjalan2 tapi mak kawan kakak called bagitau nak datang so oklah kita tunggu jelah kat rumah.... budak2 ingat nak ke taman bila petang tapi sebab hujan jadi mereka main di rumah sahaja.

Esoknya anak2 nak ke National Science Museum di Ueno sebab kakak nak bawa adik pergi ke tempat yg dia pergi bersama2 dgn mama dan kawan2 sekelasnya dulu.... pergilah naik densya...

Punyalah panas rupanya suhu dah mencecah 35C.... tapi sebab indoor jadi taklah teruk sangat.... mereka gembira sekali sebab macam2 yg boleh mereka saksikan dan pelbagai aktiviti boleh dicuba termasuk cara membuat mikroskop.... Berbeza dgn kunjungan ke Pusat Sains di kl dulu tapi tak taulah kot skrg dah berubah.... Disini mereka boleh menjadikan anak2 teruja dgn sains dan teknologi.... amazing....

Setelah ke tempat anak2 maka ke tempat mamalah pula sebab alang2 dah sampai sini jadi singgahlah ke "Ameyoko" a little shopping arcade yg mana lebih kurang macam petaling street kita tapi lebih selesa dan luas..... Singgah juga di Takeya discount shopping store.... wow tgh sale sampai 18hb so apalagi byk brg2 branded yg murah2 macam Sk11 yg besar pun baru 11k+yen... dan macam2 lagilah... teruja jugalah....

Sabtu sebaik sahaja papa pulang dia pasangkan basikal yg didapati percuma dari ANA's redemption point, ok jugalah ANA ni... dulu kita dapat flight tickets free now dapat bag dan basikal so petang2 kakak dgn basikal baru serta adik dgn basikal kakak yg telah di letak semula training wheelnya oleh papa.... Hmmm.... nanti mesti dia org nak berbasikal tiap2 hari....

Thursday, July 13, 2006

owarimasho....

akhirnya tamatlah klas nihongo di hongocho sbb mereka mula bercuti utk musim panas dari hari isnin 10/7 hari tu.... bolehlah dapat juga belajar sikit2 dari tak ada lansung.... dan juga sekurang2nya dapat juga bergaul dgn jepun yg jepun betul bukan yg jepun yg sudah lebih terbuka macam di international school tu.... dapat juga mengetahui sedikit sebanyak perayaan yg mereka sambut seperti yg sensei kata di yokohama org sambut obon pada bulan 7 iaitu 13,14 dan 15 tapi tempat2 lain sambut pada bulan ogos. Hari mereka sembahyang utk org yg dah mati utk info klik sini

byk cerita hantu di dengar sbb sesetengah percaya hantu byk keluar dlm musim panas... tulah agaknya malaysia banyak hantu tu.... hahahaha.....

kita juga sempat ajak sensei datang rumah semalam dan bagi present serta bawa keluar makan dan sempat singgah di rumahnya juga.... arigatou gozaimashita Kato san....

Wednesday, July 12, 2006

berkunjung ke rumah teman

Semalam berkunjung ke rumah seorang teman baik... Pergi dgn densya dan di ambilnya di eki. Wow.... bila sampai tengok rumah dia cantik sangat.... siap ada kebun yg penuh dgn macam2 tanaman siap bagi kita bawa balik lagi.... Balik pun berantar.... segan sungguh dgn dia..... tambah dalam kesibukan dia sempat lagi menyediakan hidangan tengahari yg special iaitu laksa penang dan mee goreng serta peach yg sungguh manis.... cara dia masak macam pro betul ... kita yg duduk sini dah belajar macam2 tapi bila nak banding ngan dia ...alamak banyaklah lagi nak kena belajar ni.... mak tolong lepas ni nak masuk sekolah masaklah.... aduhai... macamlah kita ni rajin sangat.... kalau berjalan tu rajinlah..... tapi kali ni balik mesia pun kena masaklah... tak mau lagi buat macam dulu .... practise makes perfect....

Monday, July 10, 2006

akhirnya tekaan kakak betul....


Monday 10th July 2006

World cup 2006 akhirnya menjadi milik Italy.... after beating France 5-3 on penalties in Berlin....

Bila bagitau kakak dia kata..."i told u..." emmm....






Sunday, July 09, 2006

salam dan peluk....

Mencium tangan seseorang kerana sifat zuhud, warak dan takwanya, sifat salihnya, kerana tinggi ilmunya, iaitu ilmu agamanya juga yang berkaitannya, termasuk orang tua-tua yang dihormati seperti ibu bapa dan sebagainya. Adalah makruh mencium tangan seseorang semata-mata kerana pangkatnya, kebesaran yang dimiliki, kerana keturunan atau gelaran dan sifat-sifat seumpamanya.
Dalam sebuah hadis ada meriwayatkan mengenai rombongan Abdul Qayas berlumba-lumba turun daripada kenderaan masing-masing lalu mencium tangan kaki Nabi s.a.w.
Begitu juga halnya dengan amalan mencium anak sendiri atau anak saudara, anak teman atau lainnya di pipi dan lainnya kerana kasih sayang juga persaudaraan, tidak kira sama ada anak itu lelaki atau perempuan.
Walaupun demikian sekiranya ciuman itu disertai dengan rasa syahwat, maka hukumnya adalah haram, biarpun perlakuan itu berlaku di antara ayah terhadap anak kecil.
Abu Hurairah berkata, bahawa Nabi mencium Hasan bin Ali di mana ketika itu terdapat di sampingnya Al-Aqra bin Habis At-Tamimi. Al-Aqra berkata: Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak ada seorang pun di antara mereka yang pernah kucium. Mendengarkan kata-katanya itu, Rasulullah memandangnya dengan rasa hairan lalu bersabda: Barang siapa yang tidak menyayangi dia tidak akan disayangi.
Satu rombongan orang Arab telah datang menemui Rasulullah. Mereka bertanya: Adakah kamu semua mencium anak-anak kamu?
Di antara mereka ada yang menjawab: Ya. Sebahagian daripada mereka menjawab, tetapi kami, demi Allah tidak pernah mencium mereka.
Mendengarkan kata-kata di antara mereka itu baginda Rasulullah bersabda: Adakah aku berupaya mencegah sekiranya Allah mencabut rahmat (kasih sayang-Nya daripada kamu sekalian.
Dalam sebuah hadis daripada Anas dinyatakan bahawa Rasulullah pernah mengambil anaknya yang bernama, Ibrahim lalu menciumnya.
Menurut keterangan sebuah hadis lain, hadis daripada Al-Barra’ bin Azib ia menyatakan bahawa dia pernah bersama Saidina Abu Bakar pada mula-mula ia datang ke Madinah dan berkunjung ke rumah Aisyah. Didapati bahawa Saidatina Aisyah kelihatan terbaring kerana diserang demam panas. Ia melihat Saidina Abu Bakar datang mendekatinya dan berkata: Bagaimana keadaanmu wahai anakku, sambil mencium pipinya.
Mencium wajah seorang teman yang baru balik daripada musafir adalah diharuskan. Begitu juga mencium muka orang soleh yang telah meninggal dunia.
Dalam sebuah hadis, daripada Aisyah yang menerangkan tentang kewafatan baginda Rasulullah, dia berkata, bahawa Saidina Abu Bakar telah datang mengunjungi baginda lalu membuka tutup muka daripada wajah Rasulullah kemudian dia merendahkan diri kepadanya lalu menciumnya kemudian menangis.
Hadis daripada Aisyah menyatakan bahawa Zaid bin Harith telah datang ke Madinah ketika Rasulullah berada di rumahnya ketika itu. Zaid telah datang menghampirinya lalu ia mengetuk pintu. Baginda berdiri menyambut kedatangannya sambil menarik kain bajunya. Zaid dipeluk dan diciumnya.
Makruh
Pelukan atau ciuman yang dilakukan selain kepada anak dan orang yang datang daripada musafir (berpergian jauh) atau pada orang yang telah lama tidak ditemui makruh hukumnya.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmuzi dan Ibn Majah daripada Anas ia berkata, bahawa ada seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah, andainya salah seorang daripada kami bertemu dengan saudara atau temannya, apakah dia harus membongkokkan badannya?
Nabi menjawab: Tidak.
Orang itu tidak bertanya lagi: Apakah dia perlu memeluk dan menciumnya?
Baginda menjawab: Tidak.
Orang itu bertanya lagi: Apakah dia perlu berjabat tangan?
Nabi menjawab: Ya.
Amalan berjabat tangan ketika bertemu adalah sunat. Dalam sebuah hadis daripada Qatadah, dia berkata: Aku telah bertanya kepada Anas: Adakah berjabat tangan itu pernah berlaku di kalangan sahabat Nabi. Ia menjawab: Ya.
Diriwayatkan juga dalam kitab Bukhari dan Muslim tentang hadis Kaab bin Malik yang menceritakan tentang taubatnya ia berkata: Maka Talhah bin Ubaidillah pun berdiri sambil berlari menuju kepadaku sehingga ia menjabat tanganku dan mengucapkan selamat kepadaku.
Dalam sebuah hadis lain, iaitu daripada Anas ia berkata: Tatkala penduduk Yemen datang, Rasulullah bersabda kepada mereka: Sesungguhnya telah datang kepada kamu sekalian penduduk Yemen dan mereka adalah orang yang pertama sekali yang datang dengan berjabat tangan.
Mengenai berjabat tangan ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidak ada dua orang Islam yang bertemu kedua-duanya, lalu mereka berdua berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum mereka berpisah.
Rasulullah juga pernah berkata kepada Atha' bin Abdillah al-Khurasani: Berjabat tanganlah kamu sekalian, nescaya hilanglah rasa kebencian dan saling memberilah nescaya kamu saling cinta-mencintai dan hilang rasa permusuhan.
Berjabat tangan hendaklah dilakukan dalam keadaan bertentangan muka di antara kedua-dua orang yang terlibat, bukan dengan memalingkan muka ke arah lain secara sengaja, ataupun tidak sengaja, seperti sedang melayani orang yang ketiga atau lain-lain perlakuan yang menunjukkan tidak adanya prihatin terhadap pertemuan atau salaman yang dilakukan. Di samping itu, orang yang berkenaan hendaklah dalam keadaan muka berseri atau senyum untuk memperlihatkan keikhlasan dalam hati.
Dalam sebuah hadis daripada Abu Dzarr ia berkata bahawa Rasulullah ada bersabda kepadaku yang bermaksud: Jangan sekali-kali kau anggap ringan sesuatu kebaikan, biarpun hanya dengan melontarkan wajah yang manis kepada saudaramu.
Selain daripada keterangan di atas, baginda Rasulullah juga ada besabda seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis daripada Al-Barra’ bin Azib yang bermaksud: Sesungguhnya dua orang Islam itu apabila mereka bertemu, lalu berjabat tangan dan sama-sama tersenyum dengan rasa kasih dan ucapan nasihat, nescaya lepaslah kesalahan di antara mereka berdua.
Hadir daripada Anas daripada Nabi pula menyatakan bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak ada dua orang hamba Allah yang bertemu kerana Allah, lalu datang salah seorang daripada mereka kepada temannya, maka dia menjabat tangan temannya. Keduanya mengucapkan selawat kepada Nabi melainkan tidak berpisah keduanya sehinggalah dosa mereka berdua diampuni Allah, baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.
Anas juga berkata bahawa Rasulullah tidak menjabat tangan seseorang dan berpisah daripada sisinya sehinggalah beliau membaca: Allahumma atina fi'd-dunya hasanatan, wafi 'l-akhirati hasanah, wa qina azaba'nar (Ya Allah, berilah kepada kami kebajikan dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada seksa neraka).

demam bola



Sekrg kan musim world cup jadi apalagi anak2 saya gila juga dgn bola.... saya, papanya dan adik menyokong france tapi sikakak sukakan itali jadi kita tunggulah resultnya...
setelah diminta si adik utk di belikan bola jadi papanya telah membawa mereka bermain bola di taman sebelah petangnya.

hahaha... adik menyepak bola sampai kasut pun tersepak sekali....







ada gaya tak.... emm tak ada anak lelaki pun, anak perempuan juga boleh main bola.....

macam2 yg dah dilalui... 3


Gambar adik n kakak bermain dgn bayangan imej di omotesando hills.....


Dah banyak kali berjanji nak keluar dgn Hani tapi sering kali tertangguh jadi suatu hari tu jadilah juga keluar makan di fujimamas.... kita lah pulak lambat tiba tapi taklah lama saja bagi peluang hani catched up dgn farah.... Ingat nak tengok baby farah tapi dia tak bawa pula tapi anak dara hani ada.... sikiut tu... emm dia dah kenal kita so takdelah nangis lagi... kebetulan birthday dia baru lepas so wish jugalah happy 1st birthday.... aimee chan...suka tak toys tu?emm... kiut sgt dia....

Makanan kat situ memang best tambah farah kenal d chef so dia buat special dish utk kita tp kalau pergi sendiri taklah tergamak nak request pula..... Tapi apapun normal menunya pun memang best.... anak2 saya yg tak berapa makan pun boleh makan banyak... nak pergi lagi tapi jauhlah kat jingumae sana.... unless nak ke oriental bazaar ke atau meiji shrine atau takeshita dori ke....web page nya sini

Masa haritu sempat jugalah jalan2 ke kiddyland serta omotensando hills sebelum balik... emm gila tengok brg2 cantik2... jimmy choo pun ada butik di situ... takleh dok lama baik balik cepat... naik tren pula penuh dan lambat sbb adalah kemalangan ke atau kadang kat sini org nak bunuh diri dia terjun je ke railway dan menyebabkan tren delayed. Dalam tren kita berdiri depan priority seat pun ada mamat ni dok situ buat tak reti je walaupun tgk hani tgh mendukong babynya... emm one thg di sini kalau dlm tren habis sifat2 bersopan santun diaorg ni....

suika

Tengah panas2 ni apalagi makanlah buah semangka ni... emm sedapnya.... buahnya kecik tapi isinya manis dan juicy serta harganya murah sbb dlm musimnya.... Biasalah beli kat mana lagi kalau bukan kedai kecil tak jauh dari rumah yg diusahakan oleh satu keluarga jepun yg mempunyai menantu dari indonesia. Walaupun kecil tapi sbb mereka ramah dan murah maka ramailah pelanggannya... kalau ikutkan kedainya tersorok dgn lokasi tak jauh dari Saty- supa besar tapi masih menarik org utk membeli disitu.. terutama bila ditanya manis tak, mereka pasti memberi jawapan yg jujur.... sesuatu yg susah nak dapat di tempat asal kita.....

Saturday, July 08, 2006

menjemput kawan...


Di sebabkan dah pernah cakap nak panggil dia makan di rumah kerana dia missed lunch di rumah saya bersama dgn teman2 yg lain dulu jadi kenalah panggil makan juga.... Pandai pula bila terdesak boleh pulak buat cepat2 kemas rumah, basuh dan jemur baju, masak hidangan utama, buat dessert serta bake brownies utk makan tghari tadi... Itu yg hubby kata elok rumah ni ada tetamu sbb boleh pula saya buat semuanya sendirian, tak payah nak gaji org buat.... tapi yg dia tak tau betapa penatnya saya ini (dan sudah semestinya dia pun membantu spt table setting serta washing dishes)... kekuatan inilah yg di namakan tenaga dalaman yg dihasilkan oleh gambaran minda seperti dlm buku dr hm tuah. Apapun bila makanan dah penuh meja dan tetamu dah tiba langsung terlupa nak mempotret makanan serta tetamunya....

macam2 yg dah dilalui... 2

Sebelum Olan pulang bercuti ke US kita sempat lunch dgn dia dan spt biasa dia mesti beli omiyage buat anak2 kita malah juga buat BIL kita. Susah nak cari kawan yg sentiasa perihatin macam dia ... always keep in touch serta sentiasa memberi bantuan bila perlu... Ketiadaan dia mesti akan dirasai.... Harap ada ole2 dr US....

Buat pertama kali juga kita ke Hakone menaiki densya... wah seronok menikmati pemandangan... cantik sungguh dan mendamaikan.... ajisai yg di kiri kanan semasa menaiki train juga mengasyikan... ratalah one round trip dgn train, cable car, ropeway, bot serta bas.... macam nak pergi lagi....

Sepanjang cuti juga kita dijemput ke rumah kawan2 anak2 utk get together juga lunch dan haritu kita juga di jemput Nurul sekelurga utk upacara doa selamat dan cukur jambul anaknya yg baru lahir.... siap ada potpuri sebagai tanda ingatan.... nasib baik mak dia dan MIL dia datang menemaninya kerana inilah pengalaman baru baginya....

Kita juga berjalan2 bersama teman2 ke kodomo no kuni yg mana dlm perjalanan balik terperangkap dlm jem... waduh lenguh sungguh kaki... konon nak ikut short cut tp bila lorong sempit serta traffic light byk dgn kereta byk jadi lambatlah sampai... lain kali ambik tren je senang....

Rasa dah tak nak beli apa lagi sebab rumah dah penuh tapi bila hujung bulan haritu sampai ahad ni ada summer sale jadi apalagi memborong sajalah.... tambah bila org kata beli nanti bila balik menyesal tp kalau kita tak guna nak buat apa ye???

macam2 yg dah dilalui... 1

Dah tak ada apa nak buat skrg barulah boleh nak menulis dgn fikiran yg tenang. Kalau tak asyik fikir nak cepat dan akhirnya apa pun tak keluar.... Sepanjang tak menulis di sini dgn lebih kerap byk peristiwa yg tidak terakamkan seperti anak2 buat pertama kalinya ke doktor gigi di sini dimana bila dah pergi sekali je treatment dia jadi utk sebatang gigi yg hendak ditampal pun harus ke klinik berkali kali sbb dia ada temporary filling lepas tu baru permanent filling. Jadi bila dah mula bulan Mei haritu selama sekali seminggu sekrg pun tak habis lg rawatan w/pun katanya hy 3 batang gigi yg harus ditampal.

Kemudian anak2 ke salon gunting rambut yg terletak berhampiran rumah juga, jadi itu pun pertama kali juga bg mereka. Terutama yg adik tak pernah memotong rambut sedari rambutnya dicukur dari semasa bayi lagi... Emak saya selalu akan menyuruh semua cucu2nya di cukur habis semasa dlm pantang lg kerana katanya lebih elok di bersihkan habis rambut yg dari dalam perut lagi utk mengelakan masalah kulit kepala... tak taulah betul ke tidak tapi alhamdullillah anak2 tak pernah mengalami masalah kulit kepala berkerak ke semasa masih bayi lagi sehingga kini....

Juga hari tu kita menerima kunjungan dari adik hubby yg mulanya tak nak datang tapi kita paksa dia datang sbb hubby berada di kl pada masa itu jd utk mengelakan anak2 rasa kesunyian maka kerana itu dia terpaksa datang walaupun dah hampir hubby nak balik sini dah ... saya nak paksa mak saya datang lagi tapi dia kurang sihat jadi tak dapatlah dia datang... itu yg hati saya sentiasa teringatkan mak saya yg kurang sihat itu.... walaupun begitu saya tetap meneruskan aktiviti spt biasa dan juga membawa bil itu berjalan2 tapi bila dia dah pandai dia dah keluar sendiri dah.... kita juga mendera dia dgn menjadi tukang cuci pinggan kita...hahaha... mesti lain kali dia serik nak datang apapun kita harap dia gembira bersama kita haritu serta enjoyed the stay here.....

Thursday, July 06, 2006

Hanabata matsuri

Semasa ke klas nihongo getsuyobi yg lalu ada di terang kan pasal tanabata festival. Festival yg juga dikenali star festival ini dikatakan berasal dari cina kira2 seribu tahun lalu yg diraikan setiap hari ke 7 dlm bulan ke 7 lunar. Sesetengah tmpt meraikan pada bln julai dan sesetengahnya pada bulan ogos dan paling dikenali di hiratsuka, kanagawa dan juga sendai. selalunya menjelang perayaan all wishes di tulis atas kertas dan digantung pada pokok buluh dgn harapan menjadi kenyataan. Itulah kepercayaannyalah.... klik sini juga sini