Saje-saje

Wednesday, May 31, 2006

malasnya...

Semalam malasnya nak menulis sbb sibuk memborong je... tak ada apa yg menarik bila ceritanya membeli belah saja. Ada undangan makan2 tgh tapi pagi2 masih sempat ke Yuzawaya membeli bhn2 nak buat tea box. Memang gila duduk kat situ sbb barangan krafnya.. macam2 serta cantik2 yg bila kita tengok semua nak buat tp macam ada kudratnya.... Sibuk membelek last2 2/3 kali org telefon cari sbb lunch dah nak mula cuma menunggu kita. Kemudian baru mengambil anak dan cikgu qistina sibuk minta kita cerita ttg pekerjaan kita dlm kelas mereka. Bilalah nak cari waktu ni....

Hari ni trip to Noritake square pula so apalagi borong sajalah....sebenarnya malas tp biar jelah ada jgn tak ada.....

Monday, May 29, 2006

Undangan dari teman

Si Fitrah sudah lama mengundang utk makan2 dirumahnya, dulunya setuju sbb tak ingat hari apapun tapi bila tiba waktunya baru terkelam kabut. Balik hantar anak2 sekolah, si Loyda sudah pun menunggu nak masuk rumah utk mencuci2. Suruh dia buat tmpt lain dulu baru dapur jadi sempatlah buat kuih. Buatlah kuih rengas ditinggalkan dulu di rumah Fitrah dan terus ke tempat bermain volleyball. Hari ni walau macam mana volleyball kena pergi sbb dah yg terakhir. Rugi sblm ni ada missed juga... Seronok sgt main tambah skrg ni rasa badan ringan je...

Balik exercise pergi sambung makan2 di rumah Fitrah lagi, baik sgtlah tu...bilalah nak kurus kalau macam ni...Apa depan mata semua sapu sbb sedap2 belaka. Nanti rumah Iin bila the next party tak sabar nak tunggu sbb garden party martha stewart style... hihi..nak bawa apa pula ye...

Saturday, May 27, 2006

Sibuknya..

Emak mengingatkan saya supaya mengikuti kursus yg wajib dihadiri jika saya ingin membaharui lesen saya secepat mungkin kerana jika tidak saya tak mungkin meneruskan syarikat saya. Waduh banyak betul kerja running a business ni... kalau kita di sana senang boleh dilakukan sendiri tapi bila berjauhan ni tak bolehlah nak buat apa. Saya ingat saya sudah sibuk di sini dgn pelbagai aktiviti tp sebenarnya bila di sana lagilah sibuk sbb running my own company. Sementara di sini nasib baik ada emak yg membantu menguruskan. Alangkah bagusnya jika saya hanya duduk berehat dan menonton rancangan Martha Stewart spt hari ini... relax sungguh tapi saya tahu seminggu saya bolehlah duduk begitu tapi masuk minggu kedua saya pasti akan jatuh sakit sbb tak buat apa....

Murahnya nilai nyawa...

Bush n Blair baru je minta maaf serang Iraq. Entah berapa ribu nyawa yg hilang senang je kata tersilap. Itu kisah sana tapi di sini, jepun budak 7 tahun hilang ditemui mati dekat dgn rumahnya. balik sekolah bergrup dan sudah hampir dirumah masih lg sempat di culik org jahat dan di bunuh pula. Ngeri... Di Malaysia apa kurangnya.... abang ipar sendiri yg menculik, minta duit tebusan dan membunuh juga budak yg berumur 7 tahun. Aduh... nyawa2 sekarang sudah tiada nilainya lagi...

Aktiviti2 anak2....

Pagi2 lagi bersiap utk Sabrina sbb hari ni school excursion ke Disneyland. Inilah tempat yg tiap2 tahun sekolah akan pergi. Tahun lepas saya jadi chaperone menjaga anak2 ke sana tapi tahun ni sbb Qistina pun ada sports day pada masa yg sama jadi pergilah Sabrina dgn mak kawan baiknya, Rosio sebagai chaperone. Nasib baik saya tak payah nak menghantar dia ke sekolah, dia ikut Samar d lebanese lady dan anak2nya sbb pukul 7 dah nak kena ada di sekolah. Bas bergerak jam 7.30 dan sukan Qistina berkumpul pada pukul 8.30 takkan saya nak pergi balik pergi balik. Petang Samar mahu bawa Sabrina balik juga tapi tak mahu susah2kan dia terus.Balik2 ptg ambik Sabrina rupanya mak kawannya tu dah beli macam2 utk dia. Alahai... spoilt lagi anakku.

Sukan Qistina bermula jam 9.15 di Peverly Place dan memang menghiburkan kerana selain berlumba lari yg macam2 cara tu ada juga obstacle activities macam lompat, menyusup bawah palang, cartwheel dan macam2 lagi. Seperti yg disangkakan dia seperti juga kakaknya memang suka sukan jadi semuanya mampu dilakukan dgn baik. Sukan berakhir dgn pertunjukan tarian anak2 dimana sekali lagi Qistina berhula dance dan semua sekali melakukan tarian bon odori.

Balik singgah lunch dgn kak zai, lucy dan olan. Sepatutnya ada fitrah sekali tp she can't make it. Masa lunch rupa2nya mak2 kawan2 Qistina pun di situ dan mereka ajak kita join sekali tp sbb kita dah ada plan jadi hantar je Qistina ikut mereka. Terus apalagi ke costco pula membeli barang.

Balik ambik Qistina dan Sabrina terus dinner di luar sebab semuanya dah kepenatan.

American idol

Saje2 bercerita2 dgn kawan2 pasal american idol minggu lepas jadi separuh pilih Taylor separuh pilih Katherine jadi bila pemenang dah diumumkan selasa lalu yg pilih katherine kenalah belanja makan si pemilih Taylor ni. Saje2 nak cari sebab nak lunch dgn kawan2 diluar jelah tu...

Sehelai kain putih...

Tgh kumpul sampah nak buang terkejut jumpa potongan rambut yg begitu byk. Rupanya banyak yg dipotongnya. Mula2 tengok dia menggunting kertas tapi bila ditanya dia kata mahu dibuat buku jadi kena biarkan sbb disekolah mereka menggunakan juga jadi utk mengelakan kecelaruan fikiran kita pesan sajalah padanya supaya berhati2. Baru masuk ke dapur sekejap si kakak sudah menjerit "mama tengok adik.." Tengok dia sudah menarik rambut dan mengguntingnya. Suruh dia berhenti dan kemas dan bagitau padanya supaya jgn potong sendiri sbb kita boleh potong di kedai jadi dia pun kemas sajalah. Bukan kita yg kemas jadi tak perasan rupanya banyak juga. Itulah Qistina si cilik berambut panjang yg baru 4 tahun usianya. Hanya kerana akhir2 ini kerap berjumpa orang2 yg menegur rambutnya panjang dan bertanya tak mahu di guntingkah jadi dia mengambil inisiatif sendiri menggunting rambutnya.

Memang kos menggunting rambut mahal di sini tapi saya mahu mengekalkan rambut panjangnya supaya dia lebih bersifat keperempuanan dan lebih bersopan santun seperti kakaknya sebab mereka ini lebih kepada aktiviti2 lasak berbanding permainan anak2 perempuan.

Dulu kakaknya yg selalu2 di tegur ttg rambut kerintingnya dan di beri cadangan utk diluruskan oleh org2 yg menegur (macam mereka tu maknya pula ya..) tapi sikakak bertanya mama dan mama menjelaskan bahawa kita harus bersyukur dgn apa yg dikurniakan oleh Allah kerana jika kita meluruskan samalah kita mengubah kejadian Allah dan ia adalah berdosa. Mana yg mampu, kita elakkan saja benda2 yg tak boleh kita buat seperti neneknya pernah bercerita mak ngah ke kursus mandi dan kapan jenazah dan diterangkan bahawa rambut tidak boleh diwarnakan serta pewarna kuku tak boleh digunakan kerana apabila mati air tak sampai jadi semuanya di cabut saja. Nasib baik kakaknya jenis yg menerima apa yg dikata dan kalau apa2 keraguan dia akan terus konsultasi mamanya.

Terkejut sungguh saya kerana tak menyangka teguran2 orang boleh menyebabkan Qistina mengambil tindakan sebegitu rupa. Kita byk tahu teori dan ternyata praktikalnya begitu sukar utk diterima. Apa yg dimasukkan di minda anak2 dan yg diajar itulah yg akan dilakukannya.Saya rasa saya sudah cuba memperbaiki diri dgn menambah ilmu keibubapaan dan mengikut ajaranNya tapi dgn serangan2 dari luar dan persekitaran org lain menyebabkan sungguh sukar mencorakkan anak2 ini tapi saya berharap dgn doa dan asas yg saya tekankan pada mereka membolehkan mereka mempunyai kekuatan diri utk menangkis pengaruh negative dan cabaran yg mendatang. dan saya juga berharap saya sebagai ibu tidak memberi contoh yg tidak baik buat anak2 org lain....

Thursday, May 25, 2006

2nd grade moms' yr end lunch...

Dah nak tamat persekolahan maka sibuklah dgn get together party merangkap sayonara party. Hari ni mak2 klas sabrina dan klas lagi satu buat lunch kat Indian restaurant di sekitar Yamashita Park nama Sitar. Not bad walaupun masakan india yg dijepunkan. Cantik sungguh dekorasinya. Sibuk sekali masa lunch ramai org menunggu. Kita dah reserved awal2 jadi memang kita semua lepak habis di sana menerima layanan istimewa sbb tuan punya restoran itu is one of the moms in 2nd grade too.

Menjadi kenangan manis kerana berpeluang mengenali mak2 itu sedari anak2 di grade 1 dan akhirnya menjadi teman2 yg akrab yg sama2 melakukan aktiviti2 spt membantu anak2 dlm girls scout, anak2 boleh bermain bersama di rumah, minum kopi, shopping, berjalan2, bersukan, belajar kemahiran malah menjadi translator bila diperlukan.Mula2 beli keitai dulu pun one of japanese mom ni yg bantu. Sibuk berjalan lambat balik, telefon saja teman2 ini maka mereka akan tolong ambikkan dan hantarkan anak2 kita sekali.Tak terasa sgt kesusahan kehidupan merantau dgn bantuan teman2 ini. Rasa syukur sungguh semuanya dipermudahkan.

Wednesday, May 24, 2006

Kappabashi 3

Lagi?... cuci2 mata sambil menemani teman2 sambil sikit2 pun ambik jugalah tapi kalau pergi lagi pun pasti benda lain pula yg di sambar pula. Bahaya sungguh....

waa...

Susahnya bila papa tak ada sbb mama kena basuh pinggan dan kemas rumah sendiri dan yg penting tak ada org nak tolong buang sampah serta siapkan anak2 ke sekolah bila pagi2 mama lagi kelam kabut bikin sarapan serta masak utk bekal tengahari. Waa.... waa... ops... ye bukan kami miss papa sbb kerja rumah ya tapi we really miss u bcoz we luv u.....

Undangan buat teman2

Sebagai menghargai teman2 yg sentiasa bersama maka diadakan makan2 di rumah bersama dgn demo masakan utk teman yg mengharap. Entahkankan puas hati entahkan tidak kerana kita sendiri belum mahir sbb to me cooking is the art of campak2 with what u have n modified according to ur taste n get the result that satisfied everybody. Tapi sudah bisa demonstrasi masakan2nya tu rasanya i'm not that bad after all. Walau simple tapi with nice table setting by Olan n my presentable china pete's things (boleh kalah noritake ni..hihi.. ini belum buka yg latest collections lagi ni...) It turned out to be very successful, relaxing, warmth n enjoyable party with good friends. Tambah pula hidangan teman2 yg enak2 spt risoles, bahulu gulung dan rainbow cake mengiringi my murtabak, beehoon goreng, nasi ayam, soto ayam dan sagu bersama gula melaka dan fresh milk sbg pencuci mulut serta tak lupa flower arrangement dari Lucy. Everything was perfect except for few who can't make it. Ada juga yg mahu di ajak tp demam panas pula, ada yg ada hal dan ada yg pergi tak sempat balik utk d brunch.

Sudah sewajarnya kegembiraan ini dikongsi bersama dgn jiran2 yg juga merangkap teman2 yg sentiasa membantu dan mengambil berat satu sama lain. Kesempatan diambil masing2 berkumpul dan beramah tamah setelah sekian lama tak berkumpul makan2 sebegini sbb rasanya yg terakhir ialah makan2 di rumah Datin Atom atau entah bila yg saya sudah tidak ingat lagi. Terima kasih buat semua yg sudi hadir dan juga yg sudi menyuci piring pada kak zai dan lucy.

Monday, May 22, 2006

cheer up

Smlm tak kemana2 walau cuaca elok sebab menunggu pembantu membersihkan rumah sbb selama ni tak tunggu jadi hasilnya ala2 kadar sajalah. Kalau tunggu dan suruh2 baru nampak perubahan sikit. Selebihnya nak rapi, sendiri buat jadi kalau macam tu buat apa bayar ye... emm tapi sekurang2nya sekali seminggu tak payah cuci tandas, cuci kamar mandi, lap tingkap dan lap pintu kaca serta vacuum satu rumah terutama bila dah panas ni nak kena betul2 jaga rumah yg karpet sepenuhnya ini kalau tak, takut makhluk2 asing bermaharajalela. Nasib baik rumah kami setakat ni belum bermasalah walau tinggal utk cuti musim panas di kl.

Itu yg kesian anak2 duduk di rumah je jadi pagi2 dah bawa ke taman permainan di belakang rumah serta berjalan ke Saty, Homes ctr, D2 dan malam makan di tempat special. Sambil makan anak2 terjumpa kakak2 high school yg selalu membantu kelas mereka, bekerja part time di situ jadi apalagi dapat ice-cream percumalah. Barulah ceria sedikit mereka yg sedikit kesedihan sbb sudah berjauhan dgn papa mereka selama 5 hari.

Friday, May 19, 2006

My day

Pagi2 masak pulut seri muka tapi this time kacau atas api dapur dulu atas dia jadi tak lama sgt kukus. As usual my seri muka memang lembik sikit tapi bila kacau dulu tu, dia baru senang nak potong. Terima kasih pada cikgunya cik ida kerana dia yg mengajarkan caranya. Malah dia juga siap menunjuk cara memasak nasi lemak, nasi ayam, bubur cha cha masa mula2 saya datang serta memberi resepi spt mee rebus dll. Dulu di kl nak belajar buat apa sbb semua tunjuk2 je... tu yang saya berterima kasih sgt sekurang2nya bila bawa pergi rumah orang pun kita boleh perkenal masakan dari negara kita. Macam kawan2 jepun saya suka sangat makan nasi lemak saya buat sampai belajar cara2nya tapi susahlah pulak mereka nak cari cili kering kat sini. Berjasa sungguh kak ida ye... terima kasih.

Hari ni ke jemputan kawan membawa bersama pulut seri muka tu dgn puding roti campur pisang resepi chef wan. Mereka kata oishii so kira pas lah tu. Masakan tuan rumah juga sangat sedap sampai tapaw lagi tu... terima kasih.

Tghari masa nak pergi ke spring concert di sekolah Alexandra tumpang kereta sambil bercerita kegiatannya sampai kita tersalah2 masuk jalan sbb leka dgr dia bercerita. Hai bila nak cepat gitulah jadinya. Sampai pulak parking space tak buka lagi punyalah jam jalan tapi nasib jumpa satu tempat baru. Lega.. sempat juga masuk sblm start concert tapi rasanya tahun lepas punya lebih baik lagi.

Sehabis sekolah pula, Brownies ada bridging ceremony iaitu utk yg daisies naik ke brownies sambil tunjuk slide gambar2 aktiviti2 mereka sepanjang tahun. Qistina walau bukan girls scout pun join sama kakak dia mengikuti aktiviti2 closing ceremony serta ada makan2 juga. Saya hanya bawa cookies yg juga pagi tadi kelam kabut packed siap2. Wah.. rajin pulak hari ni makanan macam2....

Oh ya... malam nanti ada salsa nite pulak anjuran parent support group utk everyone get together. Biasalah di penghujung persekolahan macam2 aktiviti2 ada kat sekolah... tp yg ni saya tak pergilah my dear hubby... jgn risau my priority is for the kids only... don't worry abt us okay!

Thursday, May 18, 2006

workshops

Pagi montessori workshop about "Discipline... school n home.... how much? how little?" then went for another workshop "Raising a bilingual children" at school. Really did a lot of learning today n they were so good. Maybe when i have the time i'll try to write all the infos so i won't forget them.

Wednesday, May 17, 2006

rombongan cik kiah

Hari ni rombongan cik kiah ke Costco di Sachiura. Bila dah ramai2 benda sekejap jd lama tapi tak kisahlah nak seronok beramai2 saja. Next wk rombongan ke Kappabashi lagi. Camne ni kiah... hubby baru je pergi dah merdeka habis....

all the best papa...

Semua anak2 bangun awal hantar papa ke pintu sbb papa akan pulang ke kl then akan berada di pasir gudang jb selama 3 minggu. Waa... sedihnya tapi mama tahu papa lagi sedih kerana u 're gonna be alone by urself with a very tiring & stressful job and i won't be around u to help u feel better but don't u worry coz u just close ur eyes n u can feel i'll be right by ur side. Hang in there...Doaku sentiasa bersamamu. Pls try to relax n don't push urself over the limit. We are only human so don't be hard on urself. We'll be here for u and we gonna miss u n luv u alwiz.

1st time

Selasa, selepas dropped off anak2 di sekolah, ke rumah kawan yg menunjukkan cara2 nak buat balutan tea box dgn kain dan span, kemudian singgah di Saty menyambung membeli barang2 yg dikirim kak riz spt edamame dll. Beharganya makanan jepun utk yg pernah merasainya di sini ya... walau dah balik ke kl masih terindu2 kesegaran makanan di sini. Malangnya ada beberapa paste yg tak jumpa nak cari....

Hubby nak balik ke kl esoknya tapi belum packing kerana terlalu sibuk dgn kerja malah malam katanya akan pulang lewat jadi dia meminta saya menyiapkan segala utknya. Wah.. pertama kali setelah 9 thn bersama saya akan menyiapkan pakaiannya.. Ini juga pertama kali dia membiarkan saya menyiapkan kerana sebelum ini dia melakukan sendiri kerana packing n unpacking adalah istilah biasa padanya dlm 20 thn ini. Sebelum ini setiap 6 bulan tapi di sini boleh dikatakan hampir setiap minggu. Hari ni dlm sejarah.... itu yg sibuk dan kepenatan betul sampai tgh menunggu dia balik sempat terlelap2 lagi....

Monday, May 15, 2006

Resepi Gudeg

Istimewa buat klela gudeg dari Jogjakarta.

Bhn2nya :

Bhn2 kisar
8 ulas bawang merah
5 ulas bwg putih
4/5 hiris lengkuas
1 biji buah keras
gula melaka (secukup rasa)
garam

4/5 helai daun salam di racik2
1 tin santan
nangka


Cara2nya :

Kesemua bahan2 di masukkan ke dalam periuk dan boleh di tambah air utk mengelakkan terlalu kekeringan dan di masak sampai semuanya sebati kecoklatan seperti rendang. Sebaiknya di masak dlm pressure cooker supaya menjimatkan masa tapi kalau tak ada memadai dgn periuk biasa juga cuma mengambil masa lebih sedikit.

Gudeg ini amat sesuai di makan bersama nasi panas juga opor ayam dan kulit sapi masak sambal.

p/s: klela nak apa2 dari malaysia tak? bagitau ya tapi hy boleh dapat dalam bulan 6 nanti.

Cari barang

Pagi2 lagi ingat nak pergi cari barang utk hubby's sis, kak riz sbb dia kirim utk hubby bawa balik kl rabu ni tapi bila balik rumah dulu dan buat kerja rumah tahu2 dah terlambat dan tergesa2 ke sekolah Sabrina sbb dia ada nihongo presentation. Lepas tu dah tghari baru ke union supa tapi jumpa satu je. Tak sempat cari lagi sbb balik dan bersiap ke klas nihongo di hongocho pula. Walau kata nak berhenti belajar nihongo tapi macam sayang pulak nak buang masa. Esok jelah cari lagi barang2 yg dikirim di Saty.

Hari ni juga pergi mengambil hadiah teabox besar yg berbalut washi paper dari June di rumah Lucy setelah menerima panggilan darinya... terima kasih banyak ya...

selamat hari ibu

Anak2 mengucapkan hari ibu sambil menunjukan kad yg kononnya surprised utk mama tapi sudah mama kelihatan sebelum itu lagi sambil menikmati sarapan pasta perisa kari versi mama dan tghharinya papa belanja japanese lunch di luar. Dah lama tak keluar during week end sebab papa asyik kerja tapi akhirnya he made an exception today. Tq all my sweethearts....

Selamat hari ibu buat ibuku yg tersayang... walau tanpa ucapan pun ku tahu kau kan sentiasa memahami perasaan ku yg amat menyayangimu walau apa jua yg terjadi dan sentiasa mengagumi ketabahan mu dan kekuatan jiwamu kerana tak mungkin aku bisa menjadi seperti mu. Kerana itu kekadang aku akan menelefon mu setiap hari walau tiada apa yg mahu diceritakan kerana mendengar suara mu saja 'made my day'. Walaupun sudah bergelar ibu tapi aku masih lagi perlukan mu, wahai mama.... selamat hari ibu...

Selamat hari ibu buat satu2nya ibu saudaraku, yg berada di arab saudi semoga terus tabah di perantauan.

Selamat hari ibu buat makcik2ku (isteri kepada bapa saudaraku dan IL) , kakak2 iparku (isteri abang2ku) yg ku menumpang kasih seperti kakak2 sendiri sedari kecil kerana aku tak punya saudara perempuan lagi. My hubby's sis serta seluruh kenalanku SELAMAT HARI IBU ...

Friday, May 12, 2006

Bz

Bila terlampau bz badan pun penat dan lesu je tapi paksa juga kuat2 sbb tak nak layan lemah2 ni... tak macholah plak... sebenarnya lemah sbb tak exercise lama, mana tak nya yoga missed, volleyball tak pergi, yg exercise video kat rumah pun dah tak terbuat tapi yg buat makan dan makan terus.

Rabu belajar kek sambil belajar juga opor ayam(gulai) dan gudeg (nangka dimasak bersama palm sugar dan santan) utk lunch. Bukan belajar ni namanya makan2. Selepas anak habis sekolah datang kawan2 mereka bermain di rumah. Jadi bila mak2 pun datang apalagi makan2 lagi. Kawan jepun ni terkejut dgn masakan kita yg macam2 katanya dia habis2 tempura, ikan bakar dan miso sup je. Biasalah org kita kalau tak banyak tak meriah. Habis mereka balik datang lagi another friend sembang2 sebenarnya ada cerita tapi malaslah nak ambik pot sbb byk benda lain lg nak buat.

Khamis coffee morning yg terakhir utk tahun persekolahan ini, makanan dari aussie dan kiwi. Tak tunggu lama cabut dgn kawan ke Chinapetes. Padahal dah berjanji dgn kawan lain nak gi main volleyball tu tp CP punya pasal tak kisah benda lain dah. CP.. CP.. keranamu rumahku menerima tetamu keranamu terlihat belang kawan. Macamlah go hyaku spt go hyaku man....

Patutnya ke Yoga tapi hari ni gi belajar gulai ayam siam, steam fish, namprik (dipping) serta rice n custard topping ( kuih talamlah) juga utk lunch di rumah Lampa lagi. Seterusnya ke Saty mencari birthday present utk kawan Qistina. Balik ingat nak ke nihongo di Chiku Ctr tp letih maka balik rehat dan bernasib baik menerima tetamu yg dekat. Sabrina ada girls scout dan lepas tu ke rumah kawan dia, jadi ambik Qistina je dan ke birthday party di Yatozaka Motomachi. Cantik, besar, byk parking space mengadap MarineTower dan Baybridge. New mom sbb nak kenal semua org jd dia jemput semua satu klas. Rupanya dia politician dari Tokyo tp sbb nak bertanding utk Yokohama jd pindah Yokohama. Interesting juga kenal dgn female politician ni even kawan2 dia dr Tokyo pun ada dan tgh sembang2 ada satu jepun ni kata laki dia kawan baik anak Mahathir dan kerja dgn jutawan Ananda Krishnan utk Japan section terangnya bila tahu kita dr Malaysia.

Balik gi ok dan picked up Sabrina dan lepas tu ambik barang order di rumah kak Zai. Dia tolong orderkan dari AGM. Biasanya sesetengah org tak telefon tp sbb agaknya dah cukup korum tapi tak kisahlah, org tanya kita order tak tanya pun tak apa sbb ada lagi kawan yg selalu order dan selalu tanya kita seperti Iman yg dari Mesir. Jadi jangan risaukan kita bila nak order atau nak buat apapun sebab kita tak kisah sikit pun bukan kah kita bz nanti bila kita tak bz baru kita cari org balik. Apapun terima kasih byk2.

Jangan tak caya...

Jangan tak percaya baru pergi hari selasa, hari khamis pergi lagi ke chinapetes. Ini gara2 berjumpa kawan masa belajar buat kek blackforest (percuma lagi siap ngan decoration gitu.. dgn lunch sekali masa hari rabu tu.. terima kasih ye cikgu...) ada yg nak pergi so pergilah dgn 2 kereta sampai sana rupanya ada sekereta lg yg sampai. wah... heboh... sungguh heboh. Semua memborong....

Wednesday, May 10, 2006

Oops...

Malam tunggu hubby balik dgn suspen sbb hari ni ke Chinapetes dgn Olan. Patutnya dgn Hani sekali tapi dia tak sihat pulak jadi tak pergilah... harap dia cepat sembuh. Bunyi tin tong ingatkan dia dah balik rupanya kak ina datang bagi serunding katanya dari Datin tp rasanya BP Datok yg bg kot. Tak lama lepas tu baru dia balik... jeng...jeng... Dia punyalah terkejut tengok tapi nasib baik dia kata ok... fuh lega... tapi dia tanyalah jg macam2... jwb pergi dgn Olan dan dia tolong angkut barang dan we had lunch kat Surabaya... this n that... bla bla... but one thing for sure darling... I LOVE U SOOOO MUCH... U r the most loving husband n the most understanding but i know u just can't believe that i just oopss.... tak sedar terbeli....

Monday, May 08, 2006

mengopi...

Lepas anak masuk sekolah mak pun mulalah aktiviti. Hari ni buat something unusual, jemputan Rosio ... pergi kerana tidak mahu menghampakan tapi it's a good experience. Boleh buat comparison dan guna pakai mana yg bagus especially their approached. Then lepak kedai kopi dia belanja bersama beberapa kawan lagi, balik singgah ok supa beli barang dapur. Sesampai ingat nak masak tapi penyakit m datang jadi buat benda lain then Iin called minta singgah di rumahnya. Undangan makan. Pagi lagi dia dah cakap tapi sbb dah janji dgn Rosio so ingat tak sempat. Singgah jugalah rumah Iin sebelum ke klas nihongo. Dia masak macam2 dan memang dia serba serbi berkebolehan masak dan menjahit. Hai nampaknya nak kena panggil org datang makan juga nak tunjuk kepandaian masak kita pulak. Bila tu???

Petang lepas sekolah Mei dan Roran serta Noel kawan Sabrina ikut balik sbb lepas tu mereka nak ke Alexandra's party. Qistina juga di jemput bersama mamanya tapi sbb mamanya banyak benda nak buat jadi mereka je yg pergi. Seronok juga pos je anak2 kat rumah orang ye.... duduk sendiri sambil minum kopi lagi....

Sunday, May 07, 2006

hubby cooking?

Setelah operasi besar2an membuang habuk di setiap celah dan menjemur tilam bantal tersangatlah letihnya so ajak anak2 lunch di luar sambil jumpa hubby yg singgah buat kerja di ofis setelah pulang dari Hakata. Late lunch sebenarnya... tapi orang di Minato Mirai punyalah ramai semua tempat makan penuh so kita ke Hard Rock Cafe jadi tak adalah menunggu lama sangat. Kids enjoyed their fish n chips and grill salmon sandwich with their fav. desert hot fudge ice-cream with brownies.

Malam tak larat nak masak so hubby kata dia masak.... wow... senang banyak... he did prepare our dinner dan kita pun 2 pinggan tambah so much for the diet... anyway tq hubby... we luv u....

Saturday, May 06, 2006

dan seterusnya...

Bila ke ward office utk buat gaijin card juga terdapat pelbagai info spt ward map, japanese class info dan bantuan yg diperlukan jika layak.



Ini adalah bekalan dari welcome furoshiki yokohama yg datang melawat kita di rumah setelah kita mendaftar untuk dilawati. Perkhidmatan mereka adalah percuma. Pelbagai informasi dan risalah2 boleh didapati dari mereka termasuk train map dan list of english speaking clinics, holiday emergency hospital dan macam2 lagi.

Ini pula adalah brochures yg di dapati dari tourist info counter dan train station.

Photobucket - Video and Image Hosting

Hidup menjadi mudah bila maklumat di hujung jari serta sekeliling kita....

Friday, May 05, 2006

Rujukan ptg....

Photobucket - Video and Image Hosting

Mula2 tiba ke jepun dulu dgn internet connection yg lambat sbb hubby busy sgt jadi 3 buku inilah yg menjadi rujukan yg amat penting dlm kehidupan.

' A Guide To Food Buying In Japan ' ialah satu panduan yg cukup lengkap ttg makanan hingga ke household items. Diterangkan satu persatu beserta dgn tulisan kana dan kanjinya dan bagaimana nak mendapatkannya. Walaupun dlm hitam putih tapi cukup membantu dgn gambar2 yg ditunjukkan. Sekurang2nya kita faham contohnya tepung ada mcm2 jenis jadi kita tahu nak pilih yg mana untuk roti atau kek atau marjerin yg mana menggunakan minyak sayuran sahaja dan macam2 lagi. Pencuci apa yg nak digunakan dan tips2 masakan sekali disertakan.

' Japan For Kids ' The ultimate guide for parents and their children - bukan sekadar tips berjalan2 dgn anak2 tapi penuh dgn informasi tempat2 yg anak2 suka, aktiviti2, education, health care, tempat membeli belah serta pelbagai lagi maklumat. Support groups and free publications also available. Nak anak jadi model pun siap bagi nama dan address agency.

' Tokyo For Free ' - walaupun Tokyo dikaitkan antara tempat yg termahal di dunia tapi dgn buku ni ada lebih 300 attractions yg free. Tu yang tak habis nak pergi tu... walaupun tiap2 minggu berjalan. A - Z info semua ada termasuk festival dan flea market.

Thursday, May 04, 2006

Dating...

Akhirnya berjaya juga keluar hari ni. Kami ke Roppongi Hills berjalan2 sambil lunch di Diya then tengok street performance di situ. Happening ..... Lain rasa keluar2 seharian tanpa anak ye tapi bagus juga sekali sekala membuai perasaan....

Wednesday, May 03, 2006

Emm...

Hubby finally at home for the golden week, so today he send the kids to school n met with other dads too. I stayed home. After he got back instead of getting ready to go to the yokohama parade, we end up chasing each other around the house n finally we just spend our quality time at home. Emm....

Tuesday, May 02, 2006

Lagi...

"... u buat apa hari ni?"

"takde apa2... i dok rumah je hari ni... i tak mau pergi mana2...."

Itulah perbualan pagi tapi saya pasti bila sidia telefon dari pagi sampai tgh mesti tak ada orang angkat. Sebenarnya saya nak pergi hantar baju dobi tapi kedai buka pukul 9 pg jadi lepas hantar anak sekolah saya singgah rumah kawan bertanya khabar sbb saya sedar kadang2 dlm kesibukan saya tak sempat bertanya perihal kawan2 baik. Memang benar kawan saya kata selepas kali terakhir saya jumpa dia, saya senyap terus... dia telefon pun tak dapat. Saya kena minta maaf byk2 kerana dia tak sihat pun saya tak sedar, teruk sungguh saya ni... apa nak buat kekadang dlm kesibukan kita alpa. Apapun saya gembira dia dapat bercerita meluahkan masalahnya walaupun saya tak dapat membantu tapi sekurang2nya dia berasa lega bila dapat bercerita. Hidup di bumi asing ini memang betul mencabar terutama jika masih dalam proses menyesuaikan diri tambah jika pernah tinggal di malaysia sebagai expatriate lagilah rasa seperti meninggalkan kesenangan hidup. Dia kata semua kawan2 warga asing yg pernah tinggal di malaysia tak mahu meninggalkan negara kita. Banggalah sekejap tapi katanya sayang ekonomi di kuasai oleh bukan islam. Yg ni tak dapatlah saya nak kata apa.

Selepas hantar baju ke dobi saya teringin nak jengok Saty sebab dah lama tak pergi tapi akhirnya saya memborong di situ terutama sekarang ni semua pun 'spring season' jadi semua cantik dan semuanya saya berkenan. Inilah kelemahan diri yg tak dapat nak elak maka saya minta maaf jelah kat hubby sbb keluar tak bagi tau, tapi dia pun sedia maklum saya dari dulu lagi dah minta kebenaran utk pergi kemana2 saya suka.

Monday, May 01, 2006

Shopping lagi..

Berjalan dan membeli belah di Kappabashi memang tak cukup satu hari ni nak kena pergi lagi. Apapun ingat bawa bekal supaya tak kelaparan, kat sana memang tak ada tempat makan.

For fren check this out - event
n this one too - event 2

Bahagianya...

Wah seronoknya hari ni menghabiskan masa dgn hubby dgn romantiknya yg pelik tu anak pun sporting tak kacau mama dan papanya. Cuaca elok panas terang jadi boleh berendam lama2 ditemani bauan aromaterapi dan u scrub my back n i scrub ur back.... hihihi...