Saje-saje

Saturday, April 29, 2006

Penat... tapi fuh.. lega

Letih sungguhlah hari ni lepas ni tak nak buat apa2 lagi dan tak nak pergi mana2 pun, nak dok rumah je.... ops Monday ni dah janji ngan ida dan olan nak gi kappabashi lagi... itu memang kena pergi... lepas tu lah rehat...

Sebenarnya masa food fair ingat nak balik pukul 1 lagi tapi tgk orang tak berhenti2 kat gerai kesian lah pulak kat Lampa masak sorang2 so tolong jelah, nasib hari ni cuti... sampai Hani datang pun tak sempat nak kata apa kat dia. Anak sendiri pun nasib baik papanya balik cepat dan boleh jaga mereka dan bawa mereka balik. Jumpa sensei2 yg mengajar di kedua2 tempat belajar dan sempatlah suruh mereka beli dan memang mereka borong. Masak green curry tu lepas seperiuk seperiuk tapi tak cukup juga akhirnya memang kena kata takde sbb habis betul, segala apa yg ada habis guna termasuklah timun utk acar yg makan ngan sate tu boleh masuk dlm kari tu jadi sayur. Last2 jual nasi je sbb nasi byk org2 bagi derma. Memang seronok menjual bila dapat duit banyak kan... bayangkan satu hari jual boleh dapat lebih dari elaun kita sebulan...emm alangkah bagusnya kalau duit tu kita yg dapat... ini semua sekolah dapat selepas tolak2 kos kita. Tapi yg utama kita dapat memperkenalkan masakan kita kat orang asing. Tapi kes ni Thailand lah yg untung sbb Lampa yg buat promosi.

Kalau saya memang tak boleh buat macam Lampa buat, dahlah pagi2 dgn angkut brg byk2 tapi dia boleh cool lagi masak2, tak ada panik pun. Memang jenis org siam kot sbb kalau kat kedai tomyam kat kl pun masak panas2 hidang kat orang itulah agaknya yg menarik org datang walau dlm hujan2 lebat. Tapi betullah pulak ramalan cuaca kat jepun ni kata pukul 1 hujan, memang hujan. Nasib baiklah tak lama. Tahu2 duduk sampai bazar tutup lepas tu buat akaun kira2 dan hantar duit. Kena mengangkutlah balik barang2 tu dan Lampa lah nak kena kemas sendiri sbb org semua dah habis balik je. Nasib bukan kita yg incharge... Hish.. memang tak sanggup kita...

Friday, April 28, 2006

Thomas cup

Hubby kata terima info dr Kedutaan ttg pertandingan badminton piala thomas di mana pasukan negara kita pun main jadi kita di suruh beri sokongan jadi saya berlawak kata ada tiket percuma ke? kalau ada nak pergilah... Katanya sendiri bayarlah...Tapi kalau masuk final, saya nak ajak juga dia pergi tengok kat tokyo harap2 dia nak....

Final pre food fair

Pagi2 dah buat persiapan dan masak2 di rumah Lampa. Kena cepat sebab nak ambik anak keluar sekolah pukul 12 tgh. Kat rumah dia baru dia check lagi sekali bila dia keluar tv. Pembetulan sebenarnya Lampa akan ke udara pada 6hb Mei pada pukul 5.30 ptg di channel 8 tp tak taulah fuji ke nhk ke.

Ambik Qistina tengahari tapi mak kawan2 dia ajak pergi ke YCAC tapi sebab kerja tak habis lagi maka dia sorang je pergi, baguslah pulak dia nak pergi jadi mamanya boleh sambung kerja. Jumpa dia kemudian masa ambik Sabrina dan kemudian ke rumah Lampa lagi.

Eei... banyak nya kerja... renyah masak2 org kita ni baik malaysia, thailand atau indonesia sama je. Masa gi siapkan gerai tu sekolah tulis asian/malaysian tapi sebenarnya masakan thailand dan Lampa koordinatornya. Jgn pulak org fikir malaysian pulak jual ayam tak halal dan bir. Dia nak buat utk ayam halal juga tapi malaslah kang tertukar pulak nanti bila dua2 ada. Mula dulu ada juga mencadangkan pada dia ayam halal tapi dia nak yg fresh dan murah maka gitulah jadinya. Ttg bir pulak itulah saja minuman diaorg ni bila pesta2 begini tapi kita tak campurlah. Kita buat vegetable green curry, salad betik muda dan glass noodle salad serta nasi. Nak bangun pukul berapalah ni nak masak nasi... oh ya kita juga ada thai desert iaitu sagu dgn santan tu. Jenuhlah mengacau tadi...

Besok pukul 8 dah kena nak ada di sana dan mungkin kita balik dlm pukul 1 sbb rasanya masa tu hujan kot... Kalau pagi rasanya tak hujan.... Jumpa di Bazar St Maur ye.. jam 10 pagi hingga 4 ptg tapi biasanya dlm pukul 2 semua makanan dah habis. Selain makanan gerai barang2 lain pun ada juga dan jgn lupa pukul 10 pg konsert Qistina dan 10.30 pg Sabrina menjual popcorn.

Thursday, April 27, 2006

Pre food fair 3

Seperti yg dijanjikan lepas letak anak kat sekolah terus ke rumah Lampa utk masak memasak. Ramai juga yg membantunya mungkin kerana ramai Jepun2 tu yg nak belajar cara masakan Thai. Lagipun Lampa mesti ada masak makan tengahari kat rumah dia. Masakan dia memang sedap dan caranya pun memang profesional. Dia buat kerja macam masak tu cepat dan senang je... Dia memang minat masak dan baru2 ni dia buat program masak kat tv jepun channel 4 kot yg akan ditayangkan pada 5hb 5 pukul 5:30 ptg. Kena tengok ni....

Belum habis masak saya sudah cabut ke D2 dan ok supa, alasan tolong beli barang utk dia padahal memang saya dah letih. Yelah selain Asean Booth saya sebagai wakil mak kelas 2 Mc terpaksa atur jadual utk anak2 bertugas pada hari itu menjual popcorn. Penat... penat... Kalau shopping tu segar sikitlah.... Apapun esok nak sambung masak lagi...

Wednesday, April 26, 2006

Birthday party...

When Olan asked me when do i have free time to get together, i never expect he will organise my birthday celebration coz i never really celebrate my birthday, especially here. Maybe my hubby will treat me lunch or dinner then that's it. It's not like when you are celebrating other people's birthday, you look forward to buy present and prepare the dishes but... for my birthday... to me it's just another day and may be it's special because it's the time I extra thank Allah for giving me another year of good life.

So i was so touched when all my good friends get together just to celebrate it with me. First of all I should have apologized to them for postponing the meeting because they planned to do it earlier but i was so busy. They're willing to take the time to prepare everything and cook all the food just to make sure that i had a memorable time together. Even the birthday cake also a home made and everything was so delicious. I'm so lucky to have them especially when they gave me something that i really like but i didn't have time to look for it before. And of course not becoz of the present but the thoughts that count.... I don't expect much except for true friendship.

I've been thinking quite sometime about honesty and sincerity in friendship, people will become your friend if you have something that they want, but if you are nobody or you don't have anything that they want, they will just ignore you. Bak kata kawan sorang ni kawan gembira banyak tapi kawan menangis sukar. But these group of people proved me wrong. And actually not only them but other friends in school too which make me really think actually maybe certain people only.... Others, no matter how busy i am or how ignorance i am to them, they're always there for me. espc... you "fren". Thank you for everything ya...

Montessori Spring Concert

Qistina hari ni berpeluang menyanyi dan menari Hula Dance di sekolahnya. Dah beberapa hari dia praktis di rumah dan mengajar kakaknya menari Aloha tapi tak pernah lah pula dengar dia menyanyi tapi masa konsert tu semua lagu dia nyanyi dgn bersemangat sekali siap dgn aksinya bak kata kawan sebelah "... she's very good especially with her flirting style..." hahaha... kecik2 dah flirt, besar esok tak taulah...

Tuesday, April 25, 2006

Pre food fair 2

Janji dgn Lampa ke Thai shop pukul 10am tapi terlambat 5 min disebabkan hal yg tak boleh nak elak. Sesampai nya dia kata ke Yokohamabashi dulu sbb nak beli barang2 basah dan baru ke kedai siam tu... punyalah lama nak tentukan nak beli yg mana, harga macam mana dan macam2lah.... nak mengira lagi nasib hp ada calculator... perut pun berdondang sayang apalagi sempatlah makan di restoran siam di deret yg sama dgn kedai tu dan Lampa orderkan paprik udang dgn nasi, tak ada dlm menu pun tapi punyalah sedap dan pedas. Barulah lega bila dapat makan jadi nak membeli pun senanglah sikit.

Dah habis membeli semua barang hantar ke rumah Lampa sebab nanti nak masak di sana dan seterusnya ke sekolah hantar barang2 yg nak digunakan masa food fair nanti di lower rec hall, montessori building. Di sana tengok Rosio tgh masak utk Mexican booth dgn Tess je yg pregnant 6 bulan kot. Kesian juga kalau tak ada org tolong ya... apa nak buat masing2 sibuk dgn gerai masing2 sbb tahun ni makin byk gerai yg di buka.... sekolah ni makin tamak....

Petang habis ambik anak2 pergi ke rumah Yuzu sbb dia nak tunjuk cara buat Ramen. Sedap sungguh... begitu rasanya sbb tak pernah cuba kat Jepun ni sbb ada baca kat satu food book kata sup stoknya di buat dr benda tu.... Apapun terima kasih Yuzu, dlm anak tgh menangis pun siap juga tu... Sedap tapi tak taulah nak cuba buat ke tidak sebab macam byk kerja....

Chinapetes sales pada may 6 - 13

Kak Misah bagitau juga ada sales di Chinapetes Sagamihara lepas golden wk ada sapa2 nak gi ke?

NEXT sale frm april 26 to may 7

Check it out the NEXT sales at sakuragicho outlet for the mid season sales.

Kodomo no hi (children's day - boys' day) May 5

Yaneyori takai koi no bori
ookina magoi wa otousan
chiisai hi goiwa kodomo tachi
omoshiro souni oyoideru

carp-shaped streamers
are higher than roofs
big and black carp is a father
small and color carps are children
they are swimming with joy in the sky....


Wah! kat klas juga belajar menyanyi... jgn tak tau masing2 ada bakat terpendam.....hihihi... sebenarnya mereka juga cerita pasal menggantung kain yg jual kat kedai2 bentuk ikan koi tu. Nak tunjuk gambar pun photo bucket penuh dan nak add img je kat sini tak bolehlah pulak tapi apapun mereka percaya ikan koi ni kuat mengharung arus jadi biar anak2 juga kuat dan bersemangat seperti ikan ini. Tulah sebab gantung bendera ikan tu... yg besar tu mak ayah dan kecik2 tu anak2.

Di rumah ada boys juga kadang2 diletakkan patung2 macam samurai tu panggil gogatsu ningyo dari bulan april hingga selepas 5 may. Macam girls day jugakan... Makan biasalah osekihan (a mixture of sticky rice n red beans) dan chimaki ( jenis mochi) juga tai (sea bream). Kat supa pun macam2 jual...

Oh ya kat klas pun kita belajar buat kabuto origami dari Sasaki san. Dari kabuto boleh terus jadi bentuk ikan pulak.... seronok sgt macam2 belajar...

Golden week

Hari ni pergi ke klas nihongo setelah 2 minggu cuti official dan 2 minggu cuti sendiri. Sensei suka sangat setelah kita kembali, kadang2 segan sendiri mereka ni buat volunteer job tapi dengan sepenuh hati dan kalau kita tak pergi macam tak hargai usaha mereka. ".. dodeshitaka..." "... isogashikata sensei..."

Mula2 mereka menerangkan ttg golden week holiday jadi raishu oyasumi. Bolehlah kata spring break bagi Japan dari hujung April ke awal Mei. Bermula dgn Midori no hi (greenery day) pada 29 April yg sebenarnya hari jadi emperor showa yg dah tak ada tapi sbb dia suka pokok2 jadilah cuti juga.

Diikuti dgn cuti Kenpo Kinenbi (Constitution Day) pada May 3 dan Kokumin no kyujitsu (Nation's Day) pada May 4 dan Children's Day pada May 5. Campur hujung minggu jadi panjanglah cuti ni dan mereka mengambil kesempatan ini utk berjalan2. Sesetengah tempat dah di tempah sejak setahun lalu. Jadi semua tempat2 akan penuh sesak dgn orang ramai dan sesetengah kedai akan tutup. Saya pun looking forward juga nak celebrate golden week sbb rasanya baru kali ni hubby ada di rumah walaupun anak2 kena sekolah. Emm apa nak buat ye berdua je.... hopefully dia tak bawa balik kerja...

Sunday, April 23, 2006

Yokohama Dobutsuen

Minggu lepas lagi hubby suruh check nak pergi sini akhirnya dia cari sendiri sbb saya sibuk sgt, yelah dapat siapkan semuanya dlm kepenatan pun dah nasib baik... sebenarnya saya cari juga biasalah last minute baru buat jadi akhirnya pergilah ke sini. Dari Sakuragicho eki ke Nakayama eki by Yokohama sen then ambik bas kat platform 1 terus ke Dobutsuen. Full info zoo.

Tempatnya besar penuh pokok2 hijau dan amat sesuai utk piknik. Sekali tengok macam kat Jungle Adventure kat Disneyland pulak. Anak2 pun apalagi bukan main seronok jalan2 tengok binatang2 lepas tu piknik dan boleh bermain di taman permainannya yg besar dan cantik. Binatang tu mungkin taklah banyak sangat tapi konsep diaorang buat utk tempat bersantai tu menjadi tarikan. Memang diaorg suka sangat terutama dah byk minggu asyik tempat mama je....

Friday, April 21, 2006

Trip to National Science Museum

Hari ni jadi chaperone utk klas Sabrina pergi ke National Science Museum di Ueno, Tokyo. Sebenarnya seluruh 2nd grade pergi so adalah 40 lebih student. Dari sekolah jalan kaki ke Ishikawacho eki jauh jugalah lepas tu ambil densha Keihin Kohoku sen ke Ueno. Jalan beramai2 ni memang mencabar tambah budak2 macam2 pe'el. Anyway they had fun coz boleh tengok macam2 benda termasuklah dinasour. Ingatkan tempat tu hy hanya ada dinosaur sbb dgr cerita dari org yg pernah pergi (mungkin tak lengkap agaknya) tapi sebenarnya macam2 ada spt section human and earth, space dll. Menarik sungguh. Tambah dpt id card utk check explanationnya di sana dan kita boleh guna utk log on ke internet bila balik. Interesting tapi terkejar2 tadi. Nanti boleh pergi lagi bawa Qistina pulak... Apapun hari ni rasa penat sungguh nasib baik pergi dan balik tumpang Samar tak payah drive tapi still lepas tu keluar ambik Sabrina habis Girls Scout pulak ....

Thursday, April 20, 2006

Food fair preparation 1

Today after droped off kids at school ada asean booth meeting kat rumah Lampa. She's aThai lady and a coordinator for the asean booth. School pernah tanya me to make karipap sbb dulu ada senior buat karipap but big NO coz masak2 ni memang malas kalau boleh nak lenggang je tapi since Lampa dah minta tolong jadi kenalah tolong. Everybody kat sekolah ni bila baik dah macam adik beradik saling tolong menolong jadi tak sampai hati nak tolak so Food Fair Day nanti 29 April nampaknya kena ada kat sekolah pukul 8 lagilah nak final masak bersama dgn Iin dan Ida. 2 hari sebelum dah start masak dan potong2 dan decorate the booth. Nak buh apa tak tau lah... buh jelah batu lesung, kain batik, daun pisang kot. Olan tolong!

Menu yg Lampa nak masak ialah sate ayam tapi yg ni tak leh makan sbb dia nak beli ayam costco, vegetable green curry - ni sayur2 je dgn nasi dan glass noodle salad. Masa meeting tu dia tunjuk cara2 nak masak dan kita pun rasalah utk lunch hari tu. Demonstrasi masak nasi kita yg buat sbb dia tak pernah masak pakai rice cooker, dia guna traditional way pakai atas dapur biasa. Kenyang betullah espc salad papayanya kaw-kaw punye. Memang dia pandai masak...
So semua pun berpeluang belajar masak masakan siam.

Habis tu tgh hari ada cooking utk mexican booth pulak so pergilah belajar dgn Rosio cara2 masakan Mexico, dia buat Mexican Rice dgn mince meat. Macam nasi tomato tapi caranya senang lagi. Besok ada lagi sambungan masakan dia tp sayang sbb tak dapat ikut sbb kena gi field trip. Tapi tak kisah anytime boleh tanya resepi dgn dia coz anak dia dgn sabrina kawan baik sampai budak tu pergi holiday pun belikan macam2 utk sabrina malah sanggup ke us cari Tamagochi dan beli bagi sabrina tapi mak sabrina ni takdelah bagi special thing hanya benda2 kiut2 je. Oh ye mereka pun kena menjual pop corn masa food fair nanti... datanglah beramai2....

Wednesday, April 19, 2006

Keluar lagi...

Hubby call "u kat mana?" biasalah bila dia call tu nak checklah kita kat mana. Cakap kat rumah kawan. Hari ni keluar dgn kawan dan sanggup batal temu janji lain sbb payah nak jumpa dgn dia ni jadi rasa sungguh gembira dapat keluar dgn dia. Dan dia pun sanggup drive jauh2 nak ambik kita dan belanja kita makan dan lain2. Terima kasih byk2 ya... tanoshikatane.... ojosan no kawaii desu... next time we do that again ya....

Tuesday, April 18, 2006

used kimono sale by kanagawa community ctr

Tadi pergi kimono sale di kanagawa community ctr di luar yokohama station. Org punyalah ramai bila kita sampai pukul 9 nombor dah dekat 200 tp nasib baik kawan yg pergi awal tolong ambikkan nombor jadi cepat jugalah masuk. Dia buka pukul 10 pagi tapi hanya 100 pertama boleh masuk lepas tu berperingkat2 sbb tempat kecik tapi choices of obis, kimonos dan segala kelengkapan dari hujung kaki sampai atas complete.

Mula2 ingat nak tengok je tapi macam mana tak rambang mata bila tengok yg cantik2 pun hy 100 yen, 200, 500 dan obi plg mahal pun 3000yen. Apalagi borong sakanlah tambah tengok jepun2 tu satu letak satu lagi dah capai dah tak sempat nak tgk2 lagi dah hanya ambik2 je.... Kalau lah tak sebab berat sgt mahu lama lagi duduk membeli. Nasib baik Iman bawa kereta senang bawa balik sbb masing2 3 hingga 4 plastik besar bawa balik.

Sebelum bayar masih lagi pilih2 barang, jepun yg jaga tu cakap kat kita orang cash saja ya... sebab agaknya terkejut tengok kita membeli bagai nak rak. Ada kawan tu beli kasut sepadan dgn seliparnya hanya 800yen. Menyesal kita tak perasan. Tapi tak apa kita dapat kimono utk 200yen je. Yg lain2 mrk jual mcm tali ikat 10 - 50 yen je. Bow yg siap dah ada dlm 300 yen je.
Menyesal tahun lepas kawan ajak pergi tak pergi.... anyway nanti 21 oktober ni akan di adakan lagi.

Selamat harijadi ke 10

Pagi2 Qistina menyanyi " how old r u now..." dan dia suruh jawab ten maka kita pun nyanyilah " i am ten yrs old now...." rupanya dia ingat mamanya 10 tahun.... hahaha.... wish we were that age.... tak ada risau dan apa nak semua dapat.... hy disuruh belajar je tak payah nak fikir benda lain.

Bila jadi dewasa byk kena fikir, silap langkah byk kesannya... semuanya memberi implikasi pada sekeliling. Apapun proses pembelajaran sepanjang usia jadi bila terjadi sesuatu walau hanya sekali byk yg kita belajar darinya. Semuanya mematangkan hidup kita kecuali kalau kita tak mahu belajar darinya....

Bersyukur kerana masih diperpanjangkan usia utk menikmati kurniaan Nya. Cuma berdoa segala yg baik2 utk diri, keluarga dan sekeliling...

Terima kasih pada teman2 yg memberi ucapan tahniah, tak ada yg lebih mengharukan bila diri diingati dan dihargai. Terima kasih sajalah maaf makan2 tak ada sbb tuan punya diri ni teramat sibuk sampaikan sensei hantar mesej tak pergi klas campur dia ucap tahniah sempena ulangtahun. Ok sensei raishu jelah saya pergi. Apapun mulalah syahdu cair sana sini maklum lah cepat cair cepat keras cepat sejuk cepat hangat, cepat kesian dan nak segala nak cepat.

Hari yg bermakna tak ada ertinya kalau org tersayang tak menghargai jadi terima kasih sebab belanja lunch. Romantik sungguh tambah cahaya suram2 kan..... hahaha....bila minta present jawabnya Becham dah beli dulu bagi Posh kalung yg dia nak beli tu jadi dah takdelah.... hahaha... anyway katanya " u know i'm not good with present but i'm good with money..." I know that dear and i didn't expect much coz i know you love me so much and willing to do anything for me and i really appreciate that. Saya dah cukup bersyukur kerana dia sungguh memahami dan bersabar dgn saya selama ini. Apa yg dilakukan semuanya kerana kami dan saya juga mahu melakukan yg sama utk dia.

Terima kasih Sabrina dan Qistina bg present utk mama tu.... Tak ada apa yg mama harapkan melainkan kamu menjadi anak solehah, dengar cakap dan rajin belajar....

Terima kasih semua dan maaflah bila kadang2 tanpa disedari mengecilkan hati anda semua....

Carilah seribu sahabat, kerana seribu sahaja itu belumlah banyak, jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak....

Lari dari musuh, kenapa tidak kejar musuh. lari dari kawan kenapa tidak dekati kawan. Lari dari kenyataan, kenapa tidak kejar kenyataan..

Sunday, April 16, 2006

Simple je...

Somebody might feel something when i let it out everything last week. To me, very simple... if u didn't do anything wrong why should u feel something unless u had something then....

Think positive, be positive and always positive.... There's more in this life than a few micro organisme along the way......

Saturday, April 15, 2006

Berjalan2 di Kamakura

Dah pergi merata2 so tak tau lagi nak pergi mana maka pergilah ke Kamakura. Kebetulan ada festival kamakura ini. Kalau dulu dgn kereta kali ni ambik densha dari Negishi Eki ke Ofuna dgn Keihin Tohoku sen dan norikae dgn Yokosuka sen ke Kamakura Eki. Nak ke Great Buddha pula ambik Enoden sen ke Hase. Dari stesen jalan jelah ke Kotokuin sipatung besar tu dan ke Kannon Temple. Kemudian ambik train balik ke Kamakura dan jalan ke Tsurugaoka hachimangu. Menghala ke situ di sepanjang jalan Komachi-dori byk kedai2 menjual barang2 cenderamata dan makanan tradisinya. Yg paling terkenal ialah "Kamakura - bori" ukiran kayunya. Berseni sungguh...

Juga di jalan utamanya kalau musim sakura di tengah jalannya penuh pokok sakura dan digantung pula lantern2nya. Waktu malam mesti cantik agaknya, kami memang dah tak sempat hari tu. Sesampai di temple tu kebetulan ada traditional japanese wedding jadi tak lepas peluang tengok adat2nya. Cantik sungguh....

Jalan2 sikit semua dah penat jadi balik jelah... apapun good exercise...

A visit to Nozomi's grandparent's house

Jumaat cuti sekolah so we've been invited by my friend Hiroko san to her parents (Nozomi's grandparents' house) in Kugenuma Enoshima. We were from Motomachi Chukagai took the Minatomirai sen to Yokohama eki then changed to Tokaido sen for Fujisawa and changed another densha to Kugenuma eki.

Before the exit we already saw the grandma waiting for us. She was so excited to see us coming. We walked together to the house which was very closed the station. The station was very small and Hiroko told me this is a village area but to me it's modernly organised n u can never tell except for the narrow road. All the houses here were so beautiful and even their house was so big with big garden and the children enjoyed running around and jumping. They plucked the fruits n flowers. Obasan and ojiisan were so patient with the kids. Obasan even combed Qistina's hair and tied her hair. She also liked hugging everyone especially when Qistina was crying she softly talked her out of her sadness.

I was so touched with their hospitility. They're so warmth and very open. I felt like they're just my own parents. I just don't know how else to show my appreciation to them. We were really enjoying ourselves.

Hiroko knew that i like kimono so she and her mom showed us her kimonos. Amazing.... they had many kimonos and all were very expensive ones. They even had the 80 yrs old kimono for baby... wow....even the rain coat kimono also made frm silk and looked brand new. They're really rich family. Their great grandparents were medical doctors, dentist and bankers in the line. Hiroko's father also a doctor and was a president for a medical school in Kawasaki. Now he's 82 yrs old n still in good health. I saw they hang an award and a recognition from the Japanese government in their tatami's room.

Their house was just like one of the houses in Sankien Garden. Antique furnitures (the drawer to keep the kimono may be aged more than 150 yrs), tatami rooms, corridor and a painted sliding door (i can't remember what did they call it). but they're so humble though when she asked us to eat cherries that's still not in the season (n it was so sweet) Nozomi tried to ask how much it costs but she didn't tell us. she only said it was the only one in the store.

She's willing to do anything for the grandchildren and us as the guests. She even baked a pound cake that had to be hand beaten for an hour and hello.... she's 73 yrs old. She kept feeding us with sushi, pizza, ice cream, cakes, fruits until i couldn't breath coz too full. She packed the cake to take home together with osenbei and dried shrimps. I could never thank her enough.

When we're going to the the Enoshima island coz only less than 10 min drive, obasan were worried about us getting cold so she gave us hot pack to take together. She's very concern about everything. She told us not to buy the sazae (some kind of sea snail) coz they're not fresh. We didn't stay long at the island only walking around and the kids were tired so we got back home.
After got back she fed us again and it was time to go back. It was really an enjoyable memory. Arigatou gozaimashita obasan, ojiisan, hiroko n nozomi.... we'll never forget you....


p/s: we took alot of photos but couldn't show coz all my photobucket, photopages r full.

Friends at home

Khamis morning went to Datin Atom's party coz she's just moved to a new house in Kirin Village n i brought her some muffins n murtabak. Though i was so busy i still took the time to prepare the murtabak coz i just feel it's nice to bring something that is home made.

After school, few of Sabrina's friends came over to the house. Alexandra from Mexico, Nozomi is japanese n Roran is half japanese n half taiwanese. I invited them coz we've been to their house before so it's like returning the favour and also coz my girls always asked me to let them bring back friends to play together. Many girls in their school wanted to come but i just don't have the energy to invite everyone. So maybe we'll just invite them batch by batch.It's spring now n it wasn't as cold as before so i'll do that for them. I was happy to see them happy playing together. As "fren" told me what a good mother ya....

Back to life... back to reality....

Gembira rasanya bila hidup dah kembali ke asalnya... sibuk dgn pelbagai benda berfaedah. Sepanjang minggu dilalui bersama dgn kawan2 yg memeriahkan hidup ini. Antaranya having coffee with Iman and she showed her new vacum cleaner which can work on her own. Tekan je butang dia gerak sendiri tak payah nak terbongkok2 nak menolak benda tu. Bestkan.... makin mudah kerja skrg dgn pelbagai alat elektronik yg canggih.

As u know on Tuesday was a day for Tea Box making at kak Zai's house. Mine, I haven't started yet though i've bought everything. Tak taulah bila.....

Wednesday was my shopping day. I went to D2, Costco and Jusco and bought alot of things. It was good going alone coz i could stop few places at the same time n spent as much time as i needed. Shopping always been my greatest passion. I could go for hours but sometimes i have to restrict myself, otherwise i'll end up buying the whole thing which i don't really need it. My hubby always complaint i still have alot of things that i haven't open up till now. Well... what do u expect, ladies......

In the evening Qistina's friend invited us to her place. Her mom was so nice to cook alot of things for us and the kids really had a good time. Actually the mom had invited us few times but i was always busy so this time i just didn't have the heart to say no. Infact she got to remind me again in the morning. We really enjoyed ourselves so much until it was so late.

I thought i could never make it on time but luckily i managed to get everything ready before my hubby got back fom office. I cooked n at the same time put everything in place. With kids they always messed thing around so i have to ask them to clean up so my hubby won't see too much of the messed. How busy i am or tired, i never let my hubby knows that i am too lazy to cook or i never ask him to go out for dinner during weekdays. I always make him hot tea earlier so he can drink it while i serve him dinner. I know he works very hard everyday and i just want to make him happy.....

Thursday, April 13, 2006

Lalulintas jalan raya di Jepun (frm my perspective)

Sekarang ni bila tahun baru utk sekolah Jepun bermula maka sibuklah polis2 dan volunteers berdiri di simpang2 jalan utk menjaga keselamatan anak2 yg melintas jalan. Biasanya utk satu tempoh tertentu mb 2 minggu utk tiap2 hari dan pada setiap 1hb dan 15hb. Jadi kita pun extra careful lah mana yg biasa short cut terus ikut peraturan, tambahan pada waktu pagi sesetengah simpang tak di benarkan masuk jadi kena berpandu pada signboard. Bagus sungguh apa mrk buat sbb kita tahu anak2 akan selamat tambahan anak2 yg baru bersekolah jadi mereka biasa dgn persekitaran baru.

Satu lagi yg saya cukup berhati2 ialah apabila memandu mesti mengikut had laju yg ditetapkan kalau tak dendanya emmm... byk jugalah kata kawan saya. Lagipun dulu sekali kena tahan sbb memandu laju tambahan lesen tak tukar so lagilah berjaga2.

Sekarang juga saya byk melihat kereta2 yg di parking tepi2 jalan raya di tarik oleh kereta penunda. Saya ingat kalau dlm 1/2 jam ok tapi ada kawan saya yg tinggalkan keretanya di tepi jalan tak lebih pun 20 min kena denda 15,000 yen. Wow... nak jimat 200 yen rugi dekat 10 kali...
Jadi berhati2 bila memandu....

Tuesday, April 11, 2006

Maulidur Rasul

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1427

Maulidur Rasul

12 Rabiul Awal bulan ketiga dlm kalendar Hijrah hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. nabi terakhir yg diutuskan Allah.
Byk kelebihan dan keistimewaan yg dikurniakan oleh Allah kepada mereka yg dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Hadis ada mengatakan brgsiapa antara org islam yg dibacakan di dlm rumahnya Maulid rasul s.a.w , nescaya Allah akan menghilangkan dan menjauhkan kemarau dan kecelakaan, bala, penderitaan, kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian terhadap ahli2 rumah itu dan apabila dia mati , Allah akan memudahkan dia menjawab akan soalan2 Mungkar dan Nangkir dan dia akan mendapat tempat bersama orang2 yg benar di sisi Tuhan yg maha kuasa lg maha besar kerajaanNya.
Tiada sebuah rumah atau masjid atau tempat2 yg dibaca di dlmnya akan Maulid Nabi s.a.w melainkan malaikat2 melindungi ahli2 tempat itu dan Allah akan melimpahkan rahmatNya kepada mereka dan malaikat2 yg berpangkat besar seperti Jibrail, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bg orang2 yg menganjurkan dan menyebabkan adanya majlis Maulidur nabi s.a.w itu.

petikan terdapat dlm emel yg hubby beri semoga memberi peringatan kpd diriku disamping dgn resolusi baru supaya aku sentiasa bermuhasabah dan lbh positif, insyaallah.

Monday, April 10, 2006

Tak cukup besar kah...

Sabtu yg lalu ke kebun strawberi. Rasa jgn tak rasa dan baru boleh cerita.... tapi ada yg berkata keciknya strawberinya mungkin dah nak habis musim...

Image hosting by Photobucket

Bersama teman

Hari Khamis sebelumnya ada coffee morning di sekolah utk asian mom bawa food so tak tau apa nak buat pagi2 tu terus mengacau puding jagung.



Sebaik saja habis coffee morning terus berjalan2 bersama Iman melihat2 bunga2.

iImage hosting by Photobucket

Inspirasi dari teman

Kami ke Ginza hari Jumaat lalu dgn kereta. Sibuk sekali dgn kenderaan jadi sempatlah berbual2 pelbagai cerita. Tujuannya ke Itoya mencari washi paper. Macam2 design ada sampai rambang mata, rasa nak ambik semua. Akhirnya dgn bantuan teman ini cepat juga ku memilihnya.

Bukan sekadar itu macam2 lg bantuan yg diberikan oleh Temanku ini spt menjadi teman yg understanding dan supportive, spt kakak yg pelindung dan teman yg menggembirakan. Dia juga sentiasa perihatin utk kawan yg lain. Antara yg plg mengharukan bila dia memberi hadiah ulangtahunku awal2 supaya aku tidak terasa di abaikan.... Terima kasih yg amat buatmu....

Thank you so much for being there for me when i was down n when i need the friend and for everything... I really appreciate every single thing that u've done for me n the time we spent together. Thank you for the words of encouragement n being the loyal visitor for my blog.

Thank you for this lovely gift....


In the car on our drive to Ginza.....

Image hosting by Photobucket

Updating

Bila dah lama tak update dah rasa kekoklah pulak nak mengarang di sini. Serba salah nak tulis ikut perasaan ke atau nak jaga hati orang. Tujuan asal dulu sbb nak mencatat perjalanan hidup ini dan apa yg dirasa supaya tak simpan sorang2 tp bila dah orang mula membaca rasa takutlah pulak akan menyinggung perasaan orang. Tahulah kita perempuan bila rasa bengang dan sensitif terus2 nak keluarkan masa tu juga lepas tu menyesallah pulak sbb lepas tu dah ok. Kalau org yg membaca mesti terus membuat tanggapan yg tak baik....

Samalah dulu di awal2 permulaan jurnal diary bukanlah blogspot tapi nama lain yg saya dah tak ingat sbb rasanya dlm 4/5 tahun dulu bila tak ramai lg yg menulis tp bila saya baca cerita org yg menulis saya katakan pada diri, ini adalah org yg syok sendiri kerana menyiarkan cerita sendiri utk di baca. Walaupun begitu saya tetap juga baca catatan2 yg menarik bila berpeluang tahulah di malaysia dial up sytem lembap dan menyakitkan hati (sebelum skrg baru broadband meluas). Priority di internet mestilah utk benda2 yg ptg dulu spt emel dll.

Tapi kini... saya sendiri yg menulis. Sebenarnya bila dah duduk berjauhan dari keluarga dan teman2 yg sekepala maka kita akan rasa sepi. Payahnya nak bercerita dgn manusia yg sama memahami kita. Ya kita mungkin ada kawan2 dari pelbagai bangsa lain tp ia tak sama. Bangsa sendiri yg dah rasa lebih, lagilah laser oops... terlepas. Anyway, tambah pula di Jepun ni kemudahan teknologi semuanya tersedia utk kita gunakan sepuas2nya. Kadar yg murah serta cepat apalagi semuanya menggalakan kita menggunakan kemudahan yg ada.

Di sini kita suri rumah sepenuh masa bila anak2 ke sekolah byklah masa terluang. Jadi kalau tak keluar bersama teman2 selain menguruskan rumahtangga dan kelas bahasa jepun saya sengaja mengadap pc ni. Selain membaca saya dapat kepuasan bila menulis tp tulah kekadang bila emosi menguasai diri saya harus berhenti seketika... bukan apa bila kita tulis kita takdelah niat nak menunjuk atau berlagak cuma bercerita apa yg di minda atau apa yg dah buat tapi bila segelintir orang mengata ingat kita nak menunjuk atau lagi nak berlumba2 ngan kita sbb takut kita lebih dari mereka, padahal sikit pun tak terniat sbb saya ni very simple person tak ingin nak berlumba menunjuk kepandaian atau lebih segalanya kerana saya tahu saya ada kekurangan dan kelebihan tersendiri mungkin saya pandai berjalan2 tapi saya tak pandai jd tukang masak atau pokok2 mungkin tak hidup dgn saya... mungkin saya direct dgn org tapi saya sebolehnya menjaga hati org agar tidak bercakap sesuka hati tp bila terluka saya terkeluar juga utk mempertahankan diri. Sedihnya bila org yg kita buat baik melakukan begitu pada kita. Ada sahaja cakapnya nak sakitkan hati kita. Sekali boleh diam dan terus nak diam tapi jgn heran bila lain kali kita pun balas balik...
Kalau hubby senang je cakap " just ignore them... why u want to put yrself as low as them... i know u r better than that.." Betullah cakap dia tp saya perempuan yg sensitif, sikit pun terasa.

Tetapi perbualan saya dgn teman baik saya ini dan kata2nya memberi saya satu inspirasi baru.... kadang2 sesekali sebenarnya kita perlu meluahkan dan menerima kata2 peransang bagi mengembalikan diri yg asal. Apapun rumah sendiri ikut sukalah nak buat apa pun....