Saje-saje

Sunday, March 26, 2006

Mangosteen juice...

Sebenarnya saya tidaklah terfikir sangat utk menjadi orang yg menawarkan produk tapi bila berjumpa dgn org yg menunjukan kebaikan produk dan kelebihan ia sebagai barangan baru yg dipasarkan di jepun ini yg bagi saya benda baru di tempat baru serta kepekaan org sini pada sesuatu barangan kesihatan telah menarik saya utk mengenali minuman kesihatan ini.

Tadi ke tokyo berjumpa dgn xango distributors yg tiba dari Amerika kerana produk ini bermula dari sana serta baru menubuhkan cawangan di sini dan grand opening akan diadakan pada 31 mac di Pacifico Yokohama. Jadi ini adalah pengedar lapisan pertama di jepun ini. Tadi diadakan sessi penerangan ttg produk ini iaitu Jus manggis serta testimonial dari org2 yg pernah menggunakannya. Pelbagai khasiat yg didapati dari jus ini spt melegakan asthma, gastritis, allergic, eczema dan macam2 lagi... boleh klik produk

Ada testimonial dari seorang pengedar yg anaknya mengidap kanser stage 4 tp dia beri anak dia minum jus ini kerana menurut Dr J.Frederick Templeman, M.D. kandungan Xanthones dlm jus ini mampu mengecutkan tumor jadi sekarang anaknya tidak memerlukan kimoterapi lagi.

Antara yg menarik selain dari barangannya ialah tools yg digunakan utk lebih lanjut disini
kita boleh menggunakan internet sebagai alat bantuan dan orang dr serata dunia boleh melayari website kita. Mereka boleh membeli atau ingin berdaftar semuanya melalui internet. Ianya global marketing.... dgn syarat mendapatkan no ahli sama spt mendaftar utk membership costco tp ini kita promote kita dapat sesuatu juga.....

Untuk Q & A klik sini

Boat ride from hinode pier to odaiba seaside park

Qistina nak naik bot juga bila tengok gambar mama dan sabrina naik bot kat yamashita park jadi untuk yang lebih menarik kita pergi ke hinode pier. Dari hamamatsucho eki jalan kaki dlm 10 min dah tiba ke jeti itu. Pemandangan sungguh menarik kerana berlatarkan laut dan juga rainbow bridge dan odaiba area juga sudah kelihatan dari sini termasuk bangunan fuji tv yg sungguh unik. Persekitaran sungguh bersih dan kerusi2 ala2 bersantai di beach juga diletakkan menjadikan keseluruhan pemandangan sangat cantik.

Dari sini kami ke odaiba seaside park yg mengambil masa 20min dr hinode pier melintasi bawah rainbow bridge. Teringat pula masa tengok firework dimana boat yg dinaiki juga melalui bawah jambatan yokohama baybridge. Masa tu di musim panas dan siap disediakan makan malam oleh company yg sponsor company hubby. Seronok sgt ber-hanabi.Cantik sungguh...Hanya tinggal kenangan kerana co hubby dah takde bisnes dgn co tu lagi. Takkan dia org nak jemput lagikan... Anyway beza yokohama baybridge dgn rainbow bridge rasanya rainbow bridge dua tingkat dan yokohama bridge lebih panjang kot.Dua2 sama cantik...

Semakin menghampiri semakin cantik dgn deretan shopping mall di pesisiran pantai. Setibanya di jeti odaiba seaside park, wow... tempat2 yg happenning... macam Decks, Aquacity, Fuji Tv etc full info odaiba

Budak2 puas main berlari2 di persekitaran yg besar dan luas apalagi setelah kekenyangan. Kena paksa Qistina yg tak mahu meninggalkan patung snoopy di fuji tv tu utk berjalan ke tempat lain. Dalam perjalanan ke seberang jalan yg menuju ke palette town dan megaweb serta venus fort dah kelihatan deretan sakura yg mekar. Posed le apalagi....

Tempat2 di seberang jalan tu tak begitu menggamit hati agaknya sebab kami ni taklah minat sgt dgn big boy's toys jadi kami cuma seketika dan pulang dgn rinkai line dari tokyo teleport station ke oimachi eki dan terus ke yamate eki dgn menukar ke keihin tohoku sen.

Saturday, March 25, 2006

Tea ceremony

Petangnya giliran brownies pula buat aktiviti kebudayaan jepun dan mereka menunjukkan pada anak2 cara2 utk tea ceremony dan mereka juga berpeluang merasainya....

Image hosting by Photobucket

Mula2 Eriko san menerangkan ttg upacara minum teh utk upacara istimewa. Kemudian di tunjukkan barang2 yg digunakan spt cawan teh, bekas simpan teh (natsume), berus teh (chasen), bekas buang air cucian (kensui), kain bersih cawan(chaku) dan (fukusa) kain cuci sudu teh.

Mula2 cawan teh di bilas guna air panas, air di buang dan di letakkan berus di curah air panas dan dibilas lagi, air di buang dan cawan dilap dgn chaku. Sudu dilap dgn fakusa. Di sudukan teh hijau serbuk dlm cawan di tuang air dan di kacau dgn chasen. di pusing utk muka depan mengadap utk orang yg hendak di beri minum.

Orang yg nak minum akan ambik sweets bubuh kat washi paper then makan sweets tu baru ambil teh dan minum dan pulangkan balik pada pemberi teh juga mengadap pada org tu. Sebelum minum kena pusing cawan sbb tak mahu minum pada muka depan dan kalau ada bekas lipstick kena guna jari bersih dan lap jari pada washi paper tu. Masa minum dan ambik antar guna dua2 belah tangan.... Pulangkan dlm keadaan muka depan cawan mengadap pada org yg memberi. selagi ada org selagi tu dia buat teh sampai org terakhir dia ty utk habiskan upacara.
Begitulah lebih kurang yg diterangkan oleh Eriko san.

Japanese culture wk

Hari Jumaat hari kemuncak minggu kebudayaan Jepun di sekolah anak2. Mereka dikehendaki memakai baju yg melambangkan budaya Jepun jadi Sabrina memilih kimono dan Qistina memakai yukata (cotton kimono) . Jenuh jugalah pagi2 mama nak menyiapkan pemakaian mereka terutama obi Sabrina tu... dahlah sebelum tu siap telefon kawan sbb terlupa sebelah mana nak selisih, kawan kata left over right sbb kalau the other way utk org mati... Padahal dah belajar dgn dia pun boleh terlupa benda yg asas. Nasib baik sempat siap. Rambut pun bersanggul dan siap dgn cucuk sanggul yg di beli di kyoto dulu.

Sempat lagi bergambar walaupun dlm tgh kelam kabut...
Image hosting by Photobucket

Jam 9 pagi lagi ada parade dimana anak2 ini menggayakan baju2 yg mereka pakai. Selepas tu ke kelas Sabrina ada mak2 jepun menunjukkan string game. Selepas tu ada macam2 lagi aktiviti macam chopstik yg di jadikan pistol mainan utk anak2, main bola ikut lagu jepun dan kagome yg teka siapa di belakang dan macam2 lagi.

Tapi yg paling menarik bila ada seorang cikgu menunjukkan tarian jepun yg berdasarkan lagu "Koto"( kalau tak silap) sbb teruja sungguh dgn tarian dia dan muzik yg sungguh sedih. Yoriko san terangkan ttg lagu ni ttg istana lama yg telah tidak di gunakan lg spt zaman kegemilangannya dulu jadi hanya menjadi kenangan saja. Tak lama kemudian di hiburkan dgn alunan seruling dan drum jepun yg dipersembahkan oleh pelajar2 high school sekolah jepun. Tak sangka mereka masih memelihara kebudayaan dan muzik tradisi walaupun usia yg kalau kat tempat kita mesti dok lepak kat klcc atau tepi2 jalan.... apapun apa yg boleh di kata saya malu kerana lebih mengenali budaya jepun berbanding dgn budaya sendiri... sesuatu harus dilakukan bila berada di bumi sendiri.

Gembira sgt...

Sebenarnya dah 2 hari terima kiriman org okinawa tp tak sempat nak berkongsi kegembiraan ini. Lambat tulis je tp dah bagi2 dah, punyalah semua suka sgt dan berterima kasih pada kak lela. Maklumlah daun baru bau pun tgh kuat lg yg ada stok dlm peti sejuk dah tak bau lg kata kak ina. Yuzu pulak tanya daun apa ni kak su. Hailah jepun sorang ni rupanya tak pernah guna daun kari tp bila dah terangkan barulah ooo... saya memang tengah nak masak kari ikan ni jadi boleh bubuhlah ye? Ya yuzu gunalah baru lebih sedap. Kak ida pula nak sgt berterima kasih dgn kak lela dan dah lama nak bercakap dgn akak tapi entahlah segan ke apa ke tak taulah... June pula kita bagi barang org kat dia, anak kita pulak dapat aiskrim dgn yogurt. Anakku... kalau dgn mama jgn harap nak makan aiskrim tgh musim org demam ni kang percutian kita kat nagasaki nanti akan sama macam kat osaka dulu. Anyway terima kasih byk june. Nurul pula bolehlah nak guna untuk tetamu yg nak datang nanti ye... Buat kak zai tak dapat beri sekarang sbb kak zai kan tgh bercuti di korea.

Buat kakak di okinawa terima kasih daun keladi, kalau ada nak lagi.... hihihi.... kalau akak nak apa2 yg saya boleh tolong, saya akan cuba dapatkan utk akak.... Tapi saya tak dapat nak masak kari kepala ikan utk dimakan bersama2 sbb saya tak berapa sihat dan minggu depan mungkin dah nak bercuti ke nagasaki kg lama hubby dan selepas itu sekolah dah dibuka dan saya pasti jiran2 saya masing2 akan sibuk dan tak dapat untuk memenuhi jika saya mengundang mereka kelak.

arus menongkah
mentari balik awan
angin hilanglah...

Wednesday, March 22, 2006

Japanese culture week (Qistina)

Hari ini pergi kelas qistina sbb nak tgk japanese culture yg mak2 jepun tu nak tunjuk kat kelas dia... apa dia panggil ntah dlm nihongo dah tak ingat dah tp caranya 2 org dlm satu happi coat then org belakang suap org depan makan mochi... punyalah kelakar sbb ada yg suap ke lain pun ada... adik pun seronok sgt siap angkat tangan nak suap cikgu dia.

Qistina tgh disuap org belakang (tak nampak sbb kena sembunyi dlm baju) Seena.



Dia seronok sgt menyuap cikgunya tp kena berdiri sbb cikgu tinggi sgt.... Tenn sebelah tgh gelakkan cikgu dia org....

Image hosting by Photobucket

Tuesday, March 21, 2006

Qistina's conference..

Cerita pasal kakak nanti tak cerita pasal adik, kesian adik... mama jumpa cikgu adik juga Ms Sallie dan asst dia Ms Barbara. Dia kata adik ok juga dan dia paling terkejut sekali bila semenjak mama datang ke kelas adik buat observation adik sudah berubah terus. Adik sekarang tak payah mama nak hantar pada Ms Sallie lagi, adik boleh naik sendiri ke atas. Budak lain semua naik sendiri mak dia org tinggalkan kat bawah je tp adik mesti nak suruh mama hantar. Tapi dalam kelas ok, itu yg cikgu pelik. Hai memanglah... adik ni manja sangat payah nak berenggang dgn mama, kalau tak takde lah menyusu badan sampai 2 thn lbh. Macam2 cara mama guna sampai akhir sekali psikologi. Memang payah....

Dulu masa mula2 mama buat observation dlm kelas, waktu adik baru dua tiga bulan dalam kelas adik menangis nak ikut mama. Tapi baru2 ni Ms Sallie ingat adik akan nangis nak ikut mama tapi adik selamba je buat kerja adik. Macam tak ada apa2. Satu perkembangan yg sihat... Cuma sbb kata Ms Sallie adik punya aura macam budak besar jadi kekadang mereka terlupa adik baru saja 4 tahun. Jgn banyak cakap sgt dlm kelas ya...... Anyway very good...

Yamashita koen

Cuaca cerah terang benderang sesuai sungguh untuk berjalan2 kena pulak cuti hari Ekuinoks hari ni tetapi papa kata tak boleh pergi jauh, dia kena balik buat kerja... terima sajalah. Jadi selepas conference di sekolah pergi ke Yamashita koen. Berjalan2 dari situ ke World Potters utk ke Surabaya. Dalam perjalanan nak balik tengok dah ada pun sakura mekar. Apalagi bergambarlah utk sakura pertama tahun ini yg lain2 mungkin tak sempat sbb nak ke nagasaki pulak nanti.

Sakura yg merimbun sungguh mengasyikan.....



Koen yg mengadap laut serta minato mirai 21. Dulu masa dtg utk bercuti tahun 2001 tak ingin pun nak ke sini bila di tanya hubby tapi sekarang dah suka pula. Lain rasanya bila dtg utk bercuti atau menetap.

Image hosting by Photobucket

Sabrina's led conference

Tuesday

Sabrina bawa balik surat to remind us for her big day. Actually mama dah jumpa cikgu dia siap2 to discuss about her n to get her report card. As usual she never let us down.

The day came n she has prepared alot of things. She even let mama and papa race among each other during math session. So papa, u know now.... hihi.... We even had to draw according to what she had described n other things, very interesting.... well done! We had fun and even the teacher Ms Mclinden was telling Sabrina what a good teacher she was maybe because she saw how good we were as the students....hahaha.... or actually papa asked sabrina for 5 min break but sabrina didn't let us and we got to listen to sabrina so that's why the teacher thought we're good students..... hahaha... But anyway she did a good job n didn't have any problem while presenting to us. Her teacher's favourite remarks... Keep up the good job...

Image hosting by Photobucket

Monday, March 20, 2006

Rutin kehidupan

Dari Isnin ke Jumaat payah nak dengar bunyi kehidupan di rumah ini... anak2 ke sekolah, bapa di pejabat dan ibu dgn kehidupan luar yg pulang seketika menunaikan suruhan yg wajib dan pergi lagi. Cuma lewat petang sibuklah anak dgn kerja sekolahnya dan ibu dengan kerja rumahnya sambil membantu anak apa yg patut tapi semua harus diselesaikan sebelum bapa pulang kerana jika semuanyanya belum selesai bapa dah pulang, hai bapa akan lebih rasa tertekan jadi untuk mengambil hati si bapa maka semuanya disediakan seblm dia pulang. Kesian bapa penat bekerja untuk keluarga apa salahnya menyukakan hatinya.

Sabtu hari berjalan bersama2 melepaskan ketegangan sambil menikmati keindahan tempat orang. Itu tugas si ibu menentukan kemana arah tujuan, anak dan bapa mengikut sahaja. Sebentar di celah kesibukan metropolitan, sebentar di hutan belantara, sebentar di puncak menara rumah api dan mesti tak dilupakan tempat kesukaan anak2.

Hari Ahad hari beristirehat di rumah, menonton dvd bersama, merasa masakan istimewa ibu dan juga hari si bapa bekerja di rumah sambil si anak membuat latihan extra tapi si ibu bersantai membaca buku.....

Mencuba fotopages...

Mula2 tak biasa tapi hopefully lepas ni akan ok maknanya kena byk latihan maybe boleh masuk gambar2 lama semasa berjalan2 di sini.Sebenarnya dgn fotopages tak payah nak susun2 gambar kat album ye... yelah yg dulu2 ambik gambar pun tak tersusun lg, berterabur dlm almari tak taulah buat ke tak... memang malas sungguh. Macam manalah nak bekerja dari rumah....

Sunday, March 19, 2006

My fotopages

Banyak sungguh gambar jadi baiklah ke sue tapi blog ni akan dikekalkan utk menulis sahaja.

Friday, March 17, 2006

Kiut



aww... they r so cute... during onsen in minakami...

Image hosting by Photobucket

Thursday, March 16, 2006

Pulang...

Seorg teman baru sahaja mengunjungi blog saya dan surprised dgn apa yg saya buat. Katanya "fabulous...i didn't know the other side of u..." saya hy ketawa. Well.. byk lagi yg kamu belum kenali saya..tapi sudah terlambat kerana saya sudah mahu mengucap sayonara pada bumi nihon ini. Bila??? Dlm waktu yg terdekat... tp walau apa pun jun ini saya harus pulang sebelum bergelar pendatang asing.

Di tanya lagi "tidak menyesalkah meninggalkan nihon ini?"
"untuk apa? sedangkan kita tahu sedangkan yg hidup lg mati inikan pula yg dtg atas urusan kerja mestilah kembali apabila di suruh" Bukannya saya tidak sedar dari mula lg yg harus pulang bila sampai waktu, walaupun kalau tidak cukup setahun kalau disuruh ikut saja... tu sebab bila sampai jumpa apa berkenan ambik terus dan mana nak pergi, pergi sajalah.

Sepanjang dua tahun di sini saya tidak terkilan sebab saya telah melalui segala macam pengalaman, pengetahuan dan melakukan pelbagai perkara yg tak pernah saya fikir saya boleh melakukannya. Saya belajar masak, bahasa jepun, menghantar anak sendirian ke sekolah pada hari pertamanya kerana suami di singapura selama sebulan, mengikuti aktiviti2 di sekolah, menjelajah negara ini samada bersendirian atau bersama keluarga dan kawan2. Dan rasanya yg paling mencabar bila hanya baru dua bulan di jp ini saya sudah memandu sendiri di temani ibu dan anak2 ke tokyo sedangkan suami tiada di sini. Pergi tiada masalah tp jln pulang hy org yg biasa shj boleh melepasinya dan saya melakukannya tanpa perlu menanya orang walaupun tidak pernah berkereta ke sana sebelum itu. Sama seperti perasaan bila berjaya sampai ke kemuncak Kinabalu waktu belajar dulu.

Mungkin yg kurang sebab tak sempat daki Fuji san sampai ke puncak tp sensei kata bila dekat fuji san tak cantik tp tgk dr jauh sgt cantik. Dapat sampai 5th level cukuplah tu, tambah bkn hy sekali tp agaknya dah 4/5 kali. Berkereta dan juga dgn tour group yg return dgn shinkasen. Begitu juga Hakone dan lain2 tmpt spt disneyland, disneysea dan sea paradise hakeijima,universal studio. JugaFuji Safari di susono, okazaki nagoya, kamakura, minakami, osaka dan kyoto dan terbaru akan ke nagasaki. Dapat juga membandingkan airport narita, haneda dan kansai airport yg didirikan atas pulau buatan dan mungkin lepas ni Nagasaki airport. Better be sbb perancangan sudah di buat dua bln dulu utk melihat tulip di Huis Ten Boch.

Ya... pengalaman manis ber picnic sambil menikmati keindahan bunga2 sakura di sancho park, ueno park dan negishi shirin park. Tahun ni kena gi tmpt lain pulalah. Bunga ume di sankien garden dan tulip di yokohama park. Bermain pasir di umi no koen...Ya kalau nak di ceritakan semua tak tertulis agaknya...

Walau tak sebanyak mana saya pergi, ada yg tak sampai lg macam hokaido (tp saya memang tak minat tmpt sejuk) saya tetap menghargai setiap detik saya di sini dan penghargaan saya juga yg tak terhingga pada kawan2 yg berbudi dan membantu saya semasa di sini. Terima kasih semua...

Kedai siam

Kak zai mengajak ke kedai siam di kannai sbb katanya kedai siam di yokohamabashi dah tutup. Tak tengoklah lagi hy dengar cerita dia sbb... entahlah dah lama tak gi ke kedai siam ke atau membeli ikan di pasar basah yokohamabashi. Ikan hy beli di saty atau ok supa je. Itupun takde masa nak jenguk hari murah ke tak murah, bila sempat pergi je beli jadi takdelah dlm jadual nak berbelanja di mana. Teruk sungguh saya ni lansung tak reti nak berjimat. Kalau tidak mesti dah kaya raya...
Tadi pergilah dgn kak zai dgn sabrina dan qistina sbb sekolah mereka cuti hari ni. Dulu ada 3 kedai tp satu tutup satu lg tgh buat renovation so tak taulah still ada kedai siam ke atau buat tempat lain jadi hanya satu kedai beroperasi "the store". Barang nampak mcm byk tp taklah sama dgn yg di yokohamabashi tu. Selesai kak zai membeli kami beredar tapi kak zai balik sendiri dan kami meneruskan perjalanan menjelajah isezaki mall.The famous shopping street masa dgn org2 kapal dulu.

Tempoyak..

Hubby skrg outstation di nagasaki so bila dia call ty "u dah makan?" di jawab "dah , hari ni 3 kali i makan nasi..." punyalah dia membebel sbb makan nasi byk coz nanti dia kata "i tak kisah tapi u nanti sibuk cakap badan dah naik tp makan tak nak jaga.." "
Macam mana lah tak makan banyak bila ada lauk masak lemak cili api tempoyak dgn ikan kering goreng serta ulam, mahunya tak berselera...
Gara2 tempoyak tiap2 hari masak tempoyak mula2 makan masak lemak pucuk ubi tempoyak petai lepas tu masak lemak cili api tempoyak dan lepas tu sambal tempoyak. Mesti habis satu rumah bau tempoyak. Dulu tak reti makan tp bila kahwin org minang ni semua pun sapu....
Alahai tempoyak... bila lah nak kurus cam ni....

Wednesday, March 15, 2006

Nihongo last class for this season

Hooreeee... untuk musim ni nihongo di YOKE dah habis hari ni tp di hongocho dan chiku ctr masih ada lagi. Lepas ni bolehlah berehat sikit dan menunaikan janji pada lynn... byk sungguh berjanji tp tak sempat nak tepati sbb sibuk memanjang. Harap Lynn tak ambik hati....
Kalau di YOKE ni belajar kena serius sikit dan banyak shukudai dan kalau tak belajar sebelum masuk kelas mesti mamai (lost), ketinggalan sbb cepat pengajarannya hinggakan Julia salah seorang gakusei memberitahu sensei apa yg kami dah belajar tu sebenarnya utk tempoh 1 1/2 thn kelas suaminya yg mengikuti kelas nihongo di yokohama utk pekerja2 kedutaan Amerika. Sedangkan kami 16 kali musim pertama dan sekrg musim ke2 16 kali kelas sahaja yg dikuti tapi matlamat YOKE, selepas musim ke 3 kami sudah seharusnya menguasai pertuturan dan sedikit kanji.

Bersama sensei Nagao san.


teman2 yg bersama dlm satu grup... kali ni ramai sikit berbanding musim lalu...

Image hosting by Photobucket

Nakamise Dori Asakusa

Di hadapan pintu masuk Nakamise dori menghala ke Sensoji Temple dgn lanca2 yg sedang menunggu penumpang... berhadapannya ada bangunan tourist info center yg membekalkan pelbagai info ttg asakusa...



Di kiri kanan pelbagai cenderahati boleh di beli untuk dibawa pulang... very japanese..
Image hosting by Photobucket

Dari Kappabashi ke Asakusa

Asakusa adalah stesen terakhir Ginza line yg bermula di Shibuya, jadi sbb nak ambik Minatomirai Toyoko sen balik ke Motomachi Chukagai berjalanlah dari Kappabashi ke Asakusa satu stesen je sambil2 nak cuci2 mata kat Nakamise Dori. Tempat ni adalah tempat pilihan bila keluarga dari Malaysia datang sebab dia menggambarkan budaya jepun samada dari segi makanan, brg2 perhiasan dan cenderahati utk dibawa pulang.

Ini gambaran sepanjang jalan di Kappabashi...


Sempat menjamu selera dgn makanan jepun dan cara jepun di bilik tatami di Asakusa...
Image hosting by Photobucket

Kappabashi 1

Selasa

Berjalan2 ke Kappabashi bersama Olan dan Iin melihat barangan disitu. Ambik Keihin Tohoku sen sampai Shimbashi tp blh juga tukar di Kanda atau Ueno kemudian Ginza sen ke Tawaramachi eki. Memang bisa buat orang resah gelisah sbb segala macam peralatan di dapur ada di situ. Bkn setakat brg2 persiapannya tapi juga contoh2 makanan ada di jual di situ hinggakan kita rasa lapar tapi jgn harap nak jumpa kedai makan di situ.



Kelihatan di gambar jam gantung dari sushi buatan...

Pinggan mangkuk cawan gelas jangan cakaplah macam2 ada...

Image hosting by Photobucket

Kappabashi 2

Selasa

Akhirnya setelah sekian lama tertangguh pergi juga ke "kitchenware town". Mula2 dulu hanya lalu saja tanpa sempat menjelajah kedai tapi kali ni semua masuk dan memang banyak dan macam2 jenis barangan dapur terdapat di situ. Harganya murah berbanding tempat2 lain. Tea spoon brand Lucky Wood pun satu hy 75yen, chopstick rest pun 75yen sedangkan benda yg sama Iin beli dia bayar 105yen. Itu yg murah2 tp Olan beli periuk Le Crueset jimat 6000 yen berbanding kedai yg dia tgk di yokohama ni. Lain kali kena buat list dulu dan beli sahaja....



Barang2 yg seakan2 laquerware byk sekali spt dulang, bento box dll...

Image hosting by Photobucket

Saturday, March 11, 2006

Parade at Motomachi 2

.
Hihi... men wearing skirt...hihihi... (bag piperman wearing skilt)



The Zama Band Army also participating in the parade...

Image hosting by Photobucket

Parade at Motomachi 1

Today at Motomachi they're having a st patrick day parade so sabrina suppossed 2 join coz she's the brownies tapi malaslah... tengok je bolehlah kot...



Abv the daisies group n dwn brownies group...

Image hosting by Photobucket

Friday, March 10, 2006

Pengalaman seorg teman...

Ada seorg teman berasal dari Brazil tp sudah menetap di Nihon ni dah 13 tahun. Sebenarnya dia half japanese kerana bapanya org Nihon jadi ingatkan sudah pasti lah nihongo sgt fasih sbb dia ada darah Nihon tp rupanya bapanya tak pernah pun mengajar dia nihongo dan mereka pun tinggal di Brazil. Dia belajar nihongo bila dia datang ke sini seorang diri untuk bekerja mencari duit buat perbelanjaan kolej.
Dia cerita suka duka dia bekerja di rantau org dan kehidupan yg dilalui. Akhirnya dia tak jadi ke kolej dan bertemu jodoh di sini. Kekadang mendengar ketabahan org membuat kita rasa ingin juga tabah sepertinya. Ini baru sedikit sudah mahu putus asa. Banyak yg direnungkan bila mendengar kisah2 nya...
Bila di tanya apa kerja yg dibuat dulu dia tanpa segan menjawab kerja kilang. Saja cakap dengan dia kalau ada kekosongan panggillah kita sekali.... hihihi...

Magnolia bakal tiba....

Masa panas hari tu pagi tgh jemur kain jenguk ke bawah semua baru pucuk2 putih tapi bila angkat kain petang ygk sekuntum kat bwh dah nak kembang... wow... kalau habis bunga ni kembang maka datanglah sakura pula...

Image hosting by Photobucket

Sharing hobby 2

Sekarang ni suka betul pergi mana2 bawa kamera tangkap gambar bunga... cantik sungguh... tgh hujan2 pun sambil jalan pun nak ambil gambar.

Tsubaki baru nak kembang di sekolah...



Cantik nya camellia warna putih ni....

Image hosting by Photobucket

Thursday, March 09, 2006

waiting for yr call...

  • Backing
  • ... and sidling
  • hurting
  • ...ribs
  • ......within
  • ...........my stall
  • fighting
  • ...fleeing
  • ......running
  • .........seeing
  • hoping
  • ...dying
  • ......aching
  • ........being
  • waiting
  • ...for
  • the soft
  • ...ring
  • ......of your
  • .........call....

Kiiroi ume...

Semalam cuaca panas terang jadi kami berjalan2 menengok bunga2 di sekitar kawasan rumah. Terjumpa pula ume yg warna kuning... inilah pertama kali tgk yg warna kuning, kalau tak tanya tuan rumah sendiri mesti tak percaya sbb selalu warna putih atau pink atau gabungan kedua2nya.



Dari jauh...
Image hosting by Photobucket

Tuesday, March 07, 2006

Let's get moving...girl.

Come on girl you have another bz week to start with.. no more sad feeling coz ur hubby not gonna be long in kl only for few days... Get on moving.... monday the nihongo at yoke n not to forget at the hongocho since last wk u already missed it, tuesday ur lunch farewell for a friend who's leaving soon n after, a coffee with a very dear friend who always help u organised things, wednesday again ur nihongo at yoke n lunch at junita's. Thursday is ur montessori workshop but at the same time a trip to tokyo again well yoga definately have to cancel. Friday another pot luck lunch at iman's place n again have to cancel nihongo at the library. saturday the brownies parade n without u notice already sunday n ur hubby coming back home.... yea.....

Monday, March 06, 2006

saje-saje

Kadang2 tertanya2 sendiri kenapa bila saya ada masa terluang maka saya seboleh2 nak menulis sesuatu di sini.... sebenarnya tak ada apa yg istimewanya blog saya kerana saya seorang yg sederhana dan ringkas tapi mungkin sbb saya suka menulis , bercerita apa yg ada di minda ini dan mengabadikan kenangan2 perjalanan dan kehidupan di perantauan. Sekarang baru saya sedar selain dari membaca saya suka menulis...
Yokohama....Inilah tempat pertama saya hidup sendiri tanpa bergantung dgn ibubapa saya(masa belajar dulu lainlah itupun cuti semester mesti balik w/pun kawan2 ambik kesempatan berjalan tgk tmpt org) sebenarnya walaupun dah mempunyai dua anak tapi saya sangat manja dgn ibubapa saya malah semasa di kl ibu saya sentiasa membimbing saya untuk melakukan segala2nya. Tambahan pula ada bantuan pembantu rumah jadi hidup taklah susah sangat tapi bila kena belajar hidup sendiri di sini rasa seperti..... mak tolong...
Walaubagaimana pun saya survive dan saya rasa sebenarnya bagus juga kena duduk jauh2 ni baru belajar bagaimana nak menghadapi segala2nya. Sebelum ni sentiasa take things for granted (kenapalah saya tak dapat menggunakan bm sepenuhnya sebaliknya menyumbang kepada bahasa rojak????) Banyak pengetahuan dan pengalaman yg di kutip membantu mematangkan hidup ini dan tak lupa bantuan rakan2 samada depan mata atau di alam siber...

Sunday, March 05, 2006

Ice skating di Higashi Kanagawa

Saturday

Malas nak pergi jalan tapi kesian Sabrina & Qistina nak gi skating so sbb hari tu tak sempat skating kat Red Bricks maka pergilah ke Higashi Kanagawa Skating Rink. Dia org sibuk nak gi sbb kwn2 mrk ambik skating class kat situ malah mak kwn2 mrk ada ajak pergi tapi mrk nak dgn kita juga. Sebenarnya mamanya yg malas pergi skating sbb masa budak2 dulu dah cuba dan asyik jatuh jadi give up tapi sebab mereka nak juga so pergilah. Dekat je hanya 2 stesen dari sakuragicho. Balik tu singgah Saty, br di situ besar dari Honmoku br tapi tak ramai org agaknya dekat sgt dgn yokohama eki kot.

Sabrina's trying to skate on her own at the beginner's place.



As usual, papa is a man with many talents having no problem at all with skating while taking qistina where as sabrina could skate by herself already. Mama je no tq....

Image hosting by Photobucket

Saturday, March 04, 2006

Hina origami by Qistina

Friday

Sebaik sahaja ambik Qistina dari sekolah dia terus "look mummy, i made origami...." wah cantiknya tapi selepas tu dia cerita " mummy, i cried because nobody wants to help me so ms sallie asked me to sit infront of her and watched her do..."

Image hosting by Photobucket

Hai..lah Qistina... macam2... dahlah semalam dia ajak kawan dia datang rumah hari ni depan mak budak tu so terpaksalah ajak mereka datang rumah. Hari ni apalagi kelam kabut lepas pergi yoga pergi ok store then balik jemur kain, kemas rumah dan pergi kelas nihongo dan balik cepat2 masak pasta dan bubur cha-cha. Mula2 mereka nak ikut lepas sekolah tp sebab budak tu ada klas piano pukul 4.30 baru datang. Mak dia bawa kek sbb kata today girls day so dia bawak some sweets for the girls. Dekat pukul 7 baru balik. Barulah kelam kabut nak masak untuk makan malam. Phew... lega habis masak 8 lebih baru papa balik kalau tak sure dia bising tak masak lagi. Men.. expectation too much... everything must be ready n in order. Tanya apa sure nak jawapan everything done.... so stressful....

Thursday, March 02, 2006

Hina matsuri (dolls festival)

Sabrina balik sibuk tanya, pasal cikgu dia cerita ttg girls day "aren't they supposed to eat some kind of sweet?" Budak2 memanglah sweets je yg dia ingat lalu ceritalah balik pasal hina dolls ni.
Di sambut pada hari ke 3 bln ke 3 celebration for girls dan mereka pakai kimono dan makan certain food. Sebelum tu mak atau nenek akan beri mereka patung yg di hias di rumah mrk ada byk jenis tp mesti ada emperor dan emperess mengikut cerita kawan jepun Makiko San yg invite kita pergi rumah dia sempena girls day ni. Tapi mesti simpan balik patung tu pd mlm nya kalau tak, ikut kepercayaan mereka anak lambat kahwin. Tak taulah Makiko San cerita....
It's an honour to get invitation from japanese people to go to their house sbb mrk ni biasanya tak jemput org dtg rumah espcially utk view hina dolls ni... arigato makiko san.

School Coffee morning...

Every 1st Thursday of the month PSG (parents support group) macam PIBG akan buat coffee morning di kafeteria di sekolah. Tiap2 bulan ada tema tersendiri... macam tadi from middle east dan next month asian... emmm.. apa nak bawak ye turn kita bln depan... tahun lepas bawak bee hoon goreng, berebut semua sampai semua mintak resepi tp tahun ni ingat benda lainlah pulak...
Anyway tadi middle east, Sam dari Lebanon tunjuk belly dancing so apalagi semua pun bergeleklah... siap ada tmpt hisap paip tu ntah lupa lak nama dia serta all the costume for the belly dancing. Berkumandanglah lagu2 arab sambil menikmati makanan dr negara2 arab tu....
Tak byk info sgt tadi cuma sibuk announcement pasal food fair in April nanti dan ada moving co cerita pasal their service serta people from tokyo families magazine minta sesiapa ada experience samada travel etc utk sama2 kongsi cerita dlm their magazine. Ini boleh try kot tulis pada mereka ttg pengalaman kitaorg...
Habis mtg lari pergi yamada konon nak beli ayam je atlast macam2 juga beli. Hai pantang sungguh jumpa kedai ada je benda dibeli nasib baik kena balik cepat sbb nak gi tgk drama Sabrina kat sekolah pukul 2ptg kalau tidak ntah apa lagi....
Dah lari sana sini dah penatlah pulak mulalah malas nya nak masak kalaulah kat kl ni senang je kedai ada.....

Sabrina's drama performance...


Sabrina bersama guru kelas Ms Mclinden dan Qistina selepas habis pementasan drama.

I'm proud of you Sabrina... you were very good. I really enjoyed it but too bad papa couldn't come. Anyway it was a very good show performed by the 2nd graders. Congratulations to the teachers....

Diakhir pementasan semasa menceritakan the moral of the story...
Image hosting by Photobucket

Wednesday, March 01, 2006

Flea market di Machida

Di sini sentiasa ada pasaran utk barang2 terpakai dan juga antik yg di panggil flea market dan antik market atau nomi no ichi dan kotto ichi. Biasanya di adakan di shrine2 dan kadang2 kalau ada yg besar2an di adakan di dewan2 pameran spt pacifico, arena dll. Pelbagai brgn boleh didapati dgn harga yg berpatutan. Spt di Machida di adakan pada setiap 1 hb kecuali Jan pd 8hb. Jadi walaupun hujan redah jugalah ke Machida bersama kak Zai. Takut bulan depan nak tengok sakura pulak. Jadual yg lain2 ada dlm event finder kat link tokyoko info...

Keluar je stesen memanglah di Jepun ni tak sah kalau sekitar stesen tak ada pusat2 membeli belah. Mcm2 ada sampai kita hairan byknya permintaan ke sampai merata2 tempat penuh dgn kedai2? Semuanya blh hidup ye... inilah agaknya sbb penduduknya ramai yelah tokyo ngan yokohama je dah sama dgn satu malaysia.




Di sebabkan hujan jadi taklah berapa ramai sgt org menjual kalau tidak penuh sampai nak jln pun susah. Byk pokok2 ume di sekitar jinja ni tapi tak dpt nak ambik gambar sbb hujan. Penjual pun kena pakai khemah2 takut brgn basah.

Image hosting by Photobucket