Saje-saje

Thursday, December 29, 2005

Osaka - Righa Royal Hotel

Image hosted by Photobucket.com

osaka - kids plaza

Image hosted by Photobucket.com

Monday, December 26, 2005

Kyoto - Kyoto Craft Ctr Gion


Image hosted by Photobucket.com

Kyoto - Nishiki food market


Image hosted by Photobucket.com

Kyoto - Toji Temple (Shimai Kobo) final toji mkt


Image hosted by Photobucket.com

Kyoto - Kinkakuji Temple


Image hosted by Photobucket.com

Saturday, December 24, 2005

osaka 2 - usj

Image hosted by Photobucket.com

osaka 1 - sky building

Image hosted by Photobucket.com

osaka 1

Image hosted by Photobucket.com

Friday, December 23, 2005

Lega..

Lega dapat balik rumah yelah dah berapa hari takde sbb berjalan jadi bila balik tidur di katil sendiri dan makan masakan sendiri yg memang dah sah halal, wushh... lega....
rumahku syurgaku...
home sweet home...

Tapi percutian yg sungguh istimewa dan menarik sangat.. sungguh sukar untuk dilupakan. Tunggu akan ku update kemudian coz ada byk kerja rumah menunggu... ni malas balik ni byk kena buat...

Sunday, December 18, 2005

Kesian..

Hari ni dok saja kat rumah coz mama malas, hy cuba2 praktikkan apa yg blajar di klas Mr Owen dah mlm baru ambik hubby di ofisnya. Dia dari Sendai terus singgah ofis utk habiskan kerja so nanti boleh gi holiday dgn aman tp kesian dia penat...

Saturday, December 17, 2005

On your birthday.... to Sabrina,

Pagi2 papa dah kena gi Sendai so kita tak boleh nak celebrate dgn papa but mama dah buat nasi lemak (your favourite) dan kita had early breakfast ngan papa dan adik. Kita dah kiss papa goodbye, tunggu di pintu sampai papa pergi dan lambai papa sambil terjerit2 panggil papa sampai papa hilang dlm teksi yg mama bet all our neighbours complained pasal bising pagi2.

Hari ni dah start cuti so mama nak kasi can rest tapi semalam dah balik awal pukul 12 tgh dan kita dah rehat kat rumah so kita pergi jalanlah pulak. Tapi hari masih awal kita then just lepak tengok tv until Loyda dah nak datang baru kita sibuk gi mandi dan bersiap nak keluar. Itupun mama tak siap2 lagi coz mama gi rumah auntie ida ngan auntie jun then we all gi rumah jiran baru auntie zarina yg baru sampai dari Malaysia. Mesti kakak ngan adik suka coz dia ada 3 anak perempuan dan 1 lelaki jadi dah ada kawan baru.

Lepas Loyda dah balik baru kita keluar ambik train ke Hamamatsucho dan sambung monorail ke Ryutsu Center dimana tempat Heiwajima Antique Fair berlangsung. Macam2 ada sampai mama rambang mata tapi you all sabar je ikut mama jadi orang2 kat kedai tu bagi sweets dan ada yang bagi osembei. Dari sana kita ambik bas ke Omori eki then continue ambik train untuk balik.

HAPPY BIRTHDAY SABRINA

To my dearest daughter Sabrina...

Happy 8th Birthday! May all your wishes come true and success in life. No matter what you are always my first child, my love is equal between you and qistina. I will always love you both...

From,
mama

Thursday, December 15, 2005

Alahai...

Dari semalam lagi rasa macm nak pitam je... bangun pagi pun mcm takleh nak angkat badan tp terpaksa gagahkan juga... Ini ala2 nak demam gitu.. Tak leh jadi ni agaknya bila aktiviti dah kurang badan mula nak mengada... kena plan something..

Check kat http: //www.paperlantern.net/ wah ada flea market kat Heiwajima Tokyo from 16 sampai 18 Disember. Nak gi lah.... tp budak dah cuti sekolah... bawa jelah. Last day sekolah 15hb. ari ni klas Sabrina ada party, kena gi tolong set up tp sesampai cikgu dah arrange sume tinggal makan je. Cikgu nya suke sangat dapat present Mikimoto tu. Dia pun suka mak2 masak makan bawa gi klas tp mak sabrina ni pilih yg senang bawa buah je.

Lepas makan gi Motomachi then Saty beli brg baru ambik budak2 balik. Lepas bye2 kat Nurul dan Kak Zai yg nak balik cuti di M'sia rasa dah flat habis....tidur tp hubby balik alahai tak habis masak lg....

Wednesday, December 14, 2005

Jiranku..

Pagi ada klas komputer, hari ni aku sorang je belajar coz i think dia org pun tak kuasa nak dengar Mr Owen melayan aku sorang. Dia org maybe nak tahu using the system tapi aku on the technical side pun aku sibuk. Semua pun nak tahu... jadi belajarlah one to one.

Dekat nak habis klas Jun called. Aku tak sempat angkat coz busy coping up with Mr Owen. He's so fast. Kalau lambat2 kang kena tinggal lak. Ngango aku... anyway aku call balik on the way back. Oo.. cuma menanya khabar. Baru ku ingat,wah.. sebenarnya dah lama aku tak berinteraksi dgn jiran2ku. Ku ingatkan mahu mengadakan coffee morning sebelum most of them go back for the winter holiday but tak tahulah bila nak selit harinya... so ku inform Jun yg ku akan drop by once aku balik.

Ingat nak jalan kaki balik coz today ada klas jadi tak bawa kereta tapi bila singgah kedai Chali (kedai lama di sepanjang Honmoku Dori) beli bawang, halia, pisang & minkan (limau) murah2, so ambik bas je. Tak jadi le nak singgah Saty (supa) selalunya hari selasa ada sesetengah benda Saty murah then hari Rabu kalau gi pagi2 boleh dapat kupon untuk diskaun benda2 yg lebih hyaku en, Ladies Day katanya tapi laki2 tua pun ada juga, cam ne tu....

Tak jadi juga nak singgah rumah kak Ton, entah apa khabarnya jadi ku menelefon saja tanda ingatan. Singgah lah rumah Jun seperti yg di janjikan. Dia hidangkan nasi impit dan kuah kacang. Tak lama tiba Nurul then sampai Norlida dan akhirnya Yuzu pun datang. Wah secara kebetulan pulak semua ada kecuali Kak Zai. Tercapai le juga hajat nak jumpa semua jiran2 menanya khabar. We all ni tinggal di satu bangunan apartment jadi masing2 baik2 care for each other. yelah namanya pun merantau jadi kalau sakit pening, susah payah nak harapkan sapa lagi kalau bukan jiran2. Terima kasih Jun.....

Monday, December 12, 2005

Nabemono..

Hari Ahad di rumah menikmati nasi impit dengan kuah kacang bersama rendang ayam sambil menonton The Myth. Seronoknya bersantai bersama keluarga di rumah seharian semalam jadi pagi tadi terasa sungguh segar dan berkobar2 semangat untuk membuat projek mengemas rumah tapi... tiba2 deringan telefon... "Hei.. Sue ! Where r u??? We r waiting for u..." kedengaran suara Olan di talian. Oo..ooo .... lupa hari ni harijadi Luisi jadi mereka berkumpul di rumah Luisi utk menyambutnya. Sudah direncanakan dua minggu yg lalu patut le aku lupa...

Sesampainya dari pintu lagi bau semerbak rupanya tuan rumah sedang menyediakan nabemono untuk makan bersama... oiishi desu yoo... Bila tengok sendiri bgm menyediakannya barulah terasa senangnya untuk melakukan yg sama di rumah... ala2 stimbot gitu... musim2 sejuk ni itulah makanan orang sini.

Ambik qistina 1.30pm coz today dia balik awal lepas class party ingatkan cepat2 nak ke klas nihongo tp mak2 tu sibuk bg x'mas present pada cikgu klas. di montessori dia panggil cikgu - directress. Kena tunggu kejap jadi lambatlah ke klas. Lepas tu ambik kakak then singgah di motomachi beli present Mr Owen cikgu komputer, yelah blajar dah free tanya macam2 jd belilah somethingkan...

Singgah lagi di D2 store yg ada byk brg2 mcm DIY dll. Juga singgah di OK supa beli perishable. Baru balik masak dan cuci pinggan. Tak sempat habis keje, hubby balik dan jeling2 kehairanan kenapa baru nak siap rumah. Kenalah explained nabe punya pasal.....

Saturday, December 10, 2005

Jalan-jalan..

Hari ni bersama hubby dan anak2 ke Motomachi Street kerana sekolah mereka mengadakan konsert x'mas di situ. Seronok dapat b'jalan2 sambil makan2 kerana bukan selalu dapat peluang membawa hubby b'jalan2, tambah2 dgn menaiki bas, lepas tu naik train pulak ke Jackmall. Dia bukan biasa sbb selalunya samaada dia ke ofis atau memang ada ship visit atau memang dia nak duduk rumah je. Kalau dgn dia habis2 pun gi lah Landmark Plaza. Yang peliknya tak jemu ke mengadap Landmark yg memang betul2 berdepanan ngan ofis dia tu...Ye lah kalau mengadap pun tapi tak ada masa nak masuk sama macam tak nampak apa...

Yang memang minat berjalan tu orang rumahnya. Tak kira pergi mana, jalan punya pasal yg sakit pun baik. Itulah yg dia pening tp nak wat cam ne memang minat..

Sayuri

Akhirnya setelah berkurung seharian di rumah hari ini ku berjaya menghabiskan Memoirs of a Geisha. Buku yg sangat menarik utk ku lepaskan kerana gaya penulisannya bagaikan kita sendiri yg berada di zaman itu. Alangkah bagusnya kalau ku bisa menulis begitu... menyentuh perasaan... tidak sabar utk lihat movienya...sayuri.....

Friday, December 09, 2005

What a day...

Something happen in the morning so the kids were late to school but we still got the chance to see adik performed in the montessori x'mas concert. She was good but once she saw me suddenly she changed, looking very shy... adik...adik...

I went to Olan's house 4 breakfast with Iin. Grace, Fitrah and Nita were there 2. The soup made by Olan was very nice...oishi... where as my brownies tasted different than b4. Not until past 1pm only we left, Iin & I went to Toys r us to buy the present for the 2nd grd x'mas party. I didn't have a choice, i really have 2 get a present coz tommorow is the due date.

Iin was having a nap while i continued my geisha book. It was almost time to pick up the kids so that's why we went to her place coz hers is nearer to the school. Save my petrol kan....

Adik got out at 3 but had 2 wait 4 kakak until 4.30. While waiting we went 2 the gas station, filled up the tank, washed and checked the condition of the car. Fetched kakak then balik lepak....

Wednesday, December 07, 2005

Trip to JNTO

Hari ni awal2 lagi bangun bereskan keje rumah coz nak gi Tokyo. Nasib baik hubby hantarkan budak2 jd taklah kecoh sgt. Dari rumah ambik bas sampai Sakuragicho Eki, ambik Keihin Tohuku line ke Hamamatsucho coz train rapid tak stop kat Yurakucho, kena tukar Yamanote line. Keluar station ke Kotsukaikan Building dimana Japan National Tourist Organisation (JNTO) kat ting. 10. Ini dah kedua kali ke sini, dulu cari map dan info pasal Tokyo kali ni berhajat nak ke Osaka pulak. Bukan tak visit url diaorg iaitu http://www.jnto.go.jp tapi tak umph kalau tak minta sendiri advice mereka. Lagipun tak payah nak print, semuanya boleh dapat percuma. Mereka juga boleh buat accomodation booking.

Seperti biasa minta Osaka dapat Kyoto dan Nara pamplet juga. Bila ditanya nak apa lagi terus minta jelah Hiroshima, Nagasaki dan belah2 sana. Insyaallah kalau ada rezeki ke sana pulak. Mereka ni betul2 membantu kita... siap check kan harga tambang train dan flight lagi. Lepas tu bila kita citer nak drive tak tahu jalan terus dia bagi highway map pulak. Sebut je sikit terus bagi pamplet, malas dahlah buka mulut sbb dia sampai kena bagi paper bag nak isi benda2 yg dia bagi. Berat...

Diorg ni siap tolong telefonkan untuk kita bila kita nak pergi satu2 tempat yg kita tak pasti. Punyalah rajin menolongnya. Dia siap kata diaorg tu buka sepanjang masa kecuali 1hb coz building tu tutup tapi still boleh call diaorg kalau ada problem. Punyalah helpful...

Dari situ ambik Tokyo Metro Yurakucho line ke Higashi Ikebukuro untuk ke Sunshine City. Bukan nak ke aquarium atau ke tempat game tapi ke World Import Mart Building ting 6 kerana nak cari info pasal buat bisnes kat sini. Di sini pun mereka begitu membantu walaupun kita sampai masa lunch time (bukan sengaja tapi terlama kat Jnto). Siap ada bisnes advisor consultant tapi takde masa nak tunggu jumpa coz kena balik takut tak sempat ambik anak . Berjalan kaki ke Ikebukuro Eki ambik Shonan-Shinjuku line terus balik Yokohama. Cepat je dah tiba...

Tuesday, December 06, 2005

Lunch date

Pagi hubby hantar we all gi sekolah, bukan anak je masuk sekolah mak pun sekolah juga. Hari ni ada klas komputer. Tulah dulu time orang bagi sekolah taknak belajar sekarang nak kena berlumba ngan anak pulak. Singgah library pinjam buku pasal Osaka dan Memoirs of a Geisha. Buku geisha ni b4 this takde masa nak baca tapi bila kat panggung kat sini siar cerita Sayuri terus hati melonjak2 nak baca. Nampaknya bila dapat buku ni kuranglah aktiviti lain ni....

Lepas klas jalan kaki turun ke Motomachi Street ikut jalan pintas, punyalah sejuk, angin kuat betul kena pulak celah lorong kat kubur ni takde orang, rasa takut juga.. Bukan takut apa, kita ni gaijin kenalak ada orang yg anti kita ke mahu kena bunuh juga kita ni. Ini gara2 si peruvian yg bunuh budak 7 tahun kat Hiroshima tu minggu lepas. Lepas je kes dia ada sorang lagi budak 7 tahun kena bunuh kat Ibaraki pref. pulak. Sini jarang kes macam ni tapi bila timbul besar2an tunjuk kat tv, mahu orang dia pandang semacam kat gaijin. Diaorg ni pun satu, terlampau percaya negara mereka selamat jadi anak gi balik sekolah sendiri je kalau aku, sori biar org kata tak independent janji anak aku selamat ngan aku. Ialah kebanyakannya housewife, nak buat apa lagi kalau tak gi antar dan ambik anak sekolah. Biarlah aku dikata sama sekolah ngan anak agar tak menyesal nanti...

Puas berjalan mencari present utk Sabrina exchange kat klas dia tapi takde yg menarik. So ambik minatomirai line ke Landmark Plaza untuk lunch date...jeng..jeng...sapa lagi kalau bukan boyfren ku.. Jumpa2 dia kata nak makan kat kedai soba. Ok jelah walaupun kena jalan jauh keluar coz soba kat kedai ni memang sedap dan semuanya termasuk soba dibuat sendiri (itulah specialty nya).

Walaupun kedai kecik diusahakan lakibini je tapi bersih, efisien dan rasa macam istimewa je layanan dia, padahal sepatah inggeris pun diaorg tak reti dan kita nihongo pun bukan tahu sangat. Bukan apa yokohama ni international sgt jadi linkungan pergaulan kebanyakannya international, sekolah pun international.(berapa byk international da..) jadi kita tak terasa terdesak utk tahu nihongo. Susah2 girls kat ofis hubby tu boleh tolong. Arigato Erika san to Hitomi san kerana selalu menolong menyenangkan kami. Termasuk arrange untuk holiday ke osaka nanti. Kenalah beli souvenir kata hubby sambil menghirup sup tenpura soba. Betul2.. sambil aku pulak meratah udang tenpura. Romantik sungguh makan berdua tanpa gangguan sikecil ni....

Lepas tu pulak berjalan berdua-duaan dalam kesejukan bulan Disember. Wah hari ni dalam sejarah juga tu...

Monday, December 05, 2005

Relaxnya hari ni....

Emm...hari ni hari paling aman buatku. Kelas nihongo di YOKE dah habis Rabu lepas, hanya ada yg di Hongocho itupun minggu depan kelas yg terakhir dan hanya dari 1.30 ke 3.00 ptg tp biasanya 2.45 aku dah keluar sbb nak ambik Qistina. Pelik pulak bila tak terkocoh2 nak kemana2. Betul ke aku ni but anyway pagi2 aku dah excited nak cari info pasal Osaka, Kyoto dan Nara. Mungkin kalau jadi akan ke sana cuti musim sejuk ni. Jadi ke hubby????

Hari ni betul2 menghabiskan masa mencari info di internet. Ilmu tak pernah habis... ada je benda baru atau sebelum ni terlepas pandang, padahal tiap2 hari pun aku mengadap pc ni jugak. Tapi aku heran sesetengah orang baru tahu sikit dah berlagak habis macam tahu semua tapi bila aku acah dgn tanya lebih lanjut, soalan lain jawapan lain. Entahlah labu....

Bercerita perangai orang ni tak pernah habis tapi yg ku pelik tak pernah kah mereka menilai diri sendiri???? Adakah kita akan tahu semua benda berbanding dgn orang lain??? Sebagai contohnya walaupun kita pandai dan memang belajar jurusan ekonomi tapi adakah kita akan mahir juga dalam bidang sains? Bidang sejarah, bahasa, it dan pelbagai lagi??? Bidang ekonomi itu juga ada pelbagai cabang, adakah kita sudah boleh berlagak dgn mengakui kita tahu semuanya??? Atau adakah kita duduk di luar negara sudah boleh mengakui kita ni lebih maju, lebih moden dan lebih tahu dari orang lain? Tak terfikirkah mungkin yg diam itu atau yg tak pernah keluar dari tanahair itu lebih mengetahui dari kita kerana kesungguhannya mencari ilmu tetapi berdiam kerana baginya diam itu lebih baik dari mengeluarkan kata2 yg tidak sepatutnya??? Ilmu Allah terlalu luas dan kuasa Nya tak tergambar oleh kita...Ya Allah.. janganlah kau jadikan aku dari orang2 yg takbur..... ini memang sebab aku relax habislah ini....

Sunday, December 04, 2005

Makan je...

Malam tadi bakar ikan maguro cicah kicap cili bawang, uhh...sedapnya. Ikan pulak, fresh sungguh beli kat tsukiji tu. Hubby nak marah tak jadi marah. Maguro oh.. maguro...

Pagi breakfast spagetti dgn scallop, uhhh...scallopnya beza sungguh dgn yg beli frozen tu. Patut le org sini lagi fresh lagi dicari. Lagi mahal harganya... Sesekali bolehlah cari lagi tapi tsukiji tu jauh, kalau dekat tiap2 hari kupergi.

Tengahari makan kari kepala ikan yg dibeli di tsukiji juga. Masa beli tu kepala tu bergerak2 lagi tapi orang sini tak makan kepala jadi seekor dia jual 100yen je. Besar pulak tu...isi saje2.. Murah sungguh, kalau di kl dah lah yg dah lama pas tu masih mahal juga lagi. Bertambah2 ku makan kena pulak ku goreng bercili udang dgn kentang, lagi pedas lagi sedap... Semua orang berselera termasuk anak2ku yg ku buat khas sweet sour ikan. Sayur yg selalunya diaorg tak berapa makan pun hari ni habis. Aku gembira gara2 tsukiji, makanan semuanya laku, nampak gayanya minggu depan ke tsukiji lagi... dgn hubbylah pulak.

Lepas ni nak makan apa lagi ya???

Saturday, December 03, 2005

Entah apa sibuk....

Semalam ingat boleh relax sbb hubby outstation tp rupanya lg byk atur cara nya. Lepas anak ke sekolah, goreng beehoon utk coffee morning bsama teman2 dr indonesia. Lokasi nya di rumah Ruslan. Aduh...cantiknya rumahnya...kreatif. Ada acara belajar masak kek cranberry oleh Iin serta papaya salad oleh Nita. Waduh...kok mereka ini pande segala...

Dari sana terus ke sekolah anak2 membantu Sam dgn kerja psgnya. Kemudian menonton konsert krismas dari elementary student. Ambik Qistina dan tunggu Sabrina habis dari Brownies Girls Scoutnya. Hari sudah gelap dan hujan mulai turun, berjalanlah kami bertiga ke bus-stop tapi dijumpai Sam terus dihantarnya pulang. Terima kasih sam, selalu membantu tanpa sempat ku membalas apa2.

Anak2 cuma mahu mushroom soup dan roti utk dinner. Panggil Nurul utk tidur di rumah. Esoknya jam 5.40am sudah keluar ke Tsukiji Market di Tokyo. Ku fikir mahu bawa anak2 bersama tapi Nurul bersetuju utk menjaga mereka. Jadi di tinggalkan dgn penuh doa kerana ini pertama kali ditinggalkan tanpa papanya.

Belum jam 6 sudah tiba di Ischikawacho Eki. Ambik train yg pertama ke Shimbashi bersama2 Grace,Ruslan,Iin dan Fitrah. Dari sana ambik bas dr kaunter 1 dr apa ke nama entrancenya tah ke tsukiji. Tambang bas 200 yen. Berhenti betul di dalam. Sugoi....very happenning. Sibuk sekali. Besar tp sempit dan bermacam-macam barang ada selain ikan. Ikannya segar2 dan besar2...eeii geramnya rasa macam nak beli je semua. Berbeda dari Nambu market di Yokohama yg hanya untuk wholesaler.

Berhenti makan tempura disitu..oishiii...Nasib cepat kerana lepas tu barisannya fuh.. penuh semua tempat makannya. Berjalan terus ke kedai2 diluar.Ada yg membeli pinggan2 juga. Aku hy memerhati kerana tak terlarat lagi nak membeli. Tunggu di luar pulak kesejukkan betul rasa mcm nak beku. Maklum musim sejuk dah tiba tp lupa pulak bw glove. Balik o.. balik...Dari stesen Grace menumpangkan balik, terima kasih..

Kesian2 anak yg ditinggalkan tp takpe mama bawa balik jajan. Kesian mereka kerana ditinggalkan sebelum pembantu filipin tiba. Kalau ku tahu tak ku tinggalkan...apa nak buat....benda dah jadi. Papanya pasti marah denganku... Sori lain kali mama tak tinggalkan lagi...

Friday, December 02, 2005

Another busy day

Thought of writing in the post 2day but unfortunately too many things 2 do.

Thursday, December 01, 2005

Sehari dalam hidupku

Hari ini bermula lagi dengan menyediakan breakfast dan bekal lunch untuk anak2 ku. Sabrina 7 thn lebih dan Qistina 3 thn lebih juga. Selepas menghantar mereka ke sekolah, aku terus ke coffee morning utk ibu2 st maur. Hari cerita pasal membership ycac utk sesiapa yg berminat. Sapa mampu kalau bkn company bayar. Tapi yg menarik hari ni adalah pasal mengambil lesen memandu di Japan. Rupanya ada co yg provide services tu tp harga.... jgn cerita. Bolehlah ke url dia www.japandriverslicense.com.

Lepas tu aku terus ambik kak ton dan nurul utk ke costco beli barang keperluan dan singgah daikuma kat yamada utk beli ayam halal. Balik ingat nak masak tapi badan sakit2 sebab pms so apalagi rehat sekejap sambil baca newspaper kat internet tapi tak leh lama dah kena ambik qistina kat sekolah. Singgah rumah iman utk hantar olive oil yg dia kirim then tunggu sabrina balik. Dia lambat hari ni sbb ada harry potter club. Sabtu lepas kami semua pergi bersama2 menonton harry potter - the goblet of fire. Seat dia cikgu dia booking awal2. Best sangat....

Balik bagi diaorg makan then sibuk nak masak utk hubby, kemas rumah, angkat kain, basuh kain, sapu sampah then tgh nak basuh pinggan nurul dtg. Dia takut duduk sorang, sunyi sbb hubby dia outstation pas tu tv pun rosak. Dah cakap ngan dia tengahari tadi kalau sunyi datanglah rumah nak tengok tv ke. Tapi dok bersembang sambil minum teh panas ngan makan biskut raya yg lebih2. Dia cepat balik coz takut hubby ku balik.

Wah terkejut aku.. hubby balik,dia kata dia tak sihat, muntah2 tapi dia tak telefon aku suruh ambik ke atau balik cepat ke... dalam kepala dia asyik pikir keje je so sakit ke apa jadi ke keje no 1. Aku keluar ke hac drug cari pocari sweat, nak beli ubat tak reti nak cakap, maklumlah blajar bahasa diaorg ni baru stakat beginners. Anyway semua ok then tidur awal.... aaa what a day.....